Monday, August 24, 2009

HARI-HARI ITU DAN INI

HARI-HARI ITU,
seperti hari-hari yang sebelum ini, hari-hari yang itu kembali lagi. hari-hari dimana, aku begitu sibuk dengan aktiviti harianku. insyaallah, esok adalah pemula untuk hari-hari itu. hari-hari dimana, aku sibuk membawa ilmu-ilmu seberat batu-batu yang sentiasa aku gagahi. tetapi, aku amat pasti yang usaha aku itu akan berbunga satu hari nanti. hanya perlu tunggu tibanya. amin.
HARI-HARI INI,
aku amat berharap dalam aku menjalani hari-hari yang ini, tiada siapa akan datang menganggu aku. aku mahu tenang bersama batu-batu berilmu aku. semua ini untuk masa depan aku dan keluarga aku. tiada kaitan dengan manusia yang tidak berkaitan. sesiapa yang terasa dikasari dengan kata-kata aku, aku mohon maaf kerna tidak sekalipun aku maksudkan itu. aku hanya tidak mahu emosi aku diganggu lagi. hanya TUHAN yang tahu aku adalah yang baru atau masih dengan yang dulu. mohon maaf sekali lagi.

No comments:

Post a Comment