Saturday, March 26, 2011

SEDETIK LEBIH, ANUAR ZAIN

setiap nafas yang dihembus
setiap degupan jantung
aku selalu memikirkanmu
dalam sedar dibuai angan
dalam tidur dan khayalan
aku selalu memikirkanmu

ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
barulah terasa ku bernyawa

kasihku…
ku amat mencintai kamu
kerana kau beri erti hidup
ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
ku bersyukur adanya kamu

biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
asal masih adanya kamu

* amaran: jangan pernah kamu ungkapkan cinta, untuk ingin bersama aku, jika kamu tidak sejujur salju, kerna ini hanya akan melukakan hatiku.
.
.
.
(SEKALI AKU CINTA, AKU TETAP CINTA)

FRASER'S HILL, PAHANG

OUTING 18 MAC 2011-19 MAC 2011
dengan alasan hendak merehat-rehatkan badan dan minda (rehat ker). kami pegi la mendaki gunung di Bukit Fraser, Pahang. tempat nih memang best untuk family atau member-member bersantai and rehatkan minda anda. memang sejuk dari Cameron Highland dan udara yang segar. sebenarnya, puncak Bukit Fraser nih kecik jer. kalau pusing naik basikal pun, korang boleh pusing tak sampai setengah hari (rasa pecah lemak-lemak aku). aktiviti-aktiviti pun banyak jugak and korang boleh tengok picture-picture kat bawah. selain tuh boleh la buat aktiviti-aktiviti sendiri macam yang kami buat. stimboat time and UNO time. dan JUARAnya adalah mohd roslan ismail. yang kalah pulak mas***h **mid (mati aku kene sekeh). yang lain semua yang hado jer. walaupun, just 1 malam 2 hari jer kami kat sana tapi sangat, sangat, sangat dan sangat seronok. promote kejap tapi pastikan anda bukan seorang yang mabuk kereta sebab jalan nak naik Bukit Fraser tuh menyebabkan saya muntah-muntah 2 kali (mengaku okey). wokeh, jumpa untuk next trip. NEXT!!
HOTEL
terdapat bermacam-macam jenis hotel and rumah tumpangan kat atas nih. murah, sederhana dan ada yang mewah. pilih jer la ikut kemampuan. berikut adalah harga-harga kos untuk korang 'have fun' dengan aktiviti-aktiviti kat sini. macam-macam ada. pasal makan pun, banyak jugak restoran-restorannya. ini aktiviti-aktivi berserta harga untuk korang enjoy kat sana:
1. BERBASIKAL (rm5/jam-basikal hotel)
2. MENGAYUH (rm6/15 minit-1 sampan tuh)
3. MENUNGGANG KUDA (rm5/round)
4.MEMANAH (RM8/10 arrow)

* tahniah: buat Cany sebab dah pandai bawak basikal and JUARA memanah. cayalah.

(BERBASIKAL)

(MENGAYUH)

(MENUNGGANG KUDA)

(MEMANAH)
.
.
.
.
.

(POST)
* cari perbezaan untuk picture: diatas (POST) & dibawah (MELETUIP).
-mesti tak dapat cari kan sebab sama jer-

(MELETUIP)

Friday, March 18, 2011

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

(MADAGASCAR)

ABOUT USS
sebenarnya dah lama kami pegi Universal Studio ni. cma baru nak update dalam blog. em,nak start dari mana erk. kita start ngan tiket masuk. harga masuk area $72 dolar Singapore dalam RM170 lebih duit Malaysia. nampak macam mahal kan tapi memang mahal pun. ahak. dun worry sebab kalau korang pegi sana memang berbaloi. rasa tak rugi and 1 hari takkan cukup untuk korang main and enjoy game-game kat sana. klau nak dibandingkan tempat-tempat kat Malaysia macam Genting, Sunway Lagoon dan Lost of Tambun (tak penah pegi lagi). memang jauh beza lah. macam langit dengan bumi. kita puji lebih sikit sebab nak pegi lagi.

(LOST WORLD)

TRANSPORT
sebelum nak pegi tuh, kena ada pasport la ek (lu pikir la sendiri). bila dah ada pasport boleh la masuk ke Singapore melalui Johor. dimaklumkan bahawa, ada 2 gate untuk masuk ke Singapore. yang tuh korang kena google sendiri. semua nak bagi tahu lemak la badan. dari Johor korang beli jer tiket bas untuk ke USS and korang akan naik bas dari Danga Bay, Johor Bahru. Bas tuh akan terus ker USS tapi korang akan berhenti la kat hentian-hentian emigrisin untuk pastikan anda rakyat Malaysia. biasalah nak masuk negara orang. untuk makluman, bas tuh akan terus bawak korang ke USS.

(SCI-FI CITY)

BEST
bila dah sampai rasanya korang tahu la nak buat apa kan. 1 jer pesanan aku, bila korang masuk jer kat sana please jangan pikir apa-apa dah. masalah family ke, masalah awek ke, masalah balak ke, masalah keje ke. pegi sana just enjoy game-game tuh. mesti puas hati. dekat dalam tuh, ada beberapa tempat (macam Sunway Lagoon la, ada Zoo, ada Water game and macam-macam lagi kan). sama la dekat USS pun. dia ada tempat wajib dalam tuh yang kena masuk:
1. HOLLYWOOD CITY
2. NEW YORK CITY
3. SCI-FI CITY
4. EGYPT
5. LOST WORD
6. WATER WORLD
7. FAR FAR AWAY
8. MADAGASCAR
* p/s: ada 8 tempat korang kena pegi and kalu tak enjoy jugak tak tau la (kalu sempat la erk) sebab kami tak sempat pun main semua game. aja.

(NEW YORK CITY)

TO: MY SIS AND BROTA
thank ek sebab bawak dekat tempat nih. insyallah, kita akan pegi lagi nanti. arituh kita shoot lebih kurang 2,000+++ keping picture tapi next time kita shoot 5,000+++ keping plak sebab ada game yang kita tak sempat masuk. walaupun, ada orang dah nak tertanggal tudung bila naik roller conter. next trip kat mana plak ek. tunggu.

(HOLLYWOOD CITY)

LEAST BUT BETTER
banyak tak info korang dapat. rasanya macam sikit jer tapi sekurang-kurangnya korang dah dapat sikit gambaran untuk pegi sana. sapa yang nak pegi enjoy okey.

attention: kali ni takde picture KONTROVERSI. layan jer picture-picture yang ada tuh.

Thursday, March 17, 2011

MY BESTFREN CONVOCATION

TAHNIAH
sekalung tahniah buat mohd zulhida bin badarudin. akhirnya, anda adalah seorang cikgu. cikgu hensem kata anak-anak muridnya. hadiah buat majlis konvo kamu tidak sepapan pisang yang dibawa belayar. atau seekor nangka sebesar kelapa. hanya kehadiran aku (bersama teddy bear kecil) untuk menyerikan majlis konvo kamu. bila tengok senyuman ibu dan ayah kamu. aku juga turut gembira. senyuman puas dari kedua-dua orang tua kamu kerana melahirkan seorang anak yang berguna. timbul perasaan cemburu. tidak sabar rasanya tiba saat-saat aku pula beratur panjang untuk menerima segulung ijazah sambil diperhatikan kedua ibu bapa aku. dengan harapan, kamu dan teman-teman istimewa turut juga ada dibawah sana sambil memerhatikan kejayaan aku.
PENGALAMAN
mungkin, bila ada yang membaca blog ini. ada yang terdetik, mudahnya untuk berjaya tapi disebalik itu. hanya TUHAN, hati dan perasaan saja yang tahu. betapa sukarnya untuk menjadi seorang yang berjaya. perasaan cekal untuk hadapi apa sahaja yang datang mesti kuat dan tidak boleh hilang. jika perasaan cekal, usaha, doa dan tawakal itu HILANG. aku nescaya, kamu tidak akan berjaya. sekali lagi, tahniah buat mohd zulhida bin badarudin.

Wednesday, March 16, 2011

SINGAPORE

(FLYER SINGAPORE)
belakang: yazid, me, aizol
depan: ila, sis she, sis lin


(ORCHAD ROAD)


(......................................)
* sila isikan tempat kosong


(RESTORAN AYAM PENYET)
p/s: best!!!


(KONTROVERSI)
* pict. ni la jadikan kami begitu POPULAR kat office... kami berpelukkan katanya...
biasa la, bila gosip-gosip artis... layan...

SEDAR TAK SEDAR

TAHUN 2011
sedar tak sedar, sudah hampir 3 tahun mohdroslanismail.blogspot ini berjalan seiring aku. ada pahit. ada manis. ada masam. ada tawar. walaupun kadang-kadang, tidak banyak coretan hati yang diluahkan dalam blog ini tetapi coretan-coretan ringkas inilah membawa seribu makna dalam hidup aku. dalam perjalanan hidup aku.

Tuesday, March 15, 2011

SEBAB

BANTAL BUSUK,
lama rasanya jari-jari ini tidak berdetak-detuk menekan 'keyboard' sambil otak ligat memikirkan susunan-susunan ayat yang enak untuk dijamah hati dan perasan di dada. bila kita bertanya tentang sayang, semua mahukan seseorang untuk disayangi dan tidak lupa juga memerlukan seseorang untuk menyayangi kita.
semacam yang selalu aku dagangkan, kita ada hak untuk mencintai sesiapa sahaja tetapi kita tiada hak untuk memaksa seseorang untuk mencintai kita. jadi, sentiasa hargai sesiapa sahaja yang tidak jemu-jemu jatuh cinta pada kamu. kasih sayang itu memang tidak pernah diduga. kadang-kadang dia pergi tapi kadang-kadang dia datang tanpa meminta. seperti KAMU yang tiba-tiba mahukan aku. dengan senyuman, aku mengangguk tanda setuju dengan harapan kamu sentisa tulus bersama aku.
SEPERTI AKU,
bila ditanya tentang, mengapa aku sayangkan kamu. aku lebih suka membisu daripada memberi jawapan yang dijadikan penyedap suntingan bunga ditelinga. jawapan yang dijadikan penyedap kuluman manisan dimulut. sedangkan kosong isi pati hirisan dihati. hanya penyedap mata memandang. hanya menyedap hidung menghirup.
walaupun sebenarnya, tidak perlu mempunyai SEBAB untuk menyayangi seseorang. cukup sekadar dia tahu yang kita menyayangi dia SEBAB kita memang menyayangi dia. tenung matanya dalam-dalam dan lafazkan. saya sayang kamu.