Thursday, October 7, 2010

FROM NOW

LIFE SO SIMPLE,
emmm... rasanya macam dah lama aku tak tulis apa-apa kat blog nih kan... untuk pengetahuan semua... life aku sekarang ok jer... macam biasa... kadang-kadang happy sampai tak ingat dunia tapi kadang-kadang ada gak feeling-feeling macam 'sial'... tapi, apa-apa pun life memeng la macam tuh... kalau tak ada turun naik, tak ada la bunga-bunganya...
mulai dari sekarang jugak, aku akan tulis luahan hati aku secara santai... malas la nak tulis ayat bunga-bunga... buang karat jer... bukan orang nak baca pun... ok la semua, rasanya sampai kat sini dulu... so, tak payah la susah-susah pikir benda-benda yang tak mendatangkan faedah... kesimpulannya, aku dah ada HOUSEMATE sekarang.... so, takde la bosan sangat... aja!!!

Monday, June 28, 2010

SETELAH SEKIAN LAMA AKU BERDIAM

DISEBALIK SESUATU
"ayah! saya dah bersedia..."
pada setiap jumaat, selepas selesai menunaikan solat jumaat, seorang imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "jalan-jalan syurga" dan beberapa karya islamik yang lain.
hendak dijadikan sebuah cerika, pada satu jumaat yang indah dan pada ketika imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata
"ayah! saya dah bersedia"
ayahnya terkejut dan berkata "bersedia untuk apa?".
"ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah allah"
"anakku! bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
ayahnya menambah "ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
dengan merintih anaknya merayu "benarkan saya pergi ayah?"
ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "pergilah nak dan berhati-hatilah.
"ALLAH bersama-sama kamu!"
"terima kasih ayah"
dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "jalan-jalan syurga" ada pada tangannya. dia berasaskan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
akhirnya pintu rumah itu dibuka. berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
"nak, apa yang makcik boleh bantu?"wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"terima kasih nak dan TUHAN akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.
minggu berikutnya sebelum waktu solat jumaat bermula, seperti biasa imam memberikan ceramahnya. sebelum selesai dia bertanya "ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. dia adalah perempuan separuh umur itu.
"saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. untuk pengetahuan anda, sebelum jumaat minggu lepas saya bukan seorang MUSLIM.
"suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"pada jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"saya bertanya sekali lagi. belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".
"makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
"saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. aku tak perlukan itu lagi".
"lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada TUHAN yang satu ALLAH.
di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. jumaat ini dikira jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. seorang anak yang seumpama malaikat. biarkanlah air mata itu menitis. air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
AKU
cerita ini aku petik daripada seorang teman melalui hantaran emel. kadang-kadang sering timbul persoalan-persoalan yang hanya diri kita sendiri mampu menjawabnya.
contoh:
"apa yang telah aku lakukan untuk bawa diri dan manusia lain dapat mengabdikan diri kepada ALLAH?"
mungkin ada atau mungkin tiada dan jawapan-jawapan itu hanya ada dalam diri kamu sendiri . bagi aku pula, menjadi punca kepada manusia yang digelar sebagai teman jauh terpesong dari pegangan TUHAN sudah cukup membuatkan sedalam penyesalan dalam diri aku. kadang-kadang anggapan teman itu salah terhadap niat aku. tidak pernah terlintas untuk mempermainkan hati dan perasaan. cuma ingin membawa kamu kejalan yang benar-sebenarnya. nasihat, sokongan dan pendirian aku akhirnya, menjadikan kamu tidak sehebat dulu. walaubagaimanapun, jauh di sudut hati aku. aku sering mendoakan kamu. amin.

Saturday, January 9, 2010

NOBODY - WONDERGIRL

you know i still love you baby...
and it will never change..

i want nobody nobody, but you...
i want nobody nobody, but you..
how can i be with another...
i don't want any other...
i want nobody, nobody, nobody, nobody...

why are you trying to..
to make me leave ya...
i know what you're thinking...
baby why aren't you listening..
how can i just...
just love someone else and forget you completely...
when i know you still love me.... (??????)

telling me you're not good enough...
my life with you is just too tough..
you know it's not right so...
just stop and come back boy...
how can this be...
when we were meant to be...
i want nobody nobody, but you..
i want nobody nobody, but you...

why can't we just, just be like this..
cause it's you that i need and nothing else until the end...
who else can ever make me feel the way...
i feel when i'm with you..
no one will ever do..
telling me you're not good enough...
my life with you is just too tough..

you know me enough so..
you know what i need boy...
right next to you is where..
i need to be...

you know it's you that i want..
it's you that i need...
why can't you see..
i want nobody nobody,but you...

back to the days when we were so young and wild and free...
nothing else matters other than you and me...
so tell me why can't it be..
please let me live my life my way...
why do you push me away...
i don't want nobody, nobody, nobody, nobody,but you....

just you, ***r...

Wednesday, January 6, 2010

JAGA DIRI & JAGA SOLAT

MOZUBA,
kamu benar-benar teman setia aku. kamu hadir dengan penuh harapan untuk aku terus berubah. dari dulu kamu tidak pernah lekang tuturkan itu. yang dua itu. diriku dan solatku. kamu selalu risaukan aku. kamu selalu nasihatkan aku. kamu selalu ingatkan aku. dua pesanan dari kamu itu, aku akan ingat selalu. jika bukan kamu, siapa lagi yang mampu igatkan aku. jika bukan aku ikutkan kamu, siapa lagi yang mampu ikutkan aku.
MOHON,
mohon kamu bimbing aku hingga aku mampu merangkak sendiri. mohon kamu bimbing aku hingga aku mampu bertaktih sendiri. mohon kamu bimbing aku hingga aku mampu berdiri sendiri. mohon kamu bimbing aku sehingga aku mampu berjalan sendiri. mohon kamu bimbing aku hingga aku mampu berlari sendiri. mohon kamu bimbing aku hingga aku mampu terbang sendiri. hanya TUHAN yang MAHA MENGETAHUI.

2010

EPISOD,
dekad ini mungkin episod baru dalam hidupan aku. mungkin titian baru dalam perjalanan aku. mungkin perhatian baru dalam percintaan aku. hanya yang terbaik hendaknya berlaku sepanjang aku menjalani dekad ini. selangkah sudah. selangkah lagi untuk penyudah. moga TUHAN turunkan keinsafan bagi hambaMU ini. TUHAN yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG.

2009

LUPA,
begitu banyak perkara yang berlaku pada dekad ini sehingga kadang-kadang aku selalu lupa siapa aku. aku selalu lupa dimana aku. aku selalu lupa sujud aku. aku selalu lupa maruah diri aku. aku selalu lupa pedoman hidup aku. aku selalu lupa kelahiran aku. aku selalu lupa janji-janji aku. aku selalu lupa kamu-kamu yang sentiasa menyayangi aku. aku selalu lupa TUHAN aku. aku selalu lupa RASUL aku. aku selalu lupa SOLAT aku. dan aku seperti dilahirkan sebagai insan yang penuh dengan kelupaan.
MUNGKIN & TIDAK,
mungkin aku selalu mengikut kehendak hati. mungkin aku selalu mengikut dendam jiwa. mungkin aku selalu mengikut nafsu sehingga menyelubungi diri. tetapi, aku hanya manusia biasa yang ada hati dan perasaan. aku sering mahu lupakan kamu tetapi semakin aku ingin melupakan kamu. semakin itu juga aku mengingati kamu. semakin aku cuba membenci kamu. semakin dalam aku menyayangi kamu. semakin aku cuba jauh dari kamu. semakin dekat hati aku dengan hati kamu. mata kamu. senyuman kamu. ketawa kamu. laungan bacaan kalimah TUHAN dari kamu. tidak pernah padam dari telingga aku. sehingga kadang-kadang aku menyesal mengenali kamu. jika aku diberi peluang untuk pulang ke dekad yang dulu-dulu mungkin pintaku untuk tidak pernah datang kesitu untuk sekilas mengenali kamu. tidak sekilas juga memandang kamu. tidak sekilas berjabat tangan dengan kamu. tidak sekilas bergelak tawa bersama kamu. tidak sekilas bergurau senda dengan kamu. tidak sekilas merobik itu dan ini bersama kamu. tidak sekilas langsung. tidak sekilas. tidak.
SAYANG,
bukan aku tidak pernah cuba menyayangi mereka yang lain untuk melupakan kamu. tetapi sayang aku pada mereka-mereka tidak setanding sayang aku kepada kamu kerna sayang aku pada kamu adalah sayang cintaku tetapi sayang aku kepada mereka-mereka adalah sayang nafsuku. sehingga kadang-kadang aku jadi jemu pada mereka-mereka yang sering tagihkan cintaku. cukup-cukuplah kerna aku mula sedari hati aku hanya untuk kamu.
TENTANG,
sedekad ini juga, banyak mengajar aku tentang kehidupan. tentang kesetiaan. tentang persahabatan. tentang percintaan. tentang kebenaran. tentang kejalangan. tentang kesucian. tentang perjalanan. dan aku harap tentang-tentang ini tidak akan berulang lagi di dekad-dekad yang akan datang. aku merancang dan TUHAN yang menentukan.