Saturday, May 19, 2012

PULAU KAPAS, TERENGGANU

(WELCOME)
*
*
28 APRIL 2012 (HARI PERTAMA)
bertolak jam 8:00 (27 APRIL 2012) daripada PUTRAJAYA dan perjalanan mengambil masa 6 jam tetapi sengaja dipanjangkan ke 10 jam dengan ‘bersantai-santai’ iaitu mengambil masa yang lama bagi setiap hentian di RNR atau stesen minyak. alasannya mudah kerana tidak mahu tiba terlalu awal di JETI MARANG, TERENGGANU. 
kami tiba di jeti lebih kurang jam 6:00 pagi. beristirehat dan menunaikan solat subuh di masjid berdekatan sehingga hampir 1 jam 30 minit. jam 7:30 pagi bersarapan pagi disalah sebuah gerai makan di tepi pantai. agak kagum melihat seawal pagi sebegitu tetapi 2 orang kanak-kanak ligat berlari-lari sambil bermandi-mandi di gigi laut dengan berpandangankan PULAU KAPAS jauh ke tengah laut. setelah selesai menjamu selera roti canai dan kuih muih, kami ke jeti semula untuk mencari parking. 
telahpun awal-awal lagi dimaklumkan oleh ‘travel agent’, esok akan diadakan INTERNATIONAL SWIMATHON 2012 yang disertai oleh perserta-peserta seluruh dunia. jadi, tidak hairanlah ramai yang berpusu-pusu dan berkampung di jeti bagi menunggu feri atau bot untuk menyeberangi ke sebelah pulau. agak meriah walaupun kepadatan manusia sangat merimaskan. jam 10:00 pagi feri tiba di jeti (sepatutnya jam 9:30 pagi, ‘lari’ dari jadual asal berikutan pemeriksaan bot-bot pengangkutan dari pihak MARITIM).
perjalanan dari JETI MARANG ke JETI PULAU KAPAS mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit. sungguh mengujakan bila melihat chalet yang akan kami inap betul-betul berada di tepi pantai. PAK YA SEA VIEW yang dimaksudkan dan  bersesuaian dengan namanya. PAK YA menghidangkan keropok leko untuk santapan pertama kami di pulau. check in hampir pada jam 12:30 tengah hari dan istirehat sebelum makan tengah hari pada jam 1:30 petang. hidangan makan tengah hari disediakan oleh PAK YA sendiri (boleh la, bapak-bapak yang masak). ikan bawal goreng. sayur campur. ikan tongkol masak piandang.sambal belacan nanas. tembikai dan air berperisa oren.
jam 2:00 petang, aktiviti pertama di pulau adalah ‘snorkelling’. dihantar dengan mengunakan sampan berenjin yang memuatkan hanya dalam 3 hingga 4 orang. so, kena buat 2 trip. tidak sehebat PULAU PERHENTIAN, PHI PHI ISLAND, PULAU SAPI, PULAU MANUKAN atau PULAU MAMUTIK tetapi untuk menjamu mata rasanya masih ‘better’ daripada bersnokelling di TELUK BATIK, PORT DICKSON atau PULAU PANGKOR. pendapat peribadi untuk kami yang baru 1 hari ‘stay’ di pulau, PULAU KAPAS mempunyai permandangan yang sangat cantik dan sesuai untuk percutian keluarga dengan pantai yang sangat bersih dan pasir yang sangat ‘lembut’ sampaikan rasa nak jalan kaki je untuk menjelajah pulau ni. kawasan untuk snorkelling ‘still’ di persisiran pantai (1km hingga 2km dari kawasan penginapan kami). jam 4:30 petang, daripada kawasan snorkelling tadi kami berjalan kaki terus ke chalet. dari pesisir pantai terus ke dakian anak-anak tangga. terus merentas batu-batu pantai dan terus dan terus dan terus. sampai di chalet. rehat. dinner. tido. nite.

29 APRIL 2012 (HARI KEDUA)
jam 3:00 pagi bermulanya hari. dengan harapan ada sesuatu aktiviti yang tidak boleh dilupakan pada hari ini. kejutkan sesiapa yang hendak ’join’ sekali. duduk di kerusi santai dibawah cahaya bulan dan cahaya lampu yang agak terang sambil memerhatikan laut dan mahmud (bukan nama sebenar) mengecat sampan. kita gambarkan sedikit suasana ketika itu. bunyi cengkerik dan riang-riang menyanyi di belakang hutan. deruan ombak menghempas pantai. angin yang tidak begitu sepoi-sepoi bahasa sebab dah macam berpantun (sejuk kot). agak unik time subuh macam nih sebab korang akan tengok banyak ketam merayap-rayap sekitar pantai. yang nampak dengan mata kasar hampir belasan ekor yang kebanyakkannya sebesar penumbuk kanak-kanak. ada yang merayap. bermesra-mesra. ada yang sibuk mengorek lubang. ada jugak menyembunyikan diri dibawah timbunan pasir. ngantuk. masuk chalet. tido.
bergegas bangun jam 6:30 pagi. ada sesuatu yang menarik pagi ni. INTERNATIONAL SWIMATHON 2012. peserta daripada pelbagai negara turut serta. semua peserta berkumpul digarisan permulaan. tujuannya mudah, berenang merentas lautan sejauh 6.5KM daripada KAPAS ke MARANG. agak kagum melihat 2 peserta OKU. seorang tidak mempunya sebelah tangan manakala seorang lagi tidak mempunyai kedua-dua belah tangan. dengan melihat daripada mata kasar agak mustahil kedua-dua mereka mampu untuk menamatkan pertandingan tetapi dengan azam yang kuat tidak mustahil kan. setelah semua peserta hampir hilang ke tengah lautan, kami pun ke chalet semula untuk mulakan aktiviti hari ni. snorkelling. target hari ni agak mudah. nak snorkelling keliling pulau. 
damai dan indahnya alam lautan. itulah yang dapat kami gambarkan. hanya gambar-gambar yang diambil dari dasar laut inilah sebagai bukti untuk korang tahu kenapa aku sukakan laut. tanpa disedari dari  jam 8.00 pagi hingga matahari terpacak dikepala. kami sampai dihujung pulau. siapa yang pernah sampai sini memang best. kawasan batuan yang molek dengan nyanyian burung camar. cuba panjat bukit berdekatan dan korang akan nampak view yang sangat indah. niat untuk keliling pulau dibatalkan sebab agak bahaya dibahagian sebelah pulau. SHARK POINT. tidak merbahaya tapi untuk keselamatan dan tiada orang berpengalaman untuk guide kami. so,cancel jer la. memang puas hati dan sangat puas hati. berjalan balik ke chalet dan sampai chalet dalam 2.30 petang. terus makan sebab lapar. rehat. petang pulak, kami makan keropok leko PAK YA yang sedap. hujan dan ribut tapi tetap enjoy sebab tengok ombak ganas menghempas pantai dengan hujan lebat. malam ada BBQ. tido.

30 APRIL 2012 (HARI KETIGA)
aktiviti yang sama. snorkelling. kalau korang suka, memang takkan puas. cubalah. dalam pukul 12.00 tengah hari, siap-siap packing. 1.30 petang bot datang dan terus ke JETI MARANG. sempat singgah di PASAR PAYANG, KUALA TERENGGANU untuk beli apa-apa yang patut. tak lupa makan seafood goreng tepung dekat dengan area lapangan terbang. terbaik. selesai.
*
*
(BYE)