Saturday, April 9, 2011

SETEM

HOBBY
ari nih aku nak kongsi ngan korang pasal hobi aku yang agak BRUTAL. mengumpul setem. kalau korang nak tahu, sebenarnya aku dah start kumpul setem. sejak dari zaman sekolah rendah lagi. kalau korang nak tau lagi, waktu kat sekolah rendah aku dulu. ada jadi satu isu besar kat sekolah sebab ada orang curi setem orang lain and budak tuh report kat cikgu. huru-hara jugak la sekolah kejap. and aku cam tahu jer sapa yang CURI.
biarkan pasal zaman-zaman tuh. kita beralih pada zaman KINI plak. bila kira-kira, banyak gak setem aku nih and sejak dua menjak nih aku nak start aktif kumpul setem balik. lama gak la aku dah STOP. kebetulan plak, ada member office bagi aku satu kotak setem. katanya, dia saje jer simpan-simpan and bila dia tahu aku pengumpul setem. terus dia bagi aku siap dengan kotak-kotak sekali. terima kasih cik Anis kita.
wokeh, tanpa buang masa lagi. aku nak ajar korang (untuk sapa-sapa yang tak tahu lagi) cara-cara nak proses setem bila korang dapat setem yang telah berguna. buat betul-betul tau, takut rosak setem korang nanti.


(STEP 1)
-nih setem-setem yang belum diproses. korang jangan main tarik jer setem yang melekat kat surat sebab rosak la setem tuh nanti. kalau terkoyak, tak original la setem tuh-


(STEP 2)
-pas kumpulkan. korang masukkan dalam satu bekas. make sure, bekas tuh tak tembuk yer. cari jer bekas-bekas kuih raya mak korang-


(STEP 3)
-pastu, rendamkan dalam air. lebih kurang 5 minit (ikut kekuatan gam pada setem). ada setem yang akan tertanggal sendiri dari kertas sampul surat. tapi, ada gak yang korang kena tarik. SLOW-SLOW okey. jangan gopoh-gopoh-


(STEP 4)
-dah kupilkan setem. sila susun macam gambar kat atas nih sebab kita nak jemur bagi kering. susun la ikut suka hati korang tapi jangan bertindih dengan setem lain. nanti melekat pulak ngan setem lain-


(STEP 5)
-jemur la kat panas supaya kering. kalau korang ada mesin pengering rambut lagi okey. sebab, boleh la cepat sikit keringnya. aku guna cara SEMULAJADI. maklumlah, aku seorang pencinta alam-


(STEP 6)
-jangan pulak tinggal macam tuh jer. terbalik-balikkan setem tuh, takut nanti melekat kat bekas tuh plak-


(STEP 7)
-dah kering. tunggu pe lagi. gunakan kreatifviti korang untuk susun setem-setem nih dalam album setem-


(DONE)
-em, macam nih la hasilnya. sebahagian dari koleksi aku untuk tontonan korang-
.
.
.
-SEKIAN-

p/s: kadang-kadang sesuatu yang 'kecil' tuh boleh mengembirakan dan membuatkan kita tersenyum. cubalah.

No comments:

Post a Comment