Thursday, May 1, 2014

DAY 5: GOLD COAST > QUEENSLAND, AUSTRALIA

tarikh 14 april 2014 jam 12.15 pagi. beberapa hari lepas, isyarat kotak hitam MH370 secara rasminya telah terpadam. ALLAH lagi maha mengetahui. hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa didalam pesawat MH370. minggu ke 4 untuk kelas MASTER aku. setakat ini semuanya berjalan lancar. alhamdulilah!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Around Backpackers In Paradise

hari ke 5 di gold coast. tarikh 11 mei 2013 (ahad) jam 05.55 pagi, kami mula bergerak ke destinasi yang telah dirancang. hari ini tujuan utama kami adalah ke BRISBANE CITY. sebenarnya, takde la tempat yang menarik sangat kat bandar brisbane nih. cuma cukup sekadar BE THERE kot kat sana nanti. kira macam tak lengkap la kalu korang datang gold coast tp tak pergi ke brisbane. 

Bus N21 - Nerang Station
 Suffer Paradise Bus Stop - Zone 14




















mari teruskan penerokaan! mula-mula sekali, dari suffer paradise korang akan naik bas no. 21 atau N21 untuk ke NERANG STATION dengan harga AUD3.08/pax sahaja dan mengambil masa lebih kurang 25 minit perjalanan. nerang station nih adalah salah satu stesen perhentian kereta api untuk pergi ke beberapa destinasi tertentu, antaranya brisbane. tambang train dari nerang station ke CENTRAL STATION di brisbane adalah AUD6.38/pax dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. bila sampai jer kat brisbane, memang niat nak jalan-jalan! hanya melayan kaki dimana ia melangkah. ewah! tengok struktur pembinaan building diaorang yang agak KLASIK. nice! jom layan picture!

Nerang Station, Gold Coast
Around Queens Plaza
*Ricky Martin & Britney Spears
HALAL Food

jam 09.20 pagi, kami still merayau-rayau kat sini. dari sebuah ke sebuah shopping complex kami jelayah. antaranya QUEENS PLAZA. lunch dekat food court shopping complex tuh jer and alhamdulilah, sebab ada kedai makanan halal. makan set burger dengan harga AUD6.00/pax jer. ada la jugak hati nak tengok movie kat sini tapi bila survey harga AUD17.50/pax terus cancel plan nak tengok. macam tak berbaloi jer kan. pas makan, sambung jalan balik. layan!

Brisbane Visitor Information
General Post Office
Around Treasury Casino
Square War Memorial, Brisbane
War Memorial

dah puas jalan-jalan kat sini, dalam jam 01.00 petang kami gerak balik semula ke nerang station. kali nih tambang train adalah AUD8.77/pax jer. dari nerang station ke surfer paradise pulak, harga tambang bas hanya AUD0.69/pax jer! MURAH plak dah! still tak tau pengiraan tambang diaorang cam mana. layan kan jer lah! sebelum ke tempat penginapan, sempat lagi tapau pizza and kebab dengan harga AUD13.50 untuk santapan dinner.

SAVE THE REEF & SAVE THE CLIMATE

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::