Monday, September 28, 2015

DAY 2: HONG KONG (DISNEYLAND, LANTAU ISLAND)

tarikh 24 mei 2015 (ahad) jam 07.10 pagi dah menyambung tentatif trip HONG KONG yang dah selesai beberapa minggu lepas. hari ke-2 di HONG KONG akan dihabiskan di disneyland. mungkin tempat idaman setiap kanak-kanak untuk datang kat sini. macam kami jugak time kecik-kecik dulu. tapi, disneyland hong kong mungkin bukan disneyland gambaran kami yang dipenuhi dengan karton-karton disneyland di segala pelusuk sudut tempat nih. bagi kami biasa-biasa jer. jom layan! 
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hong Kong Disneyland Resort
MTR Disneyland Station

tarikh 02 mei 2015 (sabtu) adalah hari untuk menjelajah ke serata DISNEYLAND hong kong. rangkap perkataan pertama untuk hari nih. HAPPY BESTDAY bangau laut. terus terbang and terus menyelam. deng! kita start dengan tiket masuk dulu yer. memandangkan, bagi memudahkan percaturan di disneyland. kami dah siap-siap beli tiket secara online sejak dari malaysia lagi. harga package for 1-DAY general admission dengan limited complimentary meal offer package pada harga HKD499.00/1 pax jer. agak lama jugak kami survey untuk dapat package nih. bila ada promotion jer, terus sambar sebab memang berbaloi memandangkan korang akan dapat FREE meal untuk harga tiket yang sama. so, tak perlu risau lagi bila baca blog backpacker yang lain berkaitan harga makanan yang sangat mahal kat dalam disneyland nih. cara korang nak redeem meal coupon pun boleh 2 cara iaitu samaada korang nak ambik one main cource with soft drink kat mana-mana dari 6 restaurant terpilih kat dalam disneyland nih ATAU one group special menu set at river view cafe. bagi yang MUSLIM, ofcos kami cadangkan ambik pilihan pertama sebab 2 daripada 6 restaurant tuh ada HALAL CERTIFIED iaitu TAHITIAN TERRACE and EXPLORER’S CLUB RESTAURANT. jom sambung cerita!

Hong Kong Disneyland Resort

kami rasa transport yang paling berbaloi untuk ker disneyland dari hotel adalah MRT memandangkan disneyland terletak di LANTAU ISLAND. boleh naik train melalui 2 station yang berada dekat dengan hotel iaitu TSIM SHA TSUI STATION atau EAST TSIM SHA TSUI STATION. bezanya, korang akan pusing jauh and lalu banyak station atau pusing dekat and lalu sikit station. sila mentelaah MTR SYSTEM MAP korang okeh! pilihan kami adalah melalui east tsim sha tsui station sebab tak perlu stop banyak station. dari EAST TSIM SHA - AUSTIN - NAM CHEONG (interchange ke TUNG CHUNG LINE) - LAI KING - KWAI FONG - SUNNY BAY (interchange ke DISNEYLAND RESORT LINE) - DISNEYLAND. tambang HKD19.00/1 pax and just touch jerk octopus card masing-masing. bila korang naik jer train kat disneyland resort line, dah mula rasa bibit-bibit disneyland kat dalam train tuh. nak tau napa, kena la datang sendiri okeh. surprise!

MTR System Map, Hong Kong City
jam 09.50 pagi keluar dari DISNEYLAND STATION, terus nampak pintu gerbang WELCOME HONG KONG DISNEYLAND RESORT. memasing excited giler! ambik picture sekeping dua and cari kaunter untuk redeem tiket online. boleh redeem di MAIN ENTRANCE TICKET BOOTHS atau GUEST RELATIONS (open daily from 30 minutes before park opening). cuma nak bagi amaran kat korang. AMARAN! AWAS! sila bawa bersama CONFIRMATION NUMBER, VALID PASSPORT and the CREDIT CARD you used to make the purchase. lagi sekali amaran keras. AWAS! sila bawa bersama CONFIRMATION NUMBER, VALID PASSPORT and the CREDIT CARD you used to make the purchase. sebab, tukang beli tiket aka tuan yang tulis blog nih dah tinggalkan wallet dia kat hotel so, credit card tak bawak ke disneyland. rasa nak nangis weh! tapi, setelah sedikit pujuk rayu dibuat akhirnya kaunter still bagi kami tiket dengan confirmation melalui handphone number. TERIMA KASIH adik manis. berpeluh okeh sebab memikirkan kena patah balik ke hotel semata-mata nak ambik credit card. memang kena MAKI selori ler kan! jom masuk disneyland!

secara ringkasnya, disneyland hong kong nih ada 7 seksyen iaitu FANTASYLAND, TOMORROWLAND, TOY STORY LAND, MYSTIC POINT, CRIZZLY GULCH, ADVENTURELAND and MAIN STREET USA. actually, kebanyakkan game untuk kanak-kanak. rasanya, UNIVERSIAL STUDIO SINGAPORE lagi best kot. jom layan picture jap!

 :::::FANTASYLAND::::: 
The Golden Mickeys
FantasyLand Station
It's A Small World
The Golden Mickeys *show
 
 :::::TOMORROWLAND:::::
Buzz Lightyear Astro Blasters
Space Traders * must try

:::::TOY STORY LAND:::::
Toy Story Land
Toy slodier Parachute Drop
RC Race *heart attack

  :::::MYSTIC LAND:::::
Explorer's Club Restaurant
Garden Of Wonders
Mystic Manor

  :::::GRIZZLY GULCH:::::
Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars *warning
Lucky Nugget Saloon

   :::::ADVENTURELAND::::: 
Tarzan's Treehouse
Festival Of The Lion King
Festival Of The Lion King *colorfull

   :::::MAIN STREET U.S.A:::::
Main Street U.S.A

tip: untuk korang yang kononnya rasa tak sempat nak abiskan menjelajah disneyland nih dalam tempoh 1 hari tuh boleh la beli tiket untuk package for 2-DAY yer. tapi bagi kami, package for 1-DAY pun dah cukup. takde la besar mana pun disneyland nih! yang malas nak beratur panjang pulak, boleh la ambik FASTPASS and korang boleh bayar kat FASTPASS DISTRIBUTION MACHINE. kalu tak silap, machine nih ada di setiap attraction. pegi cari sendiri lah! deng! pada yang nak jimat tapi malas nak beratur, boleh beratur kat SINGLE RIDER LINE kat setiap attraction yang korang pergi (sesetengah attraction jer yang ada line nih). single rider line nih konsepnye macam korang menumpang group orang lain. contohnya, untuk suatu attraction tuh korang boleh naik 4 orang and ada group yang ada 3 orang jer. so, staff yang jaga kat attraction tuh akan tarik sorang dari yang beratur kat single rider line untuk cukupkan 4 orang. maknanye, korang tak dapat la naik sekali ngan geng-geng korang sebab dah dipecah-pecahkan. tapi, serius tak buang masa and kami dapat main semua attraction dengan JAYAnya (kecuali attraction kanak-kanak ler). mana yang beli package entry dengan free meal, sila ambik meal yang paling mahal and paling berbaloi. kupon meal merangkumi meal daripada mana-mana set meal yang ada kat situ. 

YUNA

jam 3.00 petang, kami disite untuk lunch kat EXPLORER’S CLUB RESTAURANT kat area mystic point. main menu dari japan, korea, indonesia and south east asia yang mana korang boleh pilih ruangan makan yang berbeza-beza mengikut suasana. kami pilih suasana arab sebab ada aircond. jom bersantap dengan lahapnya. lepas kenyang jom ronda-ronda lagi and please jangan miss SHOW-SHOW kat sana! memang best! layan picture na! erk!

Main Street U.S.A *night

akhirnya, setel 1 hari kat sini dengan jayanya. lebih kurang jam 08.00 malam dah start DISNEY PAINT THE NIGHT PARADE aka perarakan karton-karton sepanjang jalan (boleh rujuk parade road kat map) tuh. setel perarakan terus ada FIREWORKS yang sangat lama. puas tengok bunga api yer. jam 10.30 malam bergerak balik ke hotel dengan MRT and tambangnya HKD19.00/1 pax jer. sampai hotel dalam jam 11.00 malam and cerita tragis happen lagi bila kami tak boleh masuk bilik sebab security door ke bilik tak boleh bukak guna touch kad and password code tak diberi. tuan punya blog yang SENGAL nih boleh pulak tekan loceng and ketuk pintu sekuat hati dengan harapan ada orang dengar dari mana-mana bilik kat dalam and berbesar hati untuk bukak kan. ada la mat salleh tolong bukakan dengan sambutan kata-kata aluan makian sebab buat bising. cancel nak jalan-jalan kat avenue of stars sebab penat sangat. ok bye! nite! 

Disney Paint The Night Parade
Disney Paint The Night Parade

:
:
:
:
 
Thank You Hong Kong Disneyland
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

No comments:

Post a Comment