Wednesday, September 23, 2015

DAY 1: HONG KONG (CHUNGKING MANSIONS, KOWLOON)

tarikh 18 mei 2015 (isnin) jam 09.40 malam baru start untuk siapkan tentatif trip HONG KONG yang selesai beberapa minggu lepas. pengalaman yang sangat berharga bila berada di sebuah negara yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. bangunan yang mencakar langit and sekelompok masyarakat yang SOMBONG and tidak berbudi bahasa. agak kejam kenyataan nih kan, tapi ini adalah pengalaman kami bila berada selama 4 hari 3 malam di sebuah negara yang kononnya MAJU dari semua segi. jom layan! 

 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hong Kong City Map

tarikh 01 mei 2015 (jumaat) adalah hari yang dinanti-nanti untuk menjelajah ke HONG KONG. percaturan yang mudah pada mulanya, bila kami merancang untuk menjelajah ke 2 lagi destinasi menarik iaitu MACAU dan SHENZEN tetapi tidak kesampaian apabila memikirkan kesuntukan masa. so, kalau korang nak menjelajah ke destinasi-destinasi nih sila pastikan korang buat perancangan yang betul and terperinci terutama berkaitan tempoh percutian. maybe, memakan masa selama 10 hari untuk korang selesaikan ketiga-tiga destinasi nih. cuba la TRY. gud luck!

MTR System Map, Hong Kong City

secara ringkas and pengetahuan cetek dengan perangai yang tak berapa gemar nak mencari info berkaitan asal usul sesebuah negara. kami difahamkan HONG KONG adalah sebuah negara yang berlainan dengan CHINA. so, untuk ke hong kong tidak memerlukan sebarang visa. harap maklum ye! terbahagi kepada beberapa daerah yang merangkumi kepulauan-kepulauan yang besar dan kecil. iaitu merangkumi kelompok daerah KOWLOON, LANTAU ISLAND, HONG KONG ISLAND and NEW TERRITORIES. boleh dikatakan sebuah negara yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang hebat dan kemudahan perhubungan pengangkutan yang dikagumi untuk bergerak ke kepulauan-kepulauan yang lain melalui jalan raya, laluan keretapi bawah tanah dan ferry. masa di hong kong adalah sama dengan masa di KUALA LUMPUR. so, tidak perlu ubahkan jarum jam korang. untuk info lebih lanjut, sila cari sendiri. terima kasih.
 
FRIENDS *deng

macam biasalah, kita start dengan tiket flight dulu dengan harga RM337.00/ 1 pax bagi perjalanan pergi and balik. mungkin agak mahal tapi kami rasa harga nih dah cukup murah untuk pergi ke sebuah negara yang dikatakan MAJU nih. still keluar ayat macam tak puas hati kan. kan! seterusnya, baggage 20 kg untuk pergi and balik dengan kos RM110.00/ 3 pax manakala meal untuk pergi and balik dengan kos RM75.00/ 3 pax jer. dengan mengambilkira kos sara hidup yang tinggi kat sana and yang paling penting HALAL so, kami ambik alternatif untuk bawak makanan sendiri dengan kos RM93.40/ 3 pax lagi. tukaran mata wang waktu nih adalah HKD100 = RM46.90 jer! 

perkhidmatan ERL dengan tambang RM6.30/1 pax untuk ke KLIA2. lebih kurang jam 02.00 petang, kami dah ada kat KLIA2 and tepat jam 05.00 petang terus terbang ke HONG KONG yang mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit. jam 08.55 malam selamat mendarat dengan jayanya. alhamdulilah! selamat tiba! 

1010, Hong Kong International Airport
Tourist SIM Card

info: memandangkan semua nya serba mahal kat hong kong nih so, korang amat digalakkan untuk booking hotel secara awal. harga hotel berubah-ubah sepanjang masa. kali nih HOTEL DELTA, CHUNGKING MANSION di TSIM SHA TSUI iaitu di daerah KOWLOON menjadi pilihan. area tsim sha thui menjadi pilihan, atas alasan berdekatan dengan tempat-tempat yang patut korang pergi macam AVENUE OF STARS, A SYMPHONY OF LIGHTS, HONG KONG MUSEUM OF ART, HONG KONG CULTURAL CENTRE, CLOCK TOWER and banyak lagi lah. area nih jugak, berdekatan dengan station-station MTR (train), station bus and terminal jetty. kesimpulannya, mudah la korang nak pergi mana-mana and yang paling penting kat building chungking mansion nih sangat banyak kedai yang menjual makanan halal. alhamdullah!

Customer Service Centre, Hong Kong International Airport

jom sambung cerita yer. sampai jer kat airport, benda pertama yang kami cari adalah OCTOPUS CARD aka TOUCH n GO kalau kita kat malaysia. tapi, sebelum tuh nak bagitau yang yang kami mendarat di TERMINAL 2 so, prosedur agak lain bila korang terpaksa menunggu bas untuk diangkut dari terminal 2 ker TERMINAL 1. kat terminal 1 nih lah korang akan lalu immigration and ambik baggage korang. keluar dari pintu arrive tuh, sila cari kaunter untuk beli octopus card yer. kalau tak tahu kat mana, boleh tanya kat information center. deposit octopus card adalah HKD50.00/ 1 pax (tolak HKD9.00/ 1 pax untuk handling fee bila time korang return balik kad tuh) and dengan bajet yang telah dibuat, kami topap HKD200.00/ 1 pax untuk kami meronda-ronda nanti. lagipun, korang tak perlu risau kalau topap banyak sebab balance akan dipulangkan semula. octopus card nih jugak bukan semata-mata untuk naik public transport tapi ada restaurants and store yang mengunakan perkhidmatan kad nih. dah setel beli octopus card, ada antara kami yang nak beli sim kad pulak. senang nak berinternet katanya. berpusing-pusing juga la mencari kedai 1010 yang dikatakan menjual sim kad. akhirnya! kedai tuh tak jauh dari pintu arrive tadi iaitu bertentangan dengan restaurant MCD. discover hong kong dengan TOURIST SIM CARD dengan harga HKD118.00 untuk 8 hari dengan 4G ultimate pass. yang tak beli sim kad tuh boleh tumpang wifi kawan-kawan yer. deng!

Cityflyer Bus, Hong Kong City
Asyraf Muslim *eh

seterusnya, mencari bus stop. actually, korang boleh jer naik train terus ke area TSIM SHA TSUI tapi kos tambangnya agak tinggi so, untuk jimat kami naik bus lah kan. just follow direction untuk ke bus stop. naik bus no. N21 untuk ke tsim sha shui dengan tambang HKD33.00/ 1 pax jer (guna octopus card). sila pastikan yang korang stop di  CHUNGKING MANSION, NATHAN ROAD. perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. agak mudah untuk kami tahu area mana nak stop sebab mengunakan google map. bijak kan! tapi, kalau korang blur boleh la confirmkan dengan driver bus tau penumpang lain untuk STOP kat mana okeh. malu bertanya, sesat jalan orang kata. erk!

Chungking Mansion, Kowloon, Hong Kong City

selamat sampai di chungking mansion. jom check in ke HOTEL DELTA di tingkat 16. keadaan di chungking mansion nih agak sesak dengan penduduk tempatan and pelancong. terdapat banyak hotel kat sini dengan kedudukan floor yang berbeza. lif hanya ada 2 buah SAHAJA dengan 1 lif untuk ke tingkat nombor genap and 1 lif lagi ke tingkat nombor ganjil. kami BERATUR di lif nombor genap. panjang okeh orang beratur untuk naik lif. terbaik! redha jer la sebab hotel murah kan walaupun RM784.03/ 3 pax untuk 4 hari 3 malam. murah sangat! layan!

hotel-hotel area Chungking Mansion, Kowloon

lebih kurang jam 11.00 malam akhirnya menCHECK-INkan diri. dah mula bibit-bibit drama SERAM 37 episod. agak malang bila kami diminta untuk tunggu sebab bilik FULL. bukan kami jer tapi beberapa group. ulang balik ayat. BEBERAPA group yang tak dapat bilik sebab full booking katanya. booking cancel bila check in lebih jam 06.00 petang. tapi, yang tuh adalah untuk orang-orang yang booking. nasib la kami nih dah siap bayar. tak kira la mak cik kaunter oit, kami nak bilik. pandai-pandai la nak letak kami kat mana yer. ape jadi pun kami nak bilik. penat weh! sungguh KEREK mak cik jaga kaunter nih yer. tapi, walaupun beberapa group tuh dah start meninggi suara kami tetap COOL. sangat! akhirnya, dapat bilik and kami diminta ke tingkat 8. baiklah, hotel dah tukar nama jadi HOTEL SINGAPORE (maybe diaorang carikan bilik kat hotel lain). time tuh tak tau nak cakap pe dah, nak marah ker, nak hamun ker, nak bertumbuk ker tau nak makan orang ker. semua pendam dalam hati sebab penat and lapar. kami tunggu lebih kurang 1 jam lebih untuk dapat bilik tuh. dah rasa nak berguling depan kaunter. sabar je lah! and masuk bilik, makan makanan yang kami bawak dari malaysia. cancel plan nak ke avenue of stars untuk tengok suasana malam. tido! mimpi DISNEYLAND! nite!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

No comments:

Post a Comment