Sunday, October 9, 2011

KISAH PENGEMBARA, PIPIT & KATAK (part 1)

pada zaman dahulu, disebuah kerajaan yang aman & damai diberi nama kerajaan ANTATUYA oleh raja dan permaisurinya. rakyatnya hidup saling bantu membantu & sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. hendak dijadikan sebuah cerita, nun dikaki bukit dihujung kerajaan itu tinggallah sebuah keluarga yang agak daif dan miskin hidupnya. ibubapanya sering berkorban untuk anak-anaknya dengan harapan mereka akan sentiasa hidup gembira. sedang semua meningkat dewasa, si adik mula memikirkan hal keluarga mereka. perubahan perlu dibuat untuk mereka hidup lebih selesa. aku mahu menjadi seorang PENGEMBARA katanya.
pada suatu hari dan masanya telah tiba, sedang si adik bersiap-siap hendak mengembara tanpa disangka-sangka nenek kebayan datang menjerma. walaupun puas bertarung dengan kurdrat yang ada si ayah disumpah menjadi si ular sawa manakala si abang menjadi si kakak tua. bagai jatuh ditimpa tangga, sudahlah papa kedana, malang keluarga tetap tidak dapat dibela. walaubagaimanapun, nekad si adik tetap juga sama. mahu mengembara serata dunia agar dapat menjadi orang yang berguna.
membawa si kakak tua sebagai teman bicara. kadang-kadang dipatuk. kadang-kadang dihantuk. tetapi sayangnya tetap berbunga kerna itu kan sebahagian dari keluarga walaupun siapapun dia. semak samun diredah, bukit bukau didaki, sungai laut direnangi inikan gunung ganang juga digagahi. akhirnya, si kakak tua mahu membawa diri. katanya, pengembaraan ini mungkin suatu yang tidak ada erti dan hala tujunya. ditinggalnya pengembara seorang diri. kecewa pengembara dibuat begitu tetapi apa kan daya itulah lumrah dunia. mahu tidak mahu hidup perlu diteruskan katanya lagi.
peristiwa sedih dibuangnya jauh dan pengembara terus mengembara. sedang pengembara berlari-lari anak sambil menyanyi-nyanyi tiba-tiba, pengembara disapa. didengarnya suara siapa. hendak dijawab sapaan, tidak kelihatan pemilik laungan. diperhatinya dicelahan dahan melihat si merbuk tersepit didahan buruk.
si merbuk : "hai, orang muda. tolong keluarkan aku dari celahan dahan ini orang muda".
pengembara : "kesian kamu si merbuk. biar aku bantu kamu keluar dari situ".
lalu diangkatnya dahan yang menimpa si merbuk. murni sungguh hati pengembara. setelah sedia membantu pengembara teruskan langkahnya tetapi dipanggil lagi si merbuk.
si merbuk : "orang muda, kaki aku cedera wahai orang muda. bantulah aku sekali lagi".
tanpa berfikir panjang, pengembara mengangkat si merbuk lalu dimasukkan burung yang malang itu didalam karungnya. pengembara berjanji akan menjaga si merbuk hingga sembuh. diubatnya, disuapnya, ditidurnya dan diusapnya, sehinggalah si merbuk kembali sembuh dan mampu terbang kelangit yang biru semula. bahagianya pengembara mendapat teman mengembara bersama. tetapi langit yang cerah tidak selalunya indah. pengembara dan si merbuk tiba disebuah kerajaan yang sangat kaya raya rakyatnya. saudagar-saudagar berbaju berbenangkan emas. mahkota kepala bertakhta berlian. sedang pengembara dan si merbuk terpegun melihat kemewahan dunia, mereka disapa salah seorang saudagar kaya.
saudagar : "hai orang miskin. apa kamu buat di sini. ini bukan tempat orang-orang seperti kamu".
pengembara : "maafkan aku saudagar kaya. aku cuma tumpang lalu disini. maafkn aku"
saudagar : " pergi segera dari sini. aku tidak suka memandang kamu tetapi sebelum kamu pergi, aku mahu bertanyakan sesuatu"
pengembara : "tanyalah wahai saudagar kaya. aku sudi menjawabnya".
saudagar : "dimana kamu dapatkan si merbuk yang cantik itu sedangkan kamu busuk dan miskin. manakan si merbuk yang cantik begitu mahu bersama kamu jika kamu tidak memaksa dia untuk bersama kamu".
pengembara : "ini teman mengembara aku wahai saudagar kaya. aku tulus mahu berteman si merbuk ini".
saudagar : "kau si merbuk. mari bersama aku. aku akan berikan kamu sangkar emas sebagai tempat beradumu. kau mahu?".
si merbuk : "sudah lama aku idamkan itu. maafkan aku orang muda. nampaknya pengembaraan kita berakhir disini. aku mahu saudagar kaya menjagaku sekarang."
sampai hati sungguh si merbuk meninggalkan pengembara. sedang dia termenung dihentian kapal. dengaran laungan nakhoda kapal menawarkan kerja mencuci kapal. tanpa berfikir panjang pengembara menawarkan diri. ditinggalnya daratan. diharungnya lautan.
.....bersambung.....

Wednesday, October 5, 2011

ANUAR ZAIN - SEMPURNAKAN AKU

aku disini, seorang diri
berharap waktu kan terulang lagi
saat ada dirimu, bersamaku

aku disini, yang menyesali
menangisi kepemergianmu kasih
semua begitu salah
tanpa dirimu, disisiku

tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintamu
sempurnakan aku

menangisi pemergianmu kasih
semua begitu salah
tanpa dirimu

oh, tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintaimu
sempurnakan aku

kembalilah kepadaku
aku mohon kepadamu

tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintaimu
sempurnakan aku

** ********** **


fuh, lama jugak rasa tak BERJIWA kat blog aku nih. em, kali nih lirik lagu sebagai pendahuluan post aku. nih adalah antara lagu baru ANUAR ZAIN tajuknya SEMPURNAKAN AKU. dua 'feeling' waktu dengar lagu nih adalah 'BEST and FEEL'. so, hari nih kita crite pasal lagu nih jer sebab aku suka lagu nih. smile. lagu nih slow and feeling habis (bagi aku la) dan kalau kita dengar lirik lagu nih macam lagu seseorang yang dah kena tinggal ngan orang yang dia sayang sangat. kira lagu nih lagu 'frust' menonggeng la tapi. tapi. tapi.


tapi lagu nih sebenarnya maksudnya betul-betul mendalam (bagi aku lagi la). pada aku lagu nih pasal 'someone' yang sayang sangat kat 'somebody'. sebab sayang sangat kat 'somebody' nih, 'someone' sanggup buat pe jer untuk 'somebody'. bila berjauhan jer, tak kira la. lama ker. sekejap ker. jauh ker tau dekat ker. dia tetap akan ingat kat 'somebody' and dia rasa 'life' dia macam tak tentu arah dan takde makna. sewet kan. lagi plak, 'someone' nih rasa bertapa sunyinye 'someone' bila 'somebody' takde kat sisi. giler bayang la kot.


walaumacammanapun, lagu nih tak semestinya untuk pasangan 'couple' tapi terserah pada seseorang tuh dalam menilai kasih and sayang. boleh jadi jugak lagu nih sesuai anak dengan ibubapa yang sentiasa sayangkan ibubapa dia. mungkin jugak untuk sahabat dengan teman yang sentiasa sayangkan teman dia. mungkin jugak untuk 'family' dengan 'family' yang sentiasa sayangkan 'family' dia. pesanan ringkas. anda yang meletakkan siapa dia, kamu ataupun engkau dalam kehidupan anda sendiri jadi, sebarang 'risiko' atau 'kekurangan' perlu anda hadapi bersama mereka-mereka itu. jangan mudah putus asa dan sentiasa ceriakan diri anda. insyallah. mungkin anda akan sentiasa rasa bahagia dengan kasih and sayang yang anda sendiri curahkan.


"SEMPURNAKAN AKU"