Wednesday, January 6, 2010

2009

LUPA,
begitu banyak perkara yang berlaku pada dekad ini sehingga kadang-kadang aku selalu lupa siapa aku. aku selalu lupa dimana aku. aku selalu lupa sujud aku. aku selalu lupa maruah diri aku. aku selalu lupa pedoman hidup aku. aku selalu lupa kelahiran aku. aku selalu lupa janji-janji aku. aku selalu lupa kamu-kamu yang sentiasa menyayangi aku. aku selalu lupa TUHAN aku. aku selalu lupa RASUL aku. aku selalu lupa SOLAT aku. dan aku seperti dilahirkan sebagai insan yang penuh dengan kelupaan.
MUNGKIN & TIDAK,
mungkin aku selalu mengikut kehendak hati. mungkin aku selalu mengikut dendam jiwa. mungkin aku selalu mengikut nafsu sehingga menyelubungi diri. tetapi, aku hanya manusia biasa yang ada hati dan perasaan. aku sering mahu lupakan kamu tetapi semakin aku ingin melupakan kamu. semakin itu juga aku mengingati kamu. semakin aku cuba membenci kamu. semakin dalam aku menyayangi kamu. semakin aku cuba jauh dari kamu. semakin dekat hati aku dengan hati kamu. mata kamu. senyuman kamu. ketawa kamu. laungan bacaan kalimah TUHAN dari kamu. tidak pernah padam dari telingga aku. sehingga kadang-kadang aku menyesal mengenali kamu. jika aku diberi peluang untuk pulang ke dekad yang dulu-dulu mungkin pintaku untuk tidak pernah datang kesitu untuk sekilas mengenali kamu. tidak sekilas juga memandang kamu. tidak sekilas berjabat tangan dengan kamu. tidak sekilas bergelak tawa bersama kamu. tidak sekilas bergurau senda dengan kamu. tidak sekilas merobik itu dan ini bersama kamu. tidak sekilas langsung. tidak sekilas. tidak.
SAYANG,
bukan aku tidak pernah cuba menyayangi mereka yang lain untuk melupakan kamu. tetapi sayang aku pada mereka-mereka tidak setanding sayang aku kepada kamu kerna sayang aku pada kamu adalah sayang cintaku tetapi sayang aku kepada mereka-mereka adalah sayang nafsuku. sehingga kadang-kadang aku jadi jemu pada mereka-mereka yang sering tagihkan cintaku. cukup-cukuplah kerna aku mula sedari hati aku hanya untuk kamu.
TENTANG,
sedekad ini juga, banyak mengajar aku tentang kehidupan. tentang kesetiaan. tentang persahabatan. tentang percintaan. tentang kebenaran. tentang kejalangan. tentang kesucian. tentang perjalanan. dan aku harap tentang-tentang ini tidak akan berulang lagi di dekad-dekad yang akan datang. aku merancang dan TUHAN yang menentukan.

Wednesday, November 25, 2009

SEKARANG

TIDURKU,
lena tidur aku dalam mengharungi mimpi yang indah-indah bersama kehidupan baru aku. sehingga kadang-kadang, aku takut untuk terjaga. menghilang begitu lama 'disini' mungkin bermaksud aku begitu gembira dalam mengharungi kisah hidupku. muncul aku pula 'disini' mungkin kerna ingin meluahkan sesuatu yang telah berbuku dihati. seperti biasa, hati aku 'disini', untuk menyimpan kisah-kisah sedih dan pilu aku. untuk menyimpan kisah-kisah ceria dan gembira aku.
ITU,
itu adalah itu. walaupun kadang-kadang itu-itu selalu hadir dalam hidup aku tetapi itu tidak serupa dengan yang itu. aku masih mencari sang itu yang sering bersikap seperti itu kerna seperti apa yang selalu aku harapkan. aku juga ada hak untuk bahagia bersama itu yang begitu setia dan itu yang begitu menyayangi aku. jika itu adalah itu. hadirlah dalam hidup aku kerna aku perlukan itu seperti itu.

Friday, October 30, 2009

DULU-DULU

AKU RINDU, saat2...................................................................'itu' ...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................terlalu................... rindu..............................

Friday, October 2, 2009

PEMAIN CINTA - ADA BAND

Tak habis pikir ku jadinya...
Kau bisa membuatku cinta padamu..
Meskipun tlah berulang kali.......
Kau begitu asyik mendua.....
Sudah cukup saja, sikapi kegilaanmu...
Sebelum sukmaku, kau cabik dan perih...

Wahai dirimu pemain cinta..
Penikmat nafsu dunia.........
Walau dirimu begitu indah...
Maaf kau tak pantas bagiku..
Direlung kalbu yang terdalam........
Getaran asmara masih tersisa...
Memang dalam bermain cinta....
Kadang kau terlihat sempurna.....
Eloknya parasmu rabunkan mata batinku.....
Ku harus berpaling meski kau memohon....

Apa yang kau dambakan...
Dalam duniamu yang sungguh palsu.....
Terpikirkah olehmu...
Untuk dapatkan cinta yang sejati.....

Sunday, September 27, 2009

BAHGIAKAH ABAH

ABAH,
aku tidak pernah membenci kamu. jauh sekali menyalahkan kamu dengan apa yang telah berlaku. kerna aku tahu yang setiap insan berhak untuk bahgia. tetapi abah, bahgiakah kamu???
kamu ikat kaki dan tanganmu dengan seketul batu. lalu kamu terjun ke lautan untuk berenang. kamu berharap kamu akan sampai kedaratan dengan selamat. tanpa kamu sedar batu itu terlalu berat sehingga telah mengenggelamkan kamu ke dasar lautan.
dari kecil aku tidak pernah memahami kamu. bila ditanya kawan-kawan tentang kamu. aku hanya berdiam kerna aku benar-benar tidak mengetahui siapa kamu. dimana rumah kamu. tempat kerja kamu. kesukaan kamu. kebencian kamu. secara jujur aku benar-benar tidak tahu.
mungkin aku memang tidak mahu ambil tahu atau aku memang tidak pernah diajar untuk mengenali kamu. jika aku menghitung kerap kali kita berjumpa sepanjang aku 23 tahun ini mungkin hanya 230 kali aku bergurau dengan kamu dan mungkin kurang dari itu. yang aku tahu kamu abahku dan aku mesti sentiasa menghormati kamu walau siapapun kamu. itu pesan ibu.

SETULUS HATI IBU

IBU,
aku betul-betul buntu sekarang. buntu memikirkan ibu. aku yang kerap kali menghitung hari. kerap kali menghitung kenyataan hidup. kerap kali menghitung siapakah aku. kerap kali mencari tempat untuk mengadu. kerap kali mencari tempat untuk bermanja. kerap kali mencari tempat untuk berkasih. dan kerap kali aku memikirkan pelbagai rintangan hidup aku hingga aku kerap kali terlupa tulusnya hati ibu yang sentiasa mahu anak-anaknya hidup bahagia. tetapi kerap kali juga aku berfikir, bahagiakah ibu???
ibu: kamu mahu mengaku atau kamu tinggalkan aku.
abah: ................ (diam bisu bicara).
CERITA AKU,
bukan niat aku memburukkan keluarga tetapi aku tiada tempat mengadu. inilah tempat untuk aku luahkan semuanya. yang terbuku. yang menyayu. yang menyadhu. bergenang mataku memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku. kadang-kadang mahu sahaja aku jadi seperti aku yang dulu. berdagang apa sahaja untuk aku rasa bahagia.
AKU,
bermula dengan aku yang masih berumur 4 bulan. bersama-sama ibu, kakak dan abangku ditinggalkan dikampung. dibesarkan tanpa kasih dan sayang abah yang sentiasa tiada disisi tetapi ibu sentiasa redha kerna ibu tahu abah mahu mencari rezeki untuk kami sekeluarga. mungkin aku yang masih kecil ketika itu tidak mengerti apa-apa tetapi aku juga manusia yang perlukan kasih dan perlukan sayang itu. sayang seorang abah disisi. kasih seorang abah disisi. setahun berlalu dan lahir adik perempuanku. cemburu sentiasa menyelubungi diri. dia ditatang bagai minyak yang penuh. sejak kecil aku sentiasa rasa disisihkan. ibu dan kakak tempat aku mengadu. dua tahun berlalu. adik kembarku lahir. merekalah intan dan merekalah payung. aku sentiasa dibiarkan begitu. sekali-sekala, abah akan pulang ke kampung tetapi aku sering tidak diendahkan kerna abah sibuk melayan adik-adikku. sunyi tetapi aku masih tidak mengerti. sehingga kadang-kadang aku tertanya-tanya siapa aku disisi abah.
bukan kisah hidup aku yang ingin aku kongsikan kerna itu telah lama terlalu. walaupun kadang-kadang kisah itu sentiasa mengekori kehidupan aku kini dan kenapa aku jadi 'begini'. aku yang sentiasa dahagakan kasih dan sayang seorang lelaki yang bergelar abah sehingga aku sendiri hanyut mencari kasih, mencari sayang seorang lelaki itu.
aku melihat sendiri bagaimana ibu membesarkan kami berenam. seorang diri berjaga. seorang diri menangis. seorang diri kecewa. seorang diri merana. tetapi ibu tetap redha membesarkan kami. abah pula tetap membantu tetapi agak-agaknya adakah dia benar-benar tahu pengorbanan ibu itu. kalau dia benar-benar tahu. dia tidak akan berbuat begitu. mendua itu telah pasti dan mungkin mentiga masih dalam persoalan.
ibu: aku boleh hidup tanpa kamu, tetapi aku tidak mungkin dapat hidup tanpa anak-anak aku.
abah: .................. (diam bisu bicara).
sampai bila agaknya abah mahu membisu. tanpa mangaku. tanpa berdalih. tanpa menyanggah. yang kami sekeluarga masih menunggu sedangkan bukti terpampang didepan mata. menyimpan rahsia hingga beranak tiga. aku harap ibu akan sentiasa kuat mengharungi hidup hingga akhir hayatnya. seperti yang sering aku katakan. semua insan berhak bahagia. begitu juga ibu.

Thursday, September 3, 2009

HAMPA HATIKU - UNGU, IIS DAHLIA & MUNKEE 7 KURCACI

Pernahkah kau merasa (2x)
Cukup sudah kuberikan cintaku...
Cukup sudah rasa ini untukkmu.......
Mati sudah hati ini padamu...
Mati sudah hasrat ingin bersamamu...
Pernahkah kau merasa..
Hatimu hampa.....
Pernahkah kau merasa....
Hatimu kosong...

Buang saja semua kata cintamu...
Buang saja semua kata maafmu ........
Hancur sudah hati ini padamu...
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu (2x)

Pernahkah, pernahkah kau merasa...
Dikala siang datang terasa gelap gulita...
Tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam.......
Tak ada lagi suka tak ada rasa.........
Pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa.......
Disaat diri terlelap....
Meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh....
Kau tetap terlelap dalam tidurmu....

Maafkan aku sayangku...
Bukan maksudku menyakitimu....
Mengkhianatimu...
Ampuni aku sayangku....
Cukup katakan aku tak lagi mencintaimu....

Pernahkah kau merasa (3x)

Wednesday, September 2, 2009

ANAK-ANAK YATIM NURUL IMAN

30 OGOS 2009 (AHAD),
sering aku anggap kehidupan aku begitu malang, rupanya ada yang lebih malang dari aku. sering aku anggap kehidupan aku begitu sedih, rupanya ada yang lebih sedih dari aku. sering aku anggap kehidupan aku begitu sunyi, rupanya ada yang lebih sunyi dari aku. sering aku anggap mati itu lebih baik dari hidup, rupanya ada yang sedang menunggu saat kematiannya sedangkan dia masih belum mengenal kehidupan didunia ini.
NURUL IMAN,
adik-adik ini banyak mengajar aku. tentang hidup barangkali walaupun ada diantara mereka masih tidak mengetahui apa-apa. pada mereka, muda yang datang itulah abang dan kakak dan apabila tua yang datang, itulah mama dan papa.
AKU,
mungkin ramadhan ini tidak seindah ramadhan-ramadhan sebelumnya tetapi, sekurang-kurangnya ramadhan ini telah mengajar aku. mengajar aku untuk menghargai insan lain. mengajar aku untuk menyayangi insan lain. menyayangi insan yang benar-benar mahukan kasih dan sayang aku. terima kasih NURUL IMAN.

Wednesday, August 26, 2009

KU INGIN KAMU - ROMANCE

demi semua yang aku jalani bersamamu...
kuingin kau jadi milikku...
kuingin kau disampingku.....
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta.....
dan hanya dirimu yang bisa...
membawa surga dalam hatiku......

kuingin engkau menjadi milikku....
aku akan mencintaimu....
menjagamu selama hidupku....
dan aku kan berjanji....
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini menemani…
sentuhanmu...
bagaikan tangan sang dewi cinta....
yang berhiaskan bunga asmara...
dan membuatku tak kuasa.....

di setiap arung gerak....
tersimpan di hati kecilku..
bahwa dirimu terindah untukku...

selama ku masih bisa bertahan.......
selama ku masih bisa bernapas...
selama Tuhan masih mengijinkan..
kuingin selalu menjagamu...

selama ku masih bisa bertahan...
selama ku masih bisa bernapas.......

Monday, August 24, 2009

HARI-HARI ITU DAN INI

HARI-HARI ITU,
seperti hari-hari yang sebelum ini, hari-hari yang itu kembali lagi. hari-hari dimana, aku begitu sibuk dengan aktiviti harianku. insyaallah, esok adalah pemula untuk hari-hari itu. hari-hari dimana, aku sibuk membawa ilmu-ilmu seberat batu-batu yang sentiasa aku gagahi. tetapi, aku amat pasti yang usaha aku itu akan berbunga satu hari nanti. hanya perlu tunggu tibanya. amin.
HARI-HARI INI,
aku amat berharap dalam aku menjalani hari-hari yang ini, tiada siapa akan datang menganggu aku. aku mahu tenang bersama batu-batu berilmu aku. semua ini untuk masa depan aku dan keluarga aku. tiada kaitan dengan manusia yang tidak berkaitan. sesiapa yang terasa dikasari dengan kata-kata aku, aku mohon maaf kerna tidak sekalipun aku maksudkan itu. aku hanya tidak mahu emosi aku diganggu lagi. hanya TUHAN yang tahu aku adalah yang baru atau masih dengan yang dulu. mohon maaf sekali lagi.