Wednesday, July 29, 2009

MY LITTLE SISTA BECAME A WOMAN

LITTLE SISTA,
em,aku doakan kamu sentiasa bahgia disamping suami tercinta. begitu pantas masa berlalu. aku rasakan seperti baru semalam kita berbasikal bersama. baru semalam kita berpondok bersama. baru semalam kita berguli bersama. aku harap kamu akan menjadi seorang isteri yang taat dan setia. aku harap kamu akan mula matang dan tahu untuk menguruskan keluarga kamu sendiri dan insyaallah menjadi ibu yang begitu menyayangi anak-anaknya satu hari nanti.
AKU,
masih mencari teman hidup yang dapat memahami aku. doakan aku dijodohkan dengan insan yang benar-benar menyayangi aku seadanya. bukan kerna kebendaanku tetapi kerna hati dan budiku. aku tahu bintang itu akan jatuh kebumi jua akhirnya. cuma aku perlu bersabar. insyaallah.

Tuesday, July 28, 2009

HARI KE 34

KAMU-KAMU LAGI,
em,aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. mengumpul kamu-kamu yang sudi menerima aku seadanya dan sudi menyayangi aku sesempurnanya. aku harap persahabatan ini akan berkekalan. walaupun hanya 34 hari bersama kamu-kamu, aku rasakan bagai 34 ribu tahun aku mengenali kamu-kamu. bersama kamu-kamu juga, aku tidak perlu lagi menjadi orang lain seperti yang aku lakukan dulu. aku hanya perlu menjadi diriku sendiri. terima kasih kamu-kamu.
KAMU-KAMU,
kamu-kamu yang sentiasa sudi menoroti nukilan aku pula, tunggu aku pulang ya. insyaallah, aku akan lahir dengan aku yang baru. dengan jiwa aku yang dulu-dulu. yang sentiasa ingin kehidupan gembira dan bahgia bersama sahabat-sahabat di samping aku. tunggu aku pulang ya kamu-kamu. juz smile. :)

Tuesday, July 7, 2009

LA TAHZAN

SEMALAM,
hari yang tinggal sejarah. satu perkara yang sudah berlalu dan aku harus melupakannya kerna mustahil untuk aku memperbaikinya. satu perkara yang bodoh jika aku asik dibelenggu dengan kisah silamku hingga menganggu emosi aku sendiri. gilalah aku jika asik mengharapkan kisah semalam menjadi lebih baik dan melindungi aku untuk masa depanku. sudah tiba untuk aku lupakan masa laluku untuk aku melangkah ke masa depanku. sudah tiba untuk aku tidak menoleh ke belakang lagi mengenang siapa dibelakangku. aku akan hanya menyayangi dan menghargai kamu-kamu yang sudi menyayangi dan menghargai aku.
HARI INI,
hari yang pasti dan aku perlu laluinya dengan hati yang sentiasa terbuka. duka atau gembira, apa sahaja yang aku lalui hari ini, aku perlu laluinya. perlu dan perlu laluinya untuk kejayaanku di masa akan datang. jangan biarkan semalam menghantui hati kamu untuk kamu berasa gembira pada hari ini.
ESOK,
hari yang tidak pasti dan masih belum turun ke bumi. jangan terlalu mengharapkan kebahgiaan di hari esok kerna mungkin kedukaan yang menanti kamu dan jangan terlalu kecewa memikirkan kedukaan di hari esok kerna mungkin kebahgiaan menanti kamu.