Wednesday, December 31, 2014

DAY 1: BANDA ACEH > SUMATRA, INDONESIA

tarikh 31 disember 2014 jam 08.23 pagi (rabu). pagi yang agak suram. semalam, pesawat QZ 8501 iaitu penerbangan dari SURABAYA, INDONESIA ke SINGAPURA telah disahkan terhempas apabila beberapa serpihan dan mayat terapung dijumpai di lautan. peristiwa MH370 dan MH17 berulang kembali. tapi, patah semangat untuk STOP travel tuh masih mustahil rasanya. sedikit info pasal tragedi QZ 8501, dilaporkan hilang dari menara kawalan pada 28 disember 2014 (ahad). membawa 155 orang penumpang (137 dewasa, 17 kanak-kanak dan 1 bayi) dan 7 anak kapal (2 juruterbang, 4 cabin crew dan 1 engineer). misi mencari telah dikerah sebaik sahaja pesawat dilaporkan hilang. telah disahkan terhempas pada 30 disember 2014 (selasa) selepas beberapa serpihan pesawat dan mayat dijumpai. takziah untuk ahli keluarga penumpang yang terlibat. TAKZIAH!

kita letak tepi tragedi QZ 8501 sekejap. okeh! sambung cerita trip BANDA ACEH and MEDAN pulak. sebenarnye trip nih adalah trip yang tak dirancang. trip tangkap muat sebenarnye, sebab nak membawa HATI yang lara bila mana terpaksa CANCEL trip ke TOKYO - OSAKA, JAPAN atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. burn TIKET!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2)
kadar matawang RP1,000.000 = RM285.00 jer! start dengan harga tiket la yer. disebabkan beli tiket dalam bulan NOVEMBER untuk trip bulan DISEMBER so, harga nya agak mahal la yer. cuma untuk makluman trip nih bermula di banda aceh dan berakhir di medan. harga tiket dari KUALA LUMPUR ke BANDA ACEH adalah RM229.00/pax dengan harga tiket dari MEDAN ke KUALA LUMPUR adalah RP356.000/pax jer!

Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh
tarikh 25 disember 2014 (khamis) jam 01.45 petang (waktu kuala lumpur). setelah penat menapak sambil nyanyi lagu SERIBU TAHUN by imran ajmain ke pintu 19 di KLIA2. tetibe! kami pun fly la ke banda aceh, INDONESIA. waktu nak landing tuh, nampak la sekitar banda aceh yang telah dilanda banjir. tapi, tak seteruk banjir di PANTAI TIMUR la kan. moga tabah hadapi dugaan okeh! lebih kurang jam 02.15 petang (waktu banda aceh - lewat 1 jam), kami selamat sampai di BANDARA INTERNASIONAL SULTAN ISKANDAR MUDA. alhamdulillah!

Kuburan Masalsiron, Banda Aceh

sekitar Kuburan Masalsiron, Banda Aceh

monumen Kuburan Masalsiron
perancangannya begini, sampai airport kami akan terus ke SABANG, PULAU WEH melalui PELABUHAN FERI ULEE LHEUE. stay kat pulau sehari. so, dari airport kami kena cari tranport untuk ke pelabuhan. ada la jumpa mamat supir sorang nih. nama HIJRAH (+6285277511414 atau +626282366261234 atau +6287890560777) yang boleh bagi perkhidmatan dengan kos RP140.000/3 pax sehala. untuk makluman, terdapat 2 jenis perkhidmatan feri. FERI CEPAT harga tiket RP90.000/pax ngan FERI LAMBAT harga tiket RP60.000 jer. feri lambat nih murah sikit tapi slow and feri cepat tuh laju tapi mahal sikit compare feri lambat. kami ambik last trip feri cepat yang akan bertolak jam 04.30 petang. tapi, sebelum sampai pelabuhan kami minta singgah di terminal bas untuk beli tiket ke medan dengan kos RP210.000/pax untuk trip dari banda aceh ke medan. sempat jugak la singgah di kawasan KUBURAN MASALSIRON. kuburan seramai lebih kurang 20,000 orang yang terkorban semasa TSUNAMI. kebetulan tahun nih genap 10 tahun banda aceh dirempuh tsunami (26 disember 2004 - 26 disember 2014). 
Pelabuhan Feri Ulee Lheue, Banda Aceh
feri di Pelabuhan Feri Ulee Lheue, Banda Aceh


Pelabuhan Feri Ulee Lheue
bila sampai pelabuhan, hijrah tolong tunjukkan kat mana kaunter nak beli tiket. lupa pulak nak ambil picture kaunter tuh. takpe la, korang pandai-pandai la nanti bila dah sampai sana. kan! beli tiket and terus masuk feri sebab dah jam 04.00 petang. besar jugak la feri nih. ada 4 ruang penumpang (2 ruang kat bawah and 1 ruang kat tengah feri untuk VIP and 1 ruang kat atas macam terbuka sikit). niat hati nak naik ruang atas sebab nak ambik picture tapi tak dibenarkan berikutan cuaca kurang enak and hujan renyai-renyai. perjalanan dari pelabuhan ke pulau mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. kalu naik feri lambat pulak ambik masa lebih kurang 2 jam. tepat 04.30 petang feri dah gerak. mula-mula okeh! sampai tengah laut sikit, ombak mula hempas feri tuh. kami duduk kat ruang bawah. KECUT PERUT! laut bergelora katanya! macam-macam ayat keluar. ada yang siap baca surah-surah AL-QURAN kuat-kuat. tak pernah-pernah mabuk laut terus PUCAT! pengalaman katanya! sangat!

Pelabuhan Bebas Sabang, SABANG
alhamdullah! sampai dengan selamat jam 05.20 petang di PELABUHAN BEBAS SABANG. rasa nak sujud syukur kat jeti tuh. rehat makan jap sambil DEAL nak sewa kereta atau motor. makan  dengan kos RP72.000/3 pax untuk BAKSO and ES JERUK. malang sungguh nasib bila supir-supir tuh bagitau yang kami datang tuh musim cuti. kereta sewa banyak takde. yang ada cuma sewa kereta ngan supir sekali. kereta untuk drive sendiri takde. propa SANGAT! and the LAST kami ambik jer mana-mana supir yang ada sebab semua bagi harga lebih kurang. niat nak naik motor dibatalkan sebab hujan still renyai-renyai. memikirkan jalan nak dituju and tempat nak stay tak cari lagi so, kami ambik khidmat supir nama ALAK (+6281361245001). sebenarnye dah lama survey untuk tempat stay tapi kebanyakan hotel tau guess house yang BEST and BERPATUTAN dah penuh. alasan yang sama adalah musim cuti. so, alak recommend hotel area pekan SABANG. HOTEL PULAU JAYA menjadi pilihan hati dengan harga RP120.000/3 pax untuk 1 malam. korang jangan nak expect percutian DIVA-DIVA dengan harga hotel macam tuh yer! gelak kuat-kuat! malas nak cerita keadaan hotel macam mana! hadap jer apa yang ada! yer idak!

pekan SABANG, PULAU WEH
harga kos dari pelabuhan ke hotel adalah RP60.000/3 pax setelah diskaun katanya. on the WAY cari hotel tadi sempat la gak deal ngan alak untuk esok. kami minta dia yang guide untuk ronda-ronda pulau. separuh hari jer sebab esok dalam jam 02.30 petang dah kena naik feri untuk ke banda aceh semula. dia nak ambik RP600.000/3 pax untuk separuh hari tuh. dah habis manis mulut dah minta kurang. tak dapat nye! nak ingatkan korang yer, kos sebenar sehari untuk supir kalu hari-hari biasa adalah sekitar RP500.000 - RP600.000 sehari. dalam RP300.000 - RP400.000 pulak kalau separuh hari. sila NOTED! malam tuh, jalan-jalan la area pekan SABANG tuh! boleh la kalu nak beli ape-ape untuk buat kenangan. kos makan malam RP107.000/3 pax and sempat beli JERUK aka LIMAU dengan harga RP23.000/3 pax sekilo. selesai hari pertama yang nampak macam takde ape-ape tapi penuh bermakna. sambung hari kedua pulak. TUNGGU!

Gedung Kesenian Kota Sabang, SABANG
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Tuesday, December 30, 2014

DAY 6: GOLD COAST > QUEENSLAND, AUSTRALIA

tarikh 01 mei 2014 jam 01.55 petang (khamis). cuti HARI PEKERJA. esok, genap umur aku 28 tahun. penangan GUNUNG KINABALU tak habis lagi. kaki still lengguh-lengguh. hari ini lepak kat rumah jer. tulis blog and kejap lagi nak siapkan assignment. mood STUDY sila kembali please! rasa lama dah tak pegang buku! jom layan cerita jalan-jalan di ausie. last day dah pun. jom!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Backpackers In Paradise

hari terakhir di gold coast pada tarikh 12 mei 2013 (isnin). jam 04.00 pagi dah start bangun siap-siap. dah start cerah dah pun. last day di gold coast! untuk last day nih, kami akan ke PARADISE COUNTRY AUSSIE FARM. tempat nih sekitar WET ‘n’ WILD, AUSTRALIAN OUTBACK SPECTACULAR and MOVIE WORLD. sebelum keluar, kami dah siap-siap check out. senang nak jalan sebab tak perlu nak kejar masa untuk check out nanti. dari suffer paradise korang boleh naik bas no. TX2 atau bas-bas seangkatan dengannye. jam 05.35 pagi dah naik bas ke paradise country aussie farm dengan tambang AUD4.11/pax jer yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.

The Max Museum
1.1 KM > Paradise Country Aussie Farm

Paradise Country Aussie Farm

untuk makluman korang jugak. bas akan berhenti di bus stop betul-betul depan taman tema wet ‘n’ wild. so, kesimpulannye, korang kena la menapak LEBIH KURANG 1KM ke paradise country nih. memang jauh sikit tapi aku pasti korang akan enjoy walaupun menapak dengan jarak yang agak jauh. sebabnya, kiri and kanan korang ada ladang kuda, keldai and biri-biri. layan jer. ambik ler gambo buat kenangan. tunggu lagi!

SHEEP and SHE
HORSE ke DONKEY

tempat nih lebih kurang macam MINI ZOO la. fee untuk masuk AUD29.99/pax jer! yang penting dalam nih ada KANGAROO and KOALA. siap boleh pegang and bagi makan lagi. kalu nak ambik gambo ngan koala kena charge AUD18.00 (include foto). antara binatang yang ada kat sini selain kangaroo and koala adalah babi, ayam, ‘binatang yang suka meludah tuh’, kambing biri-biri (pelbagai jenis), lembu and macam-macam lagi ler. yang pasti, semua binatang nih gebu-gebu. layan picture dulu!

KOALA
PELUDAH *bukan nama sebenar
BABI aka KHINZIR
show BIRI-BIRI

jam 09.15 pagi dah selesai jelajah tempat nih. sempat jugak la tengok beberapa SHOW. tengok skill anjing jaga biri-biri and tengok macam mana diaorang cukur bulu biri-biri. bila semua dah selesai, menapak semula ke bus stop untuk ke suffer paradise semula. kali nih tambang sama jer AUD4.11/pax macam tambang time datang tadi. bila dah sampai suffer paradise, abiskan masa ronda-ronda kat town suffer paradise tuh. enjoy the moment sebab tak tau la bila nak datang lagi kan. lunch ari nih kosnya AUD31.50/2pax untuk makanan arab. sedap! 

me and KANGAROO
sister and KANGAROO

alhamdullah, selesai trip di gold coast. jam 02.30 petang, kami gerak ke airport. kali ni tambang dari suffer paradise ke airport adalah AUD4.68/pax pulak. flight ke MALAYSIA jam 09.35 malam. yang pasti, we will miss this place. ewah! SELAMAT JALAN and moga ketemu lagi!

i'm FLY

berikut adalah sedikit sebanyak kos yang sempat aku update untuk travel kos ke gold coast. mungkin blog aku nih tak sehebat blogger-blogger yang banyak pengalaman dalam penulisan blog tapi sekurang-kurangnya info-info yang aku bagi nih dapat menjadikan sedikit rujukan dan gambaran kalu korang nak travel ke sana. jangan takut untuk mengembara. insyallah TUHAN akan bersama kamu. yang penting niat kena baik! ajal maut tuh memang kat tangan DIA!

ANTARA KOS-KOS YANG TERLIBAT:
      1.       Tiket flight dari Malaysia ke Gold Coast (round trip)            :               RM797.00 
      2.   Chateau Beachside Resort (3 hari 2 malam)/ 2 pax             :               RM580.26
      3.   Movie World/ 1 pax                                                      :               AUD90.00 
      4.   Skypoint (Observation Deck)/ 2 pax                                  :               AUD31.50
      5.   Backpackers In Paradise/ 2 pax                                      :                $80.00
      6.   Paradise Country Aussie Farm/ 1 pax                              :               AUD29.99
      7.   Picture with Koala/ 2 pax                                              :               AUD18.00
      8.   Public Transport (6 hari 5 malam)/ 1 pax                          :                AUD56.45
      9.   Makan minum (6 hari 5 malam)/ 2 pax                             :                AUD136.12
    10.   Cendehahati (sendiri bajet lah yer)                                    :                AUD ………..

secara kasarnya, perbelanjaan trip kat gold coast selama selama 6 hari 5 malam (berselang dengan travel ke sdyney) per pax adalah lebih kurang RM797.00 + RM290.13 + AUD269.25 x 3.23 + $40.00 x 3.05 = RM2,078.81 seorang. bila dah convert baru rasa mahal kan! duit boleh cari! pengalaman tuh yang penting! syukur dengan nikmat TUHAN! amin!

SUFFER PARADISE *last picture

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
THE END
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Thursday, May 1, 2014

DAY 5: GOLD COAST > QUEENSLAND, AUSTRALIA

tarikh 14 april 2014 jam 12.15 pagi. beberapa hari lepas, isyarat kotak hitam MH370 secara rasminya telah terpadam. ALLAH lagi maha mengetahui. hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa didalam pesawat MH370. minggu ke 4 untuk kelas MASTER aku. setakat ini semuanya berjalan lancar. alhamdulilah!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Around Backpackers In Paradise

hari ke 5 di gold coast. tarikh 11 mei 2013 (ahad) jam 05.55 pagi, kami mula bergerak ke destinasi yang telah dirancang. hari ini tujuan utama kami adalah ke BRISBANE CITY. sebenarnya, takde la tempat yang menarik sangat kat bandar brisbane nih. cuma cukup sekadar BE THERE kot kat sana nanti. kira macam tak lengkap la kalu korang datang gold coast tp tak pergi ke brisbane. 

Bus N21 - Nerang Station
 Suffer Paradise Bus Stop - Zone 14




















mari teruskan penerokaan! mula-mula sekali, dari suffer paradise korang akan naik bas no. 21 atau N21 untuk ke NERANG STATION dengan harga AUD3.08/pax sahaja dan mengambil masa lebih kurang 25 minit perjalanan. nerang station nih adalah salah satu stesen perhentian kereta api untuk pergi ke beberapa destinasi tertentu, antaranya brisbane. tambang train dari nerang station ke CENTRAL STATION di brisbane adalah AUD6.38/pax dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. bila sampai jer kat brisbane, memang niat nak jalan-jalan! hanya melayan kaki dimana ia melangkah. ewah! tengok struktur pembinaan building diaorang yang agak KLASIK. nice! jom layan picture!

Nerang Station, Gold Coast
Around Queens Plaza
*Ricky Martin & Britney Spears
HALAL Food

jam 09.20 pagi, kami still merayau-rayau kat sini. dari sebuah ke sebuah shopping complex kami jelayah. antaranya QUEENS PLAZA. lunch dekat food court shopping complex tuh jer and alhamdulilah, sebab ada kedai makanan halal. makan set burger dengan harga AUD6.00/pax jer. ada la jugak hati nak tengok movie kat sini tapi bila survey harga AUD17.50/pax terus cancel plan nak tengok. macam tak berbaloi jer kan. pas makan, sambung jalan balik. layan!

Brisbane Visitor Information
General Post Office
Around Treasury Casino
Square War Memorial, Brisbane
War Memorial

dah puas jalan-jalan kat sini, dalam jam 01.00 petang kami gerak balik semula ke nerang station. kali nih tambang train adalah AUD8.77/pax jer. dari nerang station ke surfer paradise pulak, harga tambang bas hanya AUD0.69/pax jer! MURAH plak dah! still tak tau pengiraan tambang diaorang cam mana. layan kan jer lah! sebelum ke tempat penginapan, sempat lagi tapau pizza and kebab dengan harga AUD13.50 untuk santapan dinner.

SAVE THE REEF & SAVE THE CLIMATE

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Saturday, March 15, 2014

DAY 4: GOLD COAST > QUEENSLAND, AUSTRALIA

tarikh 09 mac 2014 jam 10.42 malam. kehilangan MH370 masih menjadi tanda tanya sehingga saat ini. ada yang bersimpati and ada gak manusia yang tidak bertanggunjawab memPOLITIKkan isu ini untuk kepentingan masing-masing. apa pun kebenarannya, hanya ALLAH yang maha mengetahui. moga hal ini menjadi pedoman semua. insyallah!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Ride The Wheel of Suffers Paradise

Backpackers In Paradise
hari ke 4 di sydney merupakan hari ke 4 juga di gold coast. tarikh 10 mei 2013 (sabtu) jam 01.00 petang, kami sekali lagi tiba di gold coast. dari airport gold coast menaiki bas ke surfer paradise dengan kos AUD4.68/pax sahaja. macam hari-hari sebelum nih and aku still tak tau macam mana kiraan tambang bus kat sana. kali nih penginapan kami bukan lagi di hotel hari pertama. BACKPACKERS IN PARADISE menjadi pilihan hati. untuk baki 3 hari 2 malam nih, kami akan stay kat sini. kos penginapan adalah sebanyak $80.00/pax untuk 3 hari 2 malam. agak jauh dari pantai tapi still sekitar TOWN suffer paradise. lebih kurang jam 02.40 petang kami sampai kat tempat nih. check in and rehat kejap!

Backpackers In Paradise, Suffer Paradise
backpackers room

untuk hari nih, takde target nak pergi mana-mana pun. cukup sekadar ronda-ronda sekitar suffer paradise, cari makan and cari cenderahati nak bawak balik. kami ada jumpa beberapa kedai MAKANAN HALAL untuk rujukan korang. kali nih kami lunch kat RESTORAN SHIRAZ (makanan arab) dengan kos AUD31.50/2pax. layan picture jalan-jalan yer!

Shiraz Restaurant
Santoshi India House
Ali's Pizza Kebabs

lebih kurang jam 07.00 dah balik hotel semula. sebelum tuh sempat singgah beli beberapa jenis buah-buahan segar di coles dengan harga AUD3.85 sahaja. anggur diaorang memang THE BEST and murah compare malaysia. dah sampai bilik! rehat! tido!

cenderahati dari Gold Coast, Australia
cenderahati dari Gold Coast, Australia
Hard Rock Cafe Suffer Paradise
Hard Rock Cafe Suffer Paradise
Ride The Wheel of Suffers Paradise

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::