Thursday, April 7, 2011

PULAU PERHENTIAN, TERENGANU

INTRO 02 APRIL 2011-05 APRIL 2011
dari gunung turun ke laut. kalau 2 minggu lepas kita ke Bukit Fraser, Pahang. minggu ni kita jalan-jalan ke Pulau Perhentian, Terenganu pulak. walaupun, agak kelam kabut semasa tentukan tarikh pegi kat sini akhirnya trip nih berjaya jugak. biasa la, tiada yang dapat menghalang kalau ‘diva-diva’ dah buat plan (kata cik mashitah kita).
mula-mula risau jugak sebab seminggu sebelum trip nih nak pegi. Kami dikejutkan dengan berita gempar kat Butiten Utama, TV3. ada beberapa kawasan di Terengganu telah mengalami cuaca yang tidak berapa berapa enak didengar. hujan lebat and banjir. tapi, alhamdulilah. kuasa Tuhan LEBIH berkuasa dari segala-galanya. selama 2 hari 3 malam kat pulau nih. semua berjalan dengan lancar and aktiviti-aktiviti kat sini memang BEST pada yang suka pada laut tapi pada yang tak suka pulak. korang akan suka bila pegi trip kat sini. saya serius. anda patut ENJOY.

1ST DAY
sebagai ‘budak-budak sekolah’ (kata cik mashitah kita lagi), sebelum nak bergembira and have fun. kena la pegi sekolah dulu ek. bertolak dari Putrajaya dan terus ke UKM, Kampus KL. lepas habis kelas dalam jam 9.40 p.m, kami terus shoot ke Terengganu. ikut highway Karak.
selut la pada encik aizol kita sebab drive kereta tanpa ada penganti hingga sampai ke Terengganu. tak lupa pada cik mashitah yang turut bersama memeriahkan suasana. aku and Aarpy plak. tido, bangun, tido, bangun, tido, bangun (lambatnya nak sampai), tido lagi, bangun (wah, cantiknya pelantar minyak yang keluarkan api tuh), tido, bangun, tido, bangun (eh, dah sampai). lebih kurang jam 8.00 a.m, kami sampai dekat Jeti Kuala Besut, Terengganu. dekat jer rasanya walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam (tolak 2 jam rehat).

(PERHENTIAN KECIL)

yang encem and cun: encik aizol, cik mashitah and cik arr-py


dengan keadaan terpinga-pinga, benda pertama yang dicari adalah parking. bila call agen, agen kata akan ada orang datang ambik. lebih kurang 15 minit, ada la sorang mamat nih (agak berusia) dating and bagi parking kat kami. mula-mula dia cakap RM7.00 hingit sehari tapi cik Mashitah telah mengunakan kepakaran memujuk. dapat la kurang RM5.00 hingit sehari (langkah perjimatan).

( )
( )
( )

(LIGHT HOUSE)


jam 9.30 a.m bot pun bertolak ke Pulau Perhentian, Terenganu (setelah breakfast kat jeti dulu). macam risau jugak tengok cuaca. mendung sangat. ombak agak bergelora. memang banyak DOA la time tuh. masa yang diambil dari jeti ke pulau adalah lebih kurang 30 minit. naik, turun, naik, turun. akhirnya, sampai jugak kat pulau. naik jer jeti kat pulau. aduh, tak sabarnya mandi (JERNIHnye air).
sampai-sampai jer, kami cari encik Syukri yang akan handle pakej kami sepanjang kami kat pulau nih. dah jumpa, kami check in kat Shari-La Resort (walaupun ada problem ‘sikit’ ngan management hotel). tapi takpe, yang penting sabar and cuaca dah makin baik. alhamdulillah.

(MAYA CAFE)


start jam 2 p.m, perjalanan akan bermula. perjalanan ke dunia lautan. bunyi macam BEST tapi memang BEST. mula-mula encik Syukri nih macam POYO sikit tapi bila dah lama-lama borak dengan mamat nih, masuk kepala la pulak. LAYAN jer. yang paling BEST dia bawak kami berempat jer dalam 1 bot yang boleh muat dalam 15 orang. PRIVACY giler. Jangan JELES okey.

(KK BEACH)


so,first tempat yang dibawa adalah kat Light House. nak cerita sikit apa yang ada kat Light House nih. Light House nih terletak betul-betul kat tengah-tengah laut. apa yang yang menarik kat sini,kita boleh panjat Light House and terjun dari atas. tingginya lebih kurang 6-7 meter tinggi dari permukaan laut. kat dasar laut Light House pulak memang banyak terumbu karang so,memang banyak la ikan-ikan and hidupan laut kat dasar laut Light House nih. memang cantik dan SANGAT cantik tapi sayang sikit sebab arus kat tengah-tengah laut nih memang deras. sapa-sapa yang tak reti berenang, memang susah sikit nak ENJOY kat tempat nih.

(ME AND NEMO)


NEXT place plak, kami pergi ke KK Bay. dekat KK Bay nih plak airnya lebih tenang tapi sebelum tuh kena singgah dulu kat Fisherman Village untuk beli roti. encik Syukri kata untuk bagi ikan makan. roti MAHAL okey ngan biskut Chipmore (yang tuh untuk kami makan sebab goring pisang takde). tapi, sempat jugak la kunyah 2,3 keping roti tadi sebelum bagi ikan-ikan untuk dijamah. lapar kot. bila dah sampai KK Bay, kami macam excited sangat sebab memang seronok snokeling kat situ. siap nampak orang tengah diving (betul ker ejaan aku nih) kat dasar laut. have fun and encik Syukri tunggu kami sampai kami betul-betul PUAS snokeling kat situ.

lepas tuh encik Syukri nih bawak la kami jalan-jalan keliling pulau sampai la kat Awana (hotel 5 star kot kat pulau). kami mintak dia stop kejap sebab nak ‘che-che’. macam-macam tapi bila dah setel, ada la pulak 2,3 family nak join kami. ikut jer la. malas la nak crite sebab encik Syukri terpaksa bawak area laut yang cetek sikit sebab diaorang takut nak pergi tempat dalam. layan jer la. walaupun macam tuh, kami tetap jugak berenang kat tempat dalam. BEST kot.

daripada jam 2.00 p.m, kami balik semula ke pantai selepas azan magrib. korang kira la sendiri berapa lama ek. memang puas GILER snokeling. sampai jer,kami terus masuk bilik. siap-siap. pastu, menjamu selera kat Maya Cafe. dah macam anak raja rasanya. makan pun berhidang pastu meja kami jer yang kat luar kedai tepi pantai, yang lain semua dalam kedai. mat salleh and minah salleh angin jer tengok. peduli apa. anak-anak datuk kot (tambah garam sikit). dah setel dinner, balik bilik terus sebab nak tido awal. ada SESUATU yang lebih HEBAT menanti esok. alhamdullah. cuaca baik malam tuh. hope esok pun macam tuh.

2ND DAY

bangun-bangun terus berdoa. alhamdulilah. cuaca cerah sangat hari nih. lepas jer breakfast, terus bersiap sedia untuk snokeling lagi. kali nih encik Syukri kita tak jadi ikut dan diganti oleh adiknya encik Matt. perangai giler-giler jugak macam encik Syukri.

(KK BEACH)

jam 10.00 a.m, bot pun jalan. kali nih takde PRIVACY sangat sebab ada 6 orang minah salleh and mamat salleh lain. layan jer. tempat pertama untuk haari ke-2 adalah di Coral Garden. kalau tengok nama tempat pun mesti korang boleh teka kan, apa yang ada kat sini. batu karang and hidupan laut yang tak penah korang jumpa. sangat CANTIK. ada batu karang warna biru, hijau, merah, kuning. semua warna la. ikan pulak ada warna pelangi, hitam putih, belang biru putih, belang harimau, bawal pun ada okey. banyak lah (nak tengok datang sendiri). lagi best bila encik Mat mula mengatur langkah dengan mengambil gambar-gambar kami semasa bermain-main dengan ikan. tak PERCAYA, sila tengok gambar-gambarnya.

(CORAL GARDEN)


dah puas berenang-renang di Coral Garden. encik Matt ‘broommm’ pulak botnya ke Turtle Beach untuk cari penyu. pusing, pusing, pusing, pusing,pusing tapi tak jumpa seekor penyu pun.time tuh jugak la, encik Aizol kita nak .................. (biarlah rahsia). encik Matt nih jenis layan jer. pusing lagi bot. takde gak la, sampai encik Matt terpaksa turun dalam laut untuk cari penyu-penu nih. sepanjang encik Matt nih menyelam, encik Mohd Roslan Ismail la yang diarahkan untuk bawak bot. HEBAT kan. malangnya, takde seekor penyu pun yang Nampak kat situ. dengan hati yang agak hampa, kami bergerak ke Turtle Point (dekat jer dengan Turtle Beach). Pendekkan cerita, akhirnya jumpa jugak seekor penyu yang agak jinak kat dasar air. encik Matt minta kami turun untuk kejar penyu tuh sambil dia ambik gambar. So,apa tunggu lagi. TERJUN. KEJAR. KEJAR. KEJAR. kita tangkap, bakar pastu bagi makan kat ikan and buat baja untuk batu karang.

(TURTLE POINT)


dah penat kejar penyu, encik Matt bawak pulak kat Shark Point. bila samapi jer kat sana, encik Matt kita bukak mulut “last message plez, ready 4 lunch”. encik Mohd Roslan Ismail pun bukak mulut jugak yer, “i luv my mum”. TERJUN. SLOW-SLOW. SERAM kot. malangnya, encik Aizol tak dapat bagi full commitment kat Shark Point nih sebab dia dah pening (laju sangat kejar penyu kot). yang lama turun adalah encik Mohd Roslan Ismail, cik Aar-Py, and cik Mashitah. serius seram bila shark nak datang dekat. jaga kaki anda (kata cik Mashitah). lama jugak kami stay kat Shark Point. selain shark, kat sana ada la jugak hidupan-hidupan laut lain. lepas enjoy, last point. encik Matt bawak kami ker Light House.

kat Light House, cik Mashitah n encik Aizol kita dah malas nak turun. encik Mohd Roslan Ismail and cik Aar-Py masih ligat bersuka ria. sempat la terjun lagi 3 kali. tangkap gambo ngan sang NEMO dan main nyorok-nyorok kat belakang terumbu karang.

tup tup. dah setel semua point kami round. tengok jam, dah jam 3.00 p.m. serius. tak sedar langsung (maknanya kami betul-betul enjoy). sampai-sampai jer terus lunch. baru l a rasa amat LAPAR. pas makan, terus masuk bilik. patutnya ada main bola tampar pantai jam 5.00 p.m tapi main bola tampar atas katil jer. jam 6 p.m (lepas bangun tido) terus pergi Romantic Beach untuk bermandi-manda and tengok matahari terbenam. alhamdullah, cuaca hari nih pun baik sangat macam semalam. THANK YOU ALLAH. malam plak ada BBQ jer, lepas dinner terus tido. PENAT.

3RD DAY

tak banyak yang berlaku hari nih. just breakfast pastu, check out jam 11.30 a.m and balik ke tanah besar jam 12.15 p.m. sampai kat jeti terus ambik kereta and shoot pegi Kuala Terengganu, Terengganu. banyak gak tempat pegi kat Kuala Terengganu tuh macam Pasar Payang, Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk, Losong and apa ntah lagi. makan jangan la cakap. nasib la encik Mohd Roslan Ismail demam, kalau tak boleh join encik Aizol, cik Mashitah and cik Aar-Py melahap dengan jayanya.

4TH DAY

balik Putrajaya tapi ada sesi ‘buek-buek’ ditepi jalan. selamat. selamat.

(MASJID KRISTAL)


No comments:

Post a Comment