Sunday, September 27, 2009

BAHGIAKAH ABAH

ABAH,
aku tidak pernah membenci kamu. jauh sekali menyalahkan kamu dengan apa yang telah berlaku. kerna aku tahu yang setiap insan berhak untuk bahgia. tetapi abah, bahgiakah kamu???
kamu ikat kaki dan tanganmu dengan seketul batu. lalu kamu terjun ke lautan untuk berenang. kamu berharap kamu akan sampai kedaratan dengan selamat. tanpa kamu sedar batu itu terlalu berat sehingga telah mengenggelamkan kamu ke dasar lautan.
dari kecil aku tidak pernah memahami kamu. bila ditanya kawan-kawan tentang kamu. aku hanya berdiam kerna aku benar-benar tidak mengetahui siapa kamu. dimana rumah kamu. tempat kerja kamu. kesukaan kamu. kebencian kamu. secara jujur aku benar-benar tidak tahu.
mungkin aku memang tidak mahu ambil tahu atau aku memang tidak pernah diajar untuk mengenali kamu. jika aku menghitung kerap kali kita berjumpa sepanjang aku 23 tahun ini mungkin hanya 230 kali aku bergurau dengan kamu dan mungkin kurang dari itu. yang aku tahu kamu abahku dan aku mesti sentiasa menghormati kamu walau siapapun kamu. itu pesan ibu.

1 comment:

  1. wahai shbtku...bsbar la...doakanlah kebaikan utk abahmu....

    ReplyDelete