Wednesday, February 29, 2012
Sunday, October 9, 2011
KISAH PENGEMBARA, PIPIT & KATAK (part 1)
pada suatu hari dan masanya telah tiba, sedang si adik bersiap-siap hendak mengembara tanpa disangka-sangka nenek kebayan datang menjerma. walaupun puas bertarung dengan kurdrat yang ada si ayah disumpah menjadi si ular sawa manakala si abang menjadi si kakak tua. bagai jatuh ditimpa tangga, sudahlah papa kedana, malang keluarga tetap tidak dapat dibela. walaubagaimanapun, nekad si adik tetap juga sama. mahu mengembara serata dunia agar dapat menjadi orang yang berguna.
membawa si kakak tua sebagai teman bicara. kadang-kadang dipatuk. kadang-kadang dihantuk. tetapi sayangnya tetap berbunga kerna itu kan sebahagian dari keluarga walaupun siapapun dia. semak samun diredah, bukit bukau didaki, sungai laut direnangi inikan gunung ganang juga digagahi. akhirnya, si kakak tua mahu membawa diri. katanya, pengembaraan ini mungkin suatu yang tidak ada erti dan hala tujunya. ditinggalnya pengembara seorang diri. kecewa pengembara dibuat begitu tetapi apa kan daya itulah lumrah dunia. mahu tidak mahu hidup perlu diteruskan katanya lagi.
peristiwa sedih dibuangnya jauh dan pengembara terus mengembara. sedang pengembara berlari-lari anak sambil menyanyi-nyanyi tiba-tiba, pengembara disapa. didengarnya suara siapa. hendak dijawab sapaan, tidak kelihatan pemilik laungan. diperhatinya dicelahan dahan melihat si merbuk tersepit didahan buruk.
pengembara : "kesian kamu si merbuk. biar aku bantu kamu keluar dari situ".
pengembara : "maafkan aku saudagar kaya. aku cuma tumpang lalu disini. maafkn aku"
saudagar : " pergi segera dari sini. aku tidak suka memandang kamu tetapi sebelum kamu pergi, aku mahu bertanyakan sesuatu"
pengembara : "tanyalah wahai saudagar kaya. aku sudi menjawabnya".
saudagar : "dimana kamu dapatkan si merbuk yang cantik itu sedangkan kamu busuk dan miskin. manakan si merbuk yang cantik begitu mahu bersama kamu jika kamu tidak memaksa dia untuk bersama kamu".
pengembara : "ini teman mengembara aku wahai saudagar kaya. aku tulus mahu berteman si merbuk ini".
saudagar : "kau si merbuk. mari bersama aku. aku akan berikan kamu sangkar emas sebagai tempat beradumu. kau mahu?".
si merbuk : "sudah lama aku idamkan itu. maafkan aku orang muda. nampaknya pengembaraan kita berakhir disini. aku mahu saudagar kaya menjagaku sekarang."
Wednesday, October 5, 2011
ANUAR ZAIN - SEMPURNAKAN AKU
berharap waktu kan terulang lagi
saat ada dirimu, bersamaku
aku disini, yang menyesali
menangisi kepemergianmu kasih
semua begitu salah
tanpa dirimu, disisiku
tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintamu
sempurnakan aku
menangisi pemergianmu kasih
semua begitu salah
tanpa dirimu
oh, tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintaimu
sempurnakan aku
kembalilah kepadaku
aku mohon kepadamu
tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintaimu
sempurnakan aku
Monday, May 2, 2011
SWEET 25
( novel : penambah koleksi )
( setem : penambah koleksi )
( perfume : selesa bila bersama )
( cup cake : tidak pernah berkira )
( cake : menghargai )
( cake : menghargai )
( cot, kemeja & t-shirt : diri sendiri )
( jam : sentiasa mengingati)
( toy : penambah koleksi )
( cake : menghargai )
( cake : menghargai )
( cup cake : tidak pernah berkira )
( toy : penambah koleksi )
( coklat : hitam tapi manis )Sunday, May 1, 2011
SEHARI SEBELUM KE-25 TAHUN
Saturday, April 16, 2011
SELAMAT HARI LAHIR



(BESTDAY SISTA HAZLIN - 19 OKTOBER 1981):
* lawak: suprise party paling lawak sebab tuan punya badan sampai takut nak keluar rumah. sapa ntah yang KETUK pintu kuat sangat.
.............................................................................................................
.......................................................
KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!!
-si comey bersama tepung-tepungnya-
-nangis ker-
-putihnye-
-anda mahu lagi. kita tunggu tahun nih plak-*makluman: terdapat beberapa picture yang tidak dapat dipaparkan atas alasan "RAHSIA KERAJAAN" (hak kerajaan tuan punya badan).
Sunday, April 10, 2011
ROKOK-BAHAYA-KESIHATAN
STARTING
NASIHAT
(TAK ABIS SEDUT PUN TAKPE, YANG PENTING GAYA TUH)::::::::::
: p/s: merokok membahayakan kesihatan (KERAJAAN MALAYSIA)
Saturday, April 9, 2011
SETEM
HOBBYbiarkan pasal zaman-zaman tuh. kita beralih pada zaman KINI plak. bila kira-kira, banyak gak setem aku nih and sejak dua menjak nih aku nak start aktif kumpul setem balik. lama gak la aku dah STOP. kebetulan plak, ada member office bagi aku satu kotak setem. katanya, dia saje jer simpan-simpan and bila dia tahu aku pengumpul setem. terus dia bagi aku siap dengan kotak-kotak sekali. terima kasih cik Anis kita.
wokeh, tanpa buang masa lagi. aku nak ajar korang (untuk sapa-sapa yang tak tahu lagi) cara-cara nak proses setem bila korang dapat setem yang telah berguna. buat betul-betul tau, takut rosak setem korang nanti.
(STEP 2)-pas kumpulkan. korang masukkan dalam satu bekas. make sure, bekas tuh tak tembuk yer. cari jer bekas-bekas kuih raya mak korang-
(STEP 3)-pastu, rendamkan dalam air. lebih kurang 5 minit (ikut kekuatan gam pada setem). ada setem yang akan tertanggal sendiri dari kertas sampul surat. tapi, ada gak yang korang kena tarik. SLOW-SLOW okey. jangan gopoh-gopoh-
(STEP 6)-jangan pulak tinggal macam tuh jer. terbalik-balikkan setem tuh, takut nanti melekat kat bekas tuh plak-
(STEP 7)Thursday, April 7, 2011
PULAU PERHENTIAN, TERENGANU
mula-mula risau jugak sebab seminggu sebelum trip nih nak pegi. Kami dikejutkan dengan berita gempar kat Butiten Utama, TV3. ada beberapa kawasan di Terengganu telah mengalami cuaca yang tidak berapa berapa enak didengar. hujan lebat and banjir. tapi, alhamdulilah. kuasa Tuhan LEBIH berkuasa dari segala-galanya. selama 2 hari 3 malam kat pulau nih. semua berjalan dengan lancar and aktiviti-aktiviti kat sini memang BEST pada yang suka pada laut tapi pada yang tak suka pulak. korang akan suka bila pegi trip kat sini. saya serius. anda patut ENJOY.
sebagai ‘budak-budak sekolah’ (kata cik mashitah kita lagi), sebelum nak bergembira and have fun. kena la pegi sekolah dulu ek. bertolak dari Putrajaya dan terus ke UKM, Kampus KL. lepas habis kelas dalam jam 9.40 p.m, kami terus shoot ke Terengganu. ikut highway Karak.
selut la pada encik aizol kita sebab drive kereta tanpa ada penganti hingga sampai ke Terengganu. tak lupa pada cik mashitah yang turut bersama memeriahkan suasana. aku and Aarpy plak. tido, bangun, tido, bangun, tido, bangun (lambatnya nak sampai), tido lagi, bangun (wah, cantiknya pelantar minyak yang keluarkan api tuh), tido, bangun, tido, bangun (eh, dah sampai). lebih kurang jam 8.00 a.m, kami sampai dekat Jeti Kuala Besut, Terengganu. dekat jer rasanya walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam (tolak 2 jam rehat).
(PERHENTIAN KECIL)
yang encem and cun: encik aizol, cik mashitah and cik arr-py
(LIGHT HOUSE)
sampai-sampai jer, kami cari encik Syukri yang akan handle pakej kami sepanjang kami kat pulau nih. dah jumpa, kami check in kat Shari-La Resort (walaupun ada problem ‘sikit’ ngan management hotel). tapi takpe, yang penting sabar and cuaca dah makin baik. alhamdulillah.
(MAYA CAFE)
(KK BEACH)
(ME AND NEMO)
lepas tuh encik Syukri nih bawak la kami jalan-jalan keliling pulau sampai la kat Awana (hotel 5 star kot kat pulau). kami mintak dia stop kejap sebab nak ‘che-che’. macam-macam tapi bila dah setel, ada la pulak 2,3 family nak join kami. ikut jer la. malas la nak crite sebab encik Syukri terpaksa bawak area laut yang cetek sikit sebab diaorang takut nak pergi tempat dalam. layan jer la. walaupun macam tuh, kami tetap jugak berenang kat tempat dalam. BEST kot.
daripada jam 2.00 p.m, kami balik semula ke pantai selepas azan magrib. korang kira la sendiri berapa lama ek. memang puas GILER snokeling. sampai jer,kami terus masuk bilik. siap-siap. pastu, menjamu selera kat Maya Cafe. dah macam anak raja rasanya. makan pun berhidang pastu meja kami jer yang kat luar kedai tepi pantai, yang lain semua dalam kedai. mat salleh and minah salleh angin jer tengok. peduli apa. anak-anak datuk kot (tambah garam sikit). dah setel dinner, balik bilik terus sebab nak tido awal. ada SESUATU yang lebih HEBAT menanti esok. alhamdullah. cuaca baik malam tuh. hope esok pun macam tuh.
2ND DAY
bangun-bangun terus berdoa. alhamdulilah. cuaca cerah sangat hari nih. lepas jer breakfast, terus bersiap sedia untuk snokeling lagi. kali nih encik Syukri kita tak jadi ikut dan diganti oleh adiknya encik Matt. perangai giler-giler jugak macam encik Syukri.
jam 10.00 a.m, bot pun jalan. kali nih takde PRIVACY sangat sebab ada 6 orang minah salleh and mamat salleh lain. layan jer. tempat pertama untuk haari ke-2 adalah di Coral Garden. kalau tengok nama tempat pun mesti korang boleh teka kan, apa yang ada kat sini. batu karang and hidupan laut yang tak penah korang jumpa. sangat CANTIK. ada batu karang warna biru, hijau, merah, kuning. semua warna la. ikan pulak ada warna pelangi, hitam putih, belang biru putih, belang harimau, bawal pun ada okey. banyak lah (nak tengok datang sendiri). lagi best bila encik Mat mula mengatur langkah dengan mengambil gambar-gambar kami semasa bermain-main dengan ikan. tak PERCAYA, sila tengok gambar-gambarnya.
(CORAL GARDEN)
(TURTLE POINT)
kat Light House, cik Mashitah n encik Aizol kita dah malas nak turun. encik Mohd Roslan Ismail and cik Aar-Py masih ligat bersuka ria. sempat la terjun lagi 3 kali. tangkap gambo ngan sang NEMO dan main nyorok-nyorok kat belakang terumbu karang.
tup tup. dah setel semua point kami round. tengok jam, dah jam 3.00 p.m. serius. tak sedar langsung (maknanya kami betul-betul enjoy). sampai-sampai jer terus lunch. baru l a rasa amat LAPAR. pas makan, terus masuk bilik. patutnya ada main bola tampar pantai jam 5.00 p.m tapi main bola tampar atas katil jer. jam 6 p.m (lepas bangun tido) terus pergi Romantic Beach untuk bermandi-manda and tengok matahari terbenam. alhamdullah, cuaca hari nih pun baik sangat macam semalam. THANK YOU ALLAH. malam plak ada BBQ jer, lepas dinner terus tido. PENAT.
3RD DAY
tak banyak yang berlaku hari nih. just breakfast pastu, check out jam 11.30 a.m and balik ke tanah besar jam 12.15 p.m. sampai kat jeti terus ambik kereta and shoot pegi Kuala Terengganu, Terengganu. banyak gak tempat pegi kat Kuala Terengganu tuh macam Pasar Payang, Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk, Losong and apa ntah lagi. makan jangan la cakap. nasib la encik Mohd Roslan Ismail demam, kalau tak boleh join encik Aizol, cik Mashitah and cik Aar-Py melahap dengan jayanya.
4TH DAY
balik Putrajaya tapi ada sesi ‘buek-buek’ ditepi jalan. selamat. selamat.
(MASJID KRISTAL)









