Wednesday, January 6, 2010

2009

LUPA,
begitu banyak perkara yang berlaku pada dekad ini sehingga kadang-kadang aku selalu lupa siapa aku. aku selalu lupa dimana aku. aku selalu lupa sujud aku. aku selalu lupa maruah diri aku. aku selalu lupa pedoman hidup aku. aku selalu lupa kelahiran aku. aku selalu lupa janji-janji aku. aku selalu lupa kamu-kamu yang sentiasa menyayangi aku. aku selalu lupa TUHAN aku. aku selalu lupa RASUL aku. aku selalu lupa SOLAT aku. dan aku seperti dilahirkan sebagai insan yang penuh dengan kelupaan.
MUNGKIN & TIDAK,
mungkin aku selalu mengikut kehendak hati. mungkin aku selalu mengikut dendam jiwa. mungkin aku selalu mengikut nafsu sehingga menyelubungi diri. tetapi, aku hanya manusia biasa yang ada hati dan perasaan. aku sering mahu lupakan kamu tetapi semakin aku ingin melupakan kamu. semakin itu juga aku mengingati kamu. semakin aku cuba membenci kamu. semakin dalam aku menyayangi kamu. semakin aku cuba jauh dari kamu. semakin dekat hati aku dengan hati kamu. mata kamu. senyuman kamu. ketawa kamu. laungan bacaan kalimah TUHAN dari kamu. tidak pernah padam dari telingga aku. sehingga kadang-kadang aku menyesal mengenali kamu. jika aku diberi peluang untuk pulang ke dekad yang dulu-dulu mungkin pintaku untuk tidak pernah datang kesitu untuk sekilas mengenali kamu. tidak sekilas juga memandang kamu. tidak sekilas berjabat tangan dengan kamu. tidak sekilas bergelak tawa bersama kamu. tidak sekilas bergurau senda dengan kamu. tidak sekilas merobik itu dan ini bersama kamu. tidak sekilas langsung. tidak sekilas. tidak.
SAYANG,
bukan aku tidak pernah cuba menyayangi mereka yang lain untuk melupakan kamu. tetapi sayang aku pada mereka-mereka tidak setanding sayang aku kepada kamu kerna sayang aku pada kamu adalah sayang cintaku tetapi sayang aku kepada mereka-mereka adalah sayang nafsuku. sehingga kadang-kadang aku jadi jemu pada mereka-mereka yang sering tagihkan cintaku. cukup-cukuplah kerna aku mula sedari hati aku hanya untuk kamu.
TENTANG,
sedekad ini juga, banyak mengajar aku tentang kehidupan. tentang kesetiaan. tentang persahabatan. tentang percintaan. tentang kebenaran. tentang kejalangan. tentang kesucian. tentang perjalanan. dan aku harap tentang-tentang ini tidak akan berulang lagi di dekad-dekad yang akan datang. aku merancang dan TUHAN yang menentukan.

No comments:

Post a Comment