Saturday, March 15, 2014

DAY 4: GOLD COAST > QUEENSLAND, AUSTRALIA

tarikh 09 mac 2014 jam 10.42 malam. kehilangan MH370 masih menjadi tanda tanya sehingga saat ini. ada yang bersimpati and ada gak manusia yang tidak bertanggunjawab memPOLITIKkan isu ini untuk kepentingan masing-masing. apa pun kebenarannya, hanya ALLAH yang maha mengetahui. moga hal ini menjadi pedoman semua. insyallah!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Ride The Wheel of Suffers Paradise

Backpackers In Paradise
hari ke 4 di sydney merupakan hari ke 4 juga di gold coast. tarikh 10 mei 2013 (sabtu) jam 01.00 petang, kami sekali lagi tiba di gold coast. dari airport gold coast menaiki bas ke surfer paradise dengan kos AUD4.68/pax sahaja. macam hari-hari sebelum nih and aku still tak tau macam mana kiraan tambang bus kat sana. kali nih penginapan kami bukan lagi di hotel hari pertama. BACKPACKERS IN PARADISE menjadi pilihan hati. untuk baki 3 hari 2 malam nih, kami akan stay kat sini. kos penginapan adalah sebanyak $80.00/pax untuk 3 hari 2 malam. agak jauh dari pantai tapi still sekitar TOWN suffer paradise. lebih kurang jam 02.40 petang kami sampai kat tempat nih. check in and rehat kejap!

Backpackers In Paradise, Suffer Paradise
backpackers room

untuk hari nih, takde target nak pergi mana-mana pun. cukup sekadar ronda-ronda sekitar suffer paradise, cari makan and cari cenderahati nak bawak balik. kami ada jumpa beberapa kedai MAKANAN HALAL untuk rujukan korang. kali nih kami lunch kat RESTORAN SHIRAZ (makanan arab) dengan kos AUD31.50/2pax. layan picture jalan-jalan yer!

Shiraz Restaurant
Santoshi India House
Ali's Pizza Kebabs

lebih kurang jam 07.00 dah balik hotel semula. sebelum tuh sempat singgah beli beberapa jenis buah-buahan segar di coles dengan harga AUD3.85 sahaja. anggur diaorang memang THE BEST and murah compare malaysia. dah sampai bilik! rehat! tido!

cenderahati dari Gold Coast, Australia
cenderahati dari Gold Coast, Australia
Hard Rock Cafe Suffer Paradise
Hard Rock Cafe Suffer Paradise
Ride The Wheel of Suffers Paradise

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Monday, March 10, 2014

DAY 4: SYDNEY > NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA

tarikh 09 mac 2014 jam 09.50 pagi (ahad). kecoh 1 dunia dengan berita pesawat MAS iaitu MH370 yang hilang di perairan LAUT CINA SELATAN semalam. and sehingga saat nih, nasib 227 penumpang dan 12 krew masih tidak ketahui. aku hanya mampu berdoa semoga semuanya dipermudahkan. insyallah!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Malaysia Hall Sydney, Australia
hari terakhir di sdyney pada tarikh 10 mei 2013 (sabtu). hari nih kami akan bergerak ker gold coast semula. secara ringkasnya, flight dari sdyney (setelah reschedule beberapa kali) adalah pada jam 11.00 pagi and dijangka sampai pada jam 12.25 petang. so, jam 07.50 pagi dah start gerak dari malaysia hall ke central station. waktu nak balik nih, aku tak ambik banyak picture pun. and semua PROSEDUR adalah seperti prosedur biasa bila kita nak naik flight. cuma nak ingatkan, kalu korang baca cerita travel kat sdyney dari hari first. aku ada cerita pasal mymulti3 yang ada 2 tiket tuh. so, untuk ke airport akan guna lagi 1 tiket yang korang simpan dari hari pertama. kalu hari pertama, korang guna tiket tuh untuk gerak dari airport sydney ke central station. kali nih korang akan guna tiket yang sama tuh untuk gerak dari central station ke airport sydney. layan la picture untuk last day nih yer!

view dari atas flight ke Gold Coast, Australia

berikut adalah sedikit sebanyak kos yang sempat aku update untuk travel kos di sdyney dari gold coast. mungkin blog aku nih tak sehebat blogger-blogger yang banyak pengalaman dalam penulisan blog tapi sekurang-kurangnya info-info yang aku bagi nih dapat menjadikan sedikit rujukan dan gambaran kalu korang nak travel ke sana. jangan takut untuk mengembara. insyallah TUHAN akan bersama kamu. yang penting niat kena baik! ajal maut tuh memang kat tangan DIA!

ANTARA KOS-KOS YANG TERLIBAT:
      1.       Tiket flight dari Gold Coast ke Sdyney (round trip)     :           AUD 129.45
      2.       Mymulti3                                                         :           AUD   60.00
      3.       Penginapan di Malaysia Hall (4 hari 3 malam)            :           AUD   36.00
      4.       Scenic World (unlimited pass)                               :           AUD   35.00
      5.       Makan minum (4 hari 3 malam)/ 2 pax                    :           AUD   40.69
      6.       Cendehahati (sendiri bajet lah yer)                         :           AUD ………........
   
secara kasarnya, perbelanjaan trip kat sydney daripada gold coast selama selama 4 hari 3 malam per pax adalah lebih kurang AUD280.80 x 3.23 = RM906.98 seorang. bila dah convert baru rasa mahal kan! duit boleh cari! pengalaman tuh yang penting! syukur dengan nikmat TUHAN! amin!

view dari atas flight ke Gold Coast, Australia

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
THE END
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Wednesday, March 5, 2014

DAY 3: SYDNEY > NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA


hampir jam 2.00 pagi. still tak boleh tido and maybe sebab petang tadi dah puas tido. asik teringat mimpi ngeri petang tadi. mimpi, pergi pulau mabul tapi tak bawak CAMERA. rasa macam nak terjun laut jer. kira mimpi nyeri ler tuh kan. camera adalah antara BENDA yang paling penting time nak berlibur. itu PASTI!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

view dari Circular Quay Station

Sydney Harbour Bridge
hari ni jam 6.50 pagi tarikh 09 mei 2013 (jumaat) dah start gerak dari malaysia hall ke central station. hari terakhir di sydney. esok dah nak balik gold coast semula. kami jangkakan yang hari nih adalah hari yang sangat memenatkan sepanjang stay kat sdyney walaupun tak lah lama mana. banyak giler tempat yang nak kena pergi hari nih and kami mesti bergerak pantas sebab hari cepat gelap. tempat-tempat wajib yang korang kena pergi bila dah sampai kat sdyney antaranya SYDNEY OPERA HOUSE, SYDNEY HARBOUR BRIDGE, DARLING HARBOUR, PADDY’S MARKET and BONDI BEACH. hari nih, tempat pertama yang kita akan pergi adalah sydney opera house, kalu datang sydney tapi tak datang sini memang rugi ler. tengok la apa yang hebat sangat ada kat building ni. tempat paling wajib kot! untuk pergi sini, sama jer perjalanan macam malam tadi. dari central station, korang akan ke circular quay station dengan naik train. bila dah sampai, jalan arah ke kanan menuju ker sydney opera house (sila rujuk PETA). lebih kurang 300 meter aku rasa, jarak antara circular quay station ker sdyney opera house. boleh la ambik picture dengan bangunan nih dengan lebih dekat. view berlatarbelakangkan sdyney harbour bridge pun nice gak. dah puas ambik gambo kat situ, satu lagi port yang okeh adalah di MRS MACQUARIES POINT. macam mana nak pergi sana, dari sdyney opera house korang jalan jer kat persisiran pantai di ROYAL BOTANIC GARDENS merentasi FARM COVE. kenapa kena pergi sini sebab view tempat nih cantik giler. jom layan picture!

Sydney Opera House
Royal Botanic Gardens
Royal Botanic Gardens
Mrs Macquaries Point
Mrs Macquaries Point
Mrs Macquaries Point

ferry wharves
selesai ambik gambar, mula bergerak ker destinasi kedua iaitu DARLING HARBOUR. yang aku tahu untuk ker darling harbour ada 3 cara iaitu sama ada naik train, bus atau ferry. kalu naik train sama macam malam tadi, kena naik train ker town hall station and JALAN KAKI ker darling harbour. kalu naik bas pulak, korang kena tau no. bas yang betul la. and untuk kali nih pilihan kami adalah ferry. still guna mymulti3 walaupun naik ferry and ferry dia ada wifi okeh! boleh naik ferry dari FERRY WHARVES (berhadapan dengan circular quay station). pastikan masuk di platform yang betul and untuk ker darling harbour adalah di WHARF 5. naik ferry tapi dah rasa macam naik train gak. konsepnya sama jer and banyak destinasi yang korang boleh pergi melalui perkhidmatan ferry nih antaranya TARONGA ZOO (tak sempat nak pergi and mungkin next time). bila ke darling harbour dengan menaiki ferry, ferry tuh akan lalu dibawah sdyney harbour bridge. layan picture lagi sebelum sampai ke darling harbour! enjoy!

view atas ferry ke Darling Harbour
view atas ferry ke Darling Harbour
view atas ferry ke Darling Harbour

lebih kurang jam 11.40 pagi sampai di darling harbour. perjalanan ferry dari circular quay station ke darling harbour ambil masa lebih kurang dalam 20 minit. nice view! untuk makluman korang, tempat-tempat yang boleh korang pergi kat area darling harbour antaranya AUSTRALIAN NATIONAL MARITIME MUSEUM, SDYNEY AQUARIUM, HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE (yang kita pergi malam tadi tuh), HARD ROCK CAFE SYDNEY and SDYNEY CONVERTION CENTRE. masa tak mengizinkan untuk kami pergi semua tempat tuh. cukup sekadar amik gambo kat area-area situ. layan!

Australian National Maritime Museum
Darling Harbour
Darling Harbour
Darling Harbour
Hard Rock Cafe Sydney

Paddy's Market
destinasi ketiga adalah ke PADDY’S MARKETS. sikit info pasal tempat nih. paddy’s markets nih adalah tempat nak beli cenderahati-cenderahati yang berpatutan kat sdyney. berbaloi-baloi! macam-macam ada! keychain, fridge magnet, t-shirt, beg, barang kemas dan macam-macam lagi lah. macam mana nak pergi sini, boleh datang melalui 2 arah. samaada dari darling harbour atau dari central station. kedudukan paddy’s markets adalah diantara kedua-dua tempat nih. boleh tengok map yer! memandangkan kami dah berada di darling harbour so, kami akan ke paddy’s markets dengan jalan kaki jer. tak jauh sangat pun. korang akan lalu SDYNEY EXHIBITION CENTRE, CHINESE GARDENS and SYDNEY ENTERTAINMENT CENTRE. lepas jer building-building nih, korang akan nampak paddy’s markets. jom!

Market City *out
Market City *in

halal food *indonesia
dah siap beli ole-ole bagai. boleh la cari tempat untuk makan tengah hari. kat area paddy’s markets nih ada la beberapa KEDAI MAKAN HALAL seperti masakan thai dan indonesia. seriously, aku lupa nak ambik gambar kedai makan indonesia tuh. laper sangat! ambik gambar nasi jer ingat! rasa macam tak jumpa nasi 5 tahun! makan tengah hari untuk 2 orang AUD25.05 jer! kalu nak tahu kedai makan tuh area mana, boleh la tanye jurujual-jurujual kat situ. diaorang akan bagitau jalan. ada diantara jurujual kat paddy’s market nih adalah orang indonesia so, cakap melayu jer waktu nak beli barang. untung-untung dapat diskaun! 

Centre Station *out
Centre Station *in

buses
fuhh! kenyang uoll! sambung jalan lagi! destinasi keempat adalah BONDI BEACH. antara beach yang korang kena pergi bila dah datang sydney. bagi aku takde apa yang hebat sangat pun beach nih. sekadar memenuhi list tempat-tempat yang mesti DIKUNJUNGI bila datang ker sdyney. lepas makan, terus jalan kaki ke central station. dah tak jauh pun! dari central station pulak, korang kena cari train yang akan ke BONDI JUNCTION STATION. train nih gak akan lalu di KINGS CROSS STATION and EDGECLIFF STATION sebelum tiba di bondi junction station. bila dah sampai bondi junction station, korang kena naik BAS plak untuk ke bondi beach. still guna mymulti3 yer. boleh tunggu di STAND A atau A3 and bus no. 380 atau 381. sampai! tekan loceng! pergi tepi pantai!  macam-macam spesis yang terdampar kat tepi pantai nih! anjing laut! duyung! camar laut! dugong! penguin!

view Bondi Beach
view Bondi Beach
BLUE
ORANGE



















view Bondi Beach
view Bondi Beach
 
view dari Sdyney Harbour Bridge
lebih kurang jam 3.10 petang dah setel ronda-ronda di bondi beach. destinasi terakhir arinih adalah SYDNEY HARBOUR BRIDGE. memang first time aku tengok bridge nih waktu sampai sydney, aku nekad nak jalan kaki melintas bridge nih. tak tau pun caranya tapi main agak-agak jer. macam mana nak pergi! kita mula dari bondi beach tadi. dari bondi beach kena naik bus yang sama waktu datang, untuk ke bondi junction station. pastu, naik train ke town hall station. INTERCHANGE train ke MILSONS POINT STATION. agak-agak silap naik train tuh pandai-pandai la tukar train yer. milsons point station terletak kat hujung bridge. keluar dari station and cari tangga untuk naik ke RUANG PEJALAN KAKI sydney harbour bridge. korang boleh jalan kaki melintas bridge nih menuju ker circular quay. picture lagi!

Sdyney Harbour Bridge
view dari Sdyney Harbour Bridge
warning
Sydney Harbour Bridge Climb

alhamdullah, lebih kurang jam 5.00 petang selesai sudah semua destinasi yang nak pergi hari nih. turun jer dari bridge, kami jalan-jalan lagi kat circular quay. malam terakhir kat sydney! tak tahu la bila nak datang lagi kan. terima kasih TUHAN kerana mempermudahkan segala urusan kami kat sini. menikmati segala keindahan alam MU. jam 5.30 petang gerak balik ke central station and terus ke malaysia hall. sampai malaysia hall dalam jam 6.30 petang. dah gelap dah pun. singgah woolworths untuk beli barang makan sikit dalam AUD7.35 (maggi and mineral). letih giler ari nih! lena!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::