Monday, April 27, 2015

DAY 2: BANGKOK, THAILAND (FESTIVAL SONGKRAN )

tarikh 12 april 2015 (ahad) jam 01.10 pagi waktu BANGKOK. writing lagi untuk hari yang kedua. dah mula rasa biasa dengan LIFE kat bangkok. sikit info kat korang yang nak menjelajah bangkok. just guna  train jer tau! beli jer ONE-DAY PASS (BTS skytrain) and korang boleh naik turun train sesuka hati untuk sepanjang hari. lebih jimat kalau korang memang plan nak pergi banyak tempat. harga pass hanya 130 baht/ 1 pax. boleh try yer! enjoy!   
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
22/1 Silom Road *Hotel Sapphirtel Inn
22 Silom Road *wet market

tarikh 12 april 2015 (ahad) jam 09.50 pagi baru keluar hotel, yang pada asalnya plan nak keluar awal. lambat bukan apa, saja buat DRAMA samarinda 7 episod dalam tab mandi. tab mandi bukan bermakna 18 SX yer. cukup kami jer yang tahu. kan! cari breakfast dulu kat area masjid semalam, and still TUTUP gerai halal tuh. sebab hari AHAD cuti! emmm! kebetulan jalan silom 22, adalah kawasan pasar (banyak sungguh BABI). so, kami beli buah mangga untuk santapan. minta potong sekali and harga untuk 2 biji mangga adalah 100 baht/ 3 pax. buat lapik perut katanya tapi memang sedap mangga itu yer kawan-kawan. ahakz! perancangan hari nih adalah ker CHATUCHAK WEEKEND MARKET, HARD ROCK CAFÉ BANGKOK and SIAM CENTER. 

Masjid Meerazuddin, Bangkok
Halal Food area Masjid Meerazuddin

kalau sebelum nih menapak dari sala daeng station sebab nak singgah patpong night bazaar tapi arinih kami akan naik melalui CHONG NONSI STATION sebab lagi dekat dengan hotel. alhamdulilah, on the way jalan ke station tuh terjumpa dengan makcik MUSLIM jual karipap ngan MASALODEH (betul ker ejaannye ek). boleh tahan jugak karipap makcik nih! harga 40 baht/3 pax! lokasi gerai makcik nih senang jer. dari hotel korang seberang jalan and makcik nih meniaga sederet dengan KUIL hindu. jauh jugak la dari kuil tuh dalam 100 meter. sempat juga la tanya makcik tuh pasal kedai makan halal. katanya, kat lorong depan tuh ada kedai makan india muslim. TAMIL NADU RESTAURANT diberi nama. agak tersorok tapi jangan risau sebab ada signboard. mari bersantap! breakfast dengan kos 400 baht/ 3 pax jer! not bad!

karipap and MASALODEH
>>> Tamil Nadu Restaurant, Bangkok
Tamil Nadu Restaurant, Bangkok

indian FOOD
jam 11.35 pagi dah sampai di chong nonsi station. station nih bersebelahan dengan CUBE (macam shoping complex) tapi kami tak masuk pun. nampak dari luar macam okeh tempat tuh tapi malas! kalau korang sampai sini boleh la masuk yer and cerita kat kami apa ada kat dalam tuh. deng! tempat pertama yang dituju adalah ker  CHATUCHAK WEEKEND MARKET so, nak ke sana kena ke mo chit station dulu. kalu ingat tentatif semalam, ada bagitau pasal CHATUCHAK STATION kan. chatuchak weekend market kat area station tuh. dari chong nonsi station terus ker mo chit station. tambang adalah 42 baht/1 pax yer. dah sampai kat mo chit station, turun ke tangga sebelah kanan and jalan terus sehingga jumpa 1 pintu gate untuk masuk ke kawasan taman. pintu gate tuh betul-betul depan chatuchak station. taman tuh SHORTCUT ke chatuchak weekend market. kalau rasa blur sangat, boleh ikut orang yang lalu lalang kat situ. sebab ramai jer yang ikut jalan tuh. so! tunggu lagi! shopping ler!

on the way Chong Nonsi Station, Bangkok
Chong Nonsi Station, Bangkok

tips kat chatuchak weekend market: difahamkan market nih buka pada hari sabtu and ahad jer. tengok nama pun dah dapat agak kan. WEEKEND! so, makesure plan betul-betul kalau nak datang sini na. tempat nih sangat la besar. kalau korang rasa ada jumpa barang yang korang berkenan and harga berbaloi. sila beli terus yer! sebab, kebarangkalian untuk korang jumpa kedai tuh balik sangat la tipis! yer la, tak kan nak ulang tempat nih 5, 6 kali sepanjang trip korang di bangkok. taktau la pulak kalau gitu! hemo! hemo! hemo! try jus oren yang dijual di merata market. masam masam manis tapi TERBAIK! just 20 baht/1 pax jer!   

Chatuchak Weekend Market, Bangkok
Chatuchak Weekend Market, Bangkok
BUDDY

jam 12.20 tengah hari sampai kat chatuchak weekend market and jam 02.30 petang kami keluar dari market. lebih kurang 2 jam pusing tempat tuh tapi tak abis-abis. siap jumpa member dari MALAYSIA lagi. tak daya nak jalan dah. dengan kebulurannya. sedih! waktu on THE way ke mo chit station, sempat lagi rehat kat taman tuh. agak nyaman and tenang. layan kan ajer!
 
Chatuchak Park, Bangkok
Siam Station (BTS Skytrain)

dari mo chit station akan ker SIAM STATION dengan tambang 25 baht/1 pax pulak. kat siam station nih korang boleh ke HARD ROCK CAFÉ BANGKOK, SIAM SQUARE and SIAM CENTER. untuk ke hard rock café bangkok agak mencabar sikit sebab korang kena ke bahagian belakang siam square. tapi, don’t worry sebab HRC bangkok nih agak besar and tersergam kukuh. dah selesai ronda-ronda kat area situ, lebih kurang jam 04.15 petang bergerak pulang ke hotel. tambang dari siam station ke chong nonsi station adalah 25 baht/1 pax lagi. time menapak ke hotel, banyak dah gerai-gerai tepi jalan yang jual PISTOL/ SENAPANG AIR. sambar 3 laras senapang untuk esok dengan harga 300/1 pax and sempat lagi beli mangga dengan mata kucing dengan harga 170/3 pax (beli MANGGA lagi). 

Center Point of Siam Square, Bangkok
Center Point of Siam Square, Bangkok
Hard Rock Cafe Bangkok, Bangkok

rehat! jam 08.20 malam pergi dinner di RAAN KIN PLA pulak (member yang bawak). makan besar kome! tambang TAXI 246 baht/3 pax untuk pergi and balik. dinner 900 baht/3 pax dengan hidangan daun-daunan bersama ikan-ikan. layan! jam 12.15 tengah malam dah sampai hotel. sempat lagi beli RUSKI di 7eleven dengan harga 102 baht/3 pax bersama 6 manggi cup and air. selesai hari kedua! esok perang pulak! night! 

Center Point of Siam Square, Bangkok
:
:
:
:
 
BTS SkyTrain One-Day Pass
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

DAY 1: BANGKOK, THAILAND (FESTIVAL SONGKRAN )

tarikh 11 april 2015 (sabtu) jam 12.40 pagi waktu BANGKOK. still writing untuk siapkan tentatif trip nih. percaturan kali nih lain sikit sebab terus buat writing pada hari kejadian memandangkan tak nak jadi cerita-cerita basi macam sebelum-sebelum nih. jom layan trip bangkok!
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tarikh 11 april 2015 (sabtu) akan terbang ke bangkok, THAILAND. not for sambut SONGKRAN but just untuk enjoy the songkran. dah lama sebenarnya kami nak rasa apa yang best sangat songkran nih. we see and kita tengok apa yang ada dengan PESTA AIR yang disambut oleh masyarakat thailand pada 13 april 2015 sehingga 15 april 2015 (setiap tahun). kita start dengan tiket flight dulu dengan harga RM314.00/ 1 pax untuk perjalanan pergi and balik. mungkin agak mahal tapi mungkin berbaloi. duit boleh cari. pengalaman susah nak beli. kan! tukaran mata wang waktu nih adalah RM1 = 8.7032 baht. memang mahal! macam biasa, parking kereta kat ERL PUTRAJAYA and guna perkhidmatan ERL dengan tambang RM6.30/1 pax untuk ke KLIA2. lebih kurang jam 04.00 petang, kami dah ada kat KLIA2 and tepat jam 05.00 petang (waktu KUALA LUMPUR) terus terbang ke BANGKOK yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. jam 06.00 petang (waktu BANGKOK) iaitu mengambil kira masa bangkok yang lewat 1 jam dari masa kuala lumpur. alhamdulilah! selamat tiba! 

info: di BANGKOK ada 2 airport so, sila pastikan korang down di airport yang mana. DON MUEANG T1 and SUVARNABHUMI INTERNATIONAL AIRPORT. perjalanan agak mudah kalau korang turun di suvarnabhumi international airport sebab ada RAMKHAMHAENG RAILWAY so, mudah untuk connect dengan railway lain kat town. kalau korang mengambil kira kos la. kalau korang tidak mempunyai masalah dengan faktor kos, boleh jer naik teksi. terus sampai depan hotel. setel kan! kami mengambil kira soal kos so, begini caranya. 

Don Mueng T1 Airport *bus A1



BST Skytrain
kami difahamkan juga, semua flight tambang murah akan down kat don mueang t1 so, ada 2 cara yang mudah. sama ada korang naik teksi atau naik bas and then naik train. kami ambik alternatif yang ke-2 iaitu naik bas walaupun, perancangan awal adalah naik teksi ke MO CHIT STATION. station nih akan menghubungkan station-station lain. kira macam last station lah. kat town bangkok nih ada 2 jenis link train yang biasa digunakan iaitu MRT and BTS SKYTRAIN. mo chit station adalah antara station bagi BTS skytrain. memandangkan hotel kami area SI LOM  ROAD jadi, dari mo chit station perlu ke SALA DAENG STATION. dari station tuh akan menapak ke hotel. begini: keluar dari pintu airport korang kena belok kiri. dari situ korang akan nampak tempat menunggu bas (susun bangku panjang jer). boleh tanya pekerja yang akan jaga dekat area situ untuk kepastian yang korang menunggu kat tempat yang betul. bagitau yang korang nak ke mo chit station and sila naik bas bernombor A1. tambang bas adalah 30 baht/1 pax and bas akan berhenti kat area mo chit station tuh. first stop bus berhenti maknanye kat mo chit station la tuh. turun bas terus gerak ke kanan. menapak sikit and belah kiri korang akan lalu depan CHATUCHAK PARK STATION iaitu antara station bagi link MRT. terus ke depan and naik tangga untuk ke mo chit station. untuk beli tiket train ada 2 cara jugak samaada melalui kaunter atau mesin (lebih kurang macam korang naik LRT jer). tambang train dari mo chit station ke sala daeng station adalah 42 baht/1 pax jer. tapi, kadang-kadang kaunter akan bagi syiling untuk korang beli di mesin. so, selamat mencuba! dari mo chit station akan terus ke sala daeng station tetapi akan ada interchange di SIAM STATION. mohon study betul-betul link train diaorang yer. kalau sesat, pandai-pandai la korang nak hidup. ahakz! 

Mo Chit Station (BST SKYTRAIN)

Patpong Night Bazaar
tiba di sala deang station and bergerak ke hotel. korang turun jer dari station tuh,  akan lalu PATPONG NIGHT BAZAAR sepanjang perjalanan ke hotel. perjalanan lebih kurang 1 KM iaitu ke jalan silom 22/1. enjoy la dengan deretan gerai-gerai kat sepanjang jalan. macam-macam ada and macam-macam boleh cuci mata. hotel pilihan untuk trip ini adalah HOTEL SAPPHIRTEL INN dengan kos RM293.70/ 3 pax untuk 4 hari 3 malam di bangkok. hotel nih sangat hampir dengan MASJID MEERAZUDDIN. lepas kami check in and rehat jap. and jom cari kedai makan. ada la pusing-pusing area masjid untuk cari gerai makan tapi hampa. ada jumpa gerai tulis HALAL tapi dah tutup. baru jam 09.00 malam kot. sabar jer la! akhirnya, cari jalan mudah sebab dah tak daya nak cari sendiri. kami naik TUT TUT jer, and minta abang tut tut tuh hantar kat kedai makan halal. ada la dia gerak 200 meter and berhenti kat kedai makan india. bayar tambang 20 baht/3 pax jer pun. kami masuk dalam kedai makan tuh tak sampai 5 minit. masing-masing pandang muka masing-masing and sepakat keluar dari kedai tuh. terlalu banyak perkara yang mencurigakan! bergerak semula menghala ke hotel sebab macam ada nampak kedai makan yang ada logo halal waktu naik tut tut tadi. DUBAI RESTORAN menjadi pilihan dengan santapan berharga 620 baht/3 pax. fuh! redha! lebih kurang jam 10.00 malam, selesai makan and ronda-ronda kat patpong night bazaar. ada la jugak survey harga laras senapang. tak beli pun, just survey harga jer. maybe esok baru beli na. takyah rushing-rushing. relax sudeh! jam 11.00 malam gerak balik hotel and sempat singgah 7eleven untuk cari manggi halal. beli la kudap-kudap dengan kos 59 baht/ 3 pax. alhamdullah! jumpa! RUSKI TOM YAM menjadi pilihan! lazat! rehat! tido!
:
:
:
:

in the TRAIN
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tuesday, January 27, 2015

DAY 1: MEDAN > SUMATRA, INDONESIA

tarikh 26 januari 2015 (isnin) and maknanya dah sebulan trip banda aceh and medan. takde maknanye! cerita tak siap lagi nih. nak pergi trip lain dah pun. tanpa buang masa. jom layan trip dari BANDA ACEH ke MEDAN pulak. deng!
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

bas Sempati Star

tarikh 27 disember 2014 (sabtu) jam 09.26 pagi baru sampai MEDAN. ambil masa hampir 12 jam 30 minit dari BANDA ACEH. cara pemandu agak menakutkan. tapi, nyenyak jer tido dalam bas tuh. giler tak nyenyak! tengok seat dia pun dah tau. ada selimut. ada bantal. siap dapat box isi mineral water, coklat and kacang lagi. bas akan STOP di beberapa tempat. untuk pergi tandas and solat subuh. tapi, takde la hentian REHAT yang hebat macam kat highway kat MALAYSIA kan.

RAILWAY

Istana Maimoon, Medan
bila sampai kat hentian bas terus cari tempat makan. lapar weh! punya lapar sampai lupa nak cari info pasal hentian bas tuh. nama hentian bas atau tempat kat mana pun aku tak tau. nanti korang cari la sendiri ek. kos makan pagi nih adalah  RP63.000/3 pax jer. lepas jer makan terus cari tranport untuk ke hotel. hotel yang menjadi pilihan hati adalah WISMA SEDERHANA BUDGET HOTEL. taxi and beca memang banyak depan hentian bas nih. pilih jer mana nak kan. kalau rajin korang carilah taxi yang pakai meter ataupun DEAL jer ngan pakcik-pakcik taxi tuh. ada yang nak hantar and ambik tambang RP70.000/3 pax hingga ke hotel. macam mahal jer so, kami deal ngan abang-abang beca pulak. berebut-rebut nak bawak kami. ada yang nak ambik mahal and ada yang nak ambik murah. pandai-pandai la korang nak HIDUP yer. akhirnya, kami naik beca. yeay! EXCITED weh and naik skali bertiga. sorang duduk atas motor belakang abang beca tuh and dua lagi duduk dalam payung. tayar sampai kempis kot. giler lawak! harga yang kami dapat deal adalah RP40.000/3 pax tambah pengalaman yang tak mampu dibeli. kan!

WISMA SEDERHANA BUDGET HOTEL untuk 2 hari 1 malam dengan kos RM67.82/3 pax bersekali dengan sarapan pagi. sampai jer kat hotel terus mandi and rehat kejap, sebelum keluar ronda-ronda town medan nih. jam 01.00 petang start gerak dari hotel. sebelum tuh sempat tanye pekerja hotel pasal rate tambang teksi and beca area situ supaya tak kena tipu. rate biasa kalu naik beca dalam RP20.000 ke RP30.000 tengok tempat nak dituju. minimum rate teksi meter dalam RP25.000 jer.

Restoran Garuda, Medan

tempat first yang nak dituju adalah PASAR IKAN aka PASAR PAYANG kalu kat terengganu. dari hotel ke pasar ikan boleh jalan kaki jer. singgah dulu RESTORAN GARUDA untuk makan tengah hari and restoran nih berada dekat dengan pasar ikan. memang makan besar sungguh iaitu RP242.500/3 pax aka pengsan terbongkang kenyang. untuk gambaran korang tentang pasar ikan nih boleh tengok picture-picture kat bawah tuh. untuk makluman korang, harga kain-kain kat sini biasa-biasa jer. rasa macam lagi murah kalu beli kat BANDUNG atau JAKARTA. ada orang cakap kat BUKIT TINGGI pun murah tapi aku tak boleh nak compare sebab tak pernah pergi bukit tinggi. tuh pendapat aku jer yer. kalu korang datang and rasa harga berbaloi, silalah membeli belah. and dah abis pusing dalam pasar ikan tuh, kami terus gerak ke istana maimoon dengan beca and tambang RP25.000/3 pax plak. kali nih muat jer tiga orang skali duduk dalam payung untuk 1 beza. maybe sebab takde beg galas waktu nak datang hotel tadi. jom!

Pasar Ikan, Medan
BECA

tiket masuk ke ISTANA MAIMOON adalah RP5.000/pax iaitu dalam RM01.50 jer. secara ringkas, istana maimoon nih didirikan pada 26 OGOS 1888 oleh Sultan Ma'moen Al Rasyid Perkasa Alamsyah. dijadikan sebagai pusat pemerintahan Kesultanan DELI iaitu salah satu daripada empat Kesultanan Besar yang ada di Sumatera Utara. jadi, istana nih lebih kurang macam muzium untuk sejarah kesultanan deli tuh lah. dalam istana nih, korang boleh sewa baju yang kesultanan tuh pakai. pilih jer nak warna ape and bayaran sewa baju adalah RP10.000/pax iaitu mengamalkan konsep pakai sampai lebam. korang pakai la sampai korang rasa bau badan and peluh korang dah cukup melekat kat baju tuh. meh tengok picture time kami melaram. ta da!

ME!
WE!

next tempat yang dituju adalah MASJID RAYA and masjid nih tak jauh dari istana maimoon. boleh jalan kaki jer. waktu nak masuk masjid nih plak, ada orang jaga counter kat pintu gate. akan minta derma seikhlas hati. sama la, waktu masuk dalam masjid. ada orang akan bagi nombor untuk jaga kasut korang. yang tuh budak-budak yang jaga and boleh sedekah seikhlas hati kat diaorang jugak. selesai solat jer, terus keluar dari kawasan masjid and naik jejantas untuk ke shopping komplek kat depan masjid nih. kena seberang jalan. niat nak sejukkan badan atau cari air untuk hilangkan dahaga. layan!

Masjid Raya, Medan

daripada masjid raya kami terus ke SUN PLAZA MEDAN untuk dinner. tambang dalam RP30.000/3 pax sebab jauh jugak la. nak cari ES TEL'LER la pulak. alhamdullah sebab jumpa gak kedai nya. santapan merangkumi sekali ngan dinner tuh sebanyak RP101.000/3 pax yer. ronda-ronda sekitar shopping kompleks and lebih kurang jam 06.45 petang balik ke hotel. sempat lagi tapau TEXAS CHICKEN dengan harga RP43.000/3 pax plak. tambang beca RP25.000/3 pax sampai depan hotel. mandi! rehat! tidor! jumpa esok yer! bye!

Es Teler, Sun Plaza
:
:
:

thank you PHOTOGRAPHER aka ESHRAQ
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Friday, January 16, 2015

DAY 2: BANDA ACEH > SUMATRA, INDONESIA (PART 2)

tarikh 15 januari 2015 (khamis) dengan cuaca yang semakin hari semakin baik. alhamdullah! harap akan terus begini untuk hari-hari yang mendatang. amin! berbalik pada cerita sebelum nih. dah dimaklumkan untuk hari kedua bagi trip di BANDA ACEH, dibahagikan kepada dua part. yang nih adalah part kedua iaitu kesenambungan trip dari PULAU WEH. jom layan!
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KAPAL LAMBAT aka FERI LAMBAT

tarikh 26 disember 2014 (jumaat) jam 03.45 petang. sampai kat PELABUHAN FERI ULEE LHEUE dengan jayanya. alhamdullah sebab laut tak bergelora macam waktu datang. boleh bernafas dengan tenang. feri cepat bergerak dengan lajunye memelah samudera meninggalkan FERI LAMBAT. ewah! harga tiket FERI CEPAT RP90.000/pax iaitu price yang sama waktu datang. 

man in the RED aka HIJRAH

sampai di perlabuhan, HIJRAH aka supir dah siap sedia menunggu kami. lupa bagitau yang kami ada DEAL ngan hijrah untuk guna khidmat dia bila tiba di town banda aceh (deal guna WHATSAPP waktu kat pulau weh). pusing-pusing sekitar town banda aceh, dia ambik RP300.000/3 pax memandangkan kami kesuntukkan masa untuk naik bas or sebagainya. jam 08.30 malam nanti kami akan bergerak ke MEDAN dengan bas (rujuk tentatif first day yer). so, masa itu EMAS!

Jalan Perlabuhan Lama Ulee Lheue

antara tempat-tempat yang akan kami pergi adalah beberapa daripada puluhan masjid yang masih kukuh setelah diredah TSUNAMI. sebelum tuh singgah dulu persisiran pantai sekitar JALAN PERLABUHAN LAMA ULEE LHEUE yang tak jauh dari perlabuhan. diceritakan bahawa 10 tahun lalu, persisiran pantai nih adalah kawasan perkampungan nelayan. tiada apa yang tinggal setelah dilanda tsunami. TUHAN tak pernah kejam dengan hamba-hambanya sebaliknya kita yang selalu kejam dengan NYA. malapetaka adalah suatu peringatan dari NYA untuk kita, supaya tidak terus terpesong mengejar DUNIA. bukan tanda benci tapi tanda SAYANG. muhasabah diri. KAN! 

seterusnya kami ke MASJID BAITURRAHIM untuk tengok sendiri kesan-kesan TSUNAMI. dan difahamkan tiada seorang pun penduduk yang tinggal di sekitar masjid nih selamat. al-fatihah! dikhabarkan juga, penduduk yang ada sekarang adalah bukan dari penduduk-penduduk asal. pemilikan tanah tak tau la pulak macam mana kerajaan diaorng buat yer. jom layan picture.

Masjid Baiturrahim, Banda Aceh
Masjid Baiturrahim selepas TSUNAMI *sumber internet

selesai SOLAT kat masjid baiturrahim terus ke tempat KAPAL PLTD APUNG 1 terdampar selepas dibawa arus tsunami sejauh lebih kurang 4 KM daripada laut. serius besar kapal nih. tak dapat digambarkan macam mana keadaan waktu tuh. ini ceritanya KAPAL PLTD APUNG 1 (buka link untuk cerita lebih lanjut). masuk adalah PERCUMA. tapi, waktu kami sampai tuh dalam jam 04.30 petang menandakan waktu ASAR dah masuk and tempat nih still tutup. tunggu diaorang abis solat dulu baru bukak. picture lagi yuk! layan!

Kapal PLTD Apung 1, Banda Aceh
Kapal PLTD Apung 1 selepas TSUNAMI *sumber internet
 :
 :
 :
 :


view dari Kapal PLTD Apung 1
view dari Kapal PLTD Apung 1
 
google MAP kedudukan Kapal PLTD Apung 1 *sumber internet

kemudian terus gerak ker MUZIUM TSUNAMI yang malangnya tutup! sebab ada majlis peringatan hari tsunami katanya. ramai wakil-wakil and pemimpin-pemimpin dari negara-negara lain dijemput. tak dapat masuk so, tak dapat gambarkan dalam muzium tuh macam mana. pe-pe pun, pernah tengok MAJALAH 3 baru-baru nih berkaitan 10 tahun selepas tsunami. ada la info kata muzium tsunami nih bukan sekadar muzium. tempat nih jugak dijadikan tempat untuk berlindung kalau-kalau la tsunami datang lagi. strukturnya agak unik, mungkin mengambil langkah-langkah keselamatan hadapi tsunami. sekitar luar muzium nih gak ada dipamerkan beberapa kenderaan yang rosak dihempas tsunami. kat bawah tuh picture nye. ta da.

Muzium Tsunami, Banda Aceh
sekitar Muzium Tsunami, Banda Aceh

hijrah ada cadangkan untuk tengok KAPAL APUNG LAMPULO aka KAPAL ATAS RUMAH itupun kalu tempat tuh still bukak. alhamdullah tempat tuh still bukak waktu kami sampai. masuk tempat nih PERCUMA jugak. sedekah ikut ikhlas hati. waktu kami masuk kawasan tuh ada sorang wanita agak berUSIA duduk atas tangga batu. dia senyum and tanya datang dari mana. RAMAH pulak yer. dah kenal diri sebagai WAK KOLAK aka BUDIAH BINTI SAHAR and dia terus cakap TERIMA KASIH. dia kata terima kasih sebab MALAYSIA tolong diaorang. bagi derma. diaorang hargai sangat! tiba-tiba touching weh. wak kolak adalah antara 59 orang yang terselamat disebabkan kapal apung tuh. meh dengar cerita dia! cerita dari SAKSI HIDUP nih sendiri.

Budiah binti Sahar aka WAK KOLAK
..............................................

secara ringkasnya, BUDIAH BINTI SAHAR nih adalah seorang penjual bubur. tuh sebab penduduk kawasan tuh gelarkan dia sebagai WAK KOLAK. hidup sederhana sebagai peniaga bubur nasi. rumah dia nih berdekatan dengan rumah yang ada kapal atas bumbung tuh. begini ceritanya, lebih kurang jam 07.30 pagi. sedang dia sibuk menyiapkan barang-barang jualan tiba-tiba, ada gempar bumi. waktu gempar tuh berlaku, abis barang-barang jualannya jatuh kat lantai. dalam rumah dia lantai terBELAH. dia kata, dia laungkan bacaan AL-FATIHAH sepanjang gempa tuh happen. setelah bacaan al-fatihah yang ke-15 baru la gempa tuh STOP. dia sempat pesan kat kami, ayat al-fatihah tuh besar NILAI and MAKSUD nya. yang tuh memang pasti sebab ayat tuh dibaca setiap kali kita SOLAT kan. pandai-pandai la pikir yer. 

sambung cerita lagi, dah menjadi amalan katanya. kalu selepas gempa, diaorang akan minum air. yang tuh memang amalan diaorang. lepas tuh, wak kolak nih start la kemas-kemas rumah dia yang berselerak. dalam masa 20 minit daripada gempa, tiba-tiba kecoh orang-orang kampung jerit kata AIR NAIK (tak ingat perkataan INDONESIA nya). wak kolak nih keluar rumah and dia nampak ombak yang menjulang tinggi. tuh lah TSUNAMI. digambarkan air nya berwarna hitam sebab datang bersama lumpur. ombak yang tinggi tapi kat bawahnya bergulung-gulung. ombak nih akan angkut apa-apa jer benda yang halang laluannya. waktu tsunami tuh datang gak, dibawanya beratus-ratus kapal-kapal nelayan yang sepatutnya ada kat tepian pantai. 

semua orang bertempiaran lari untuk selamat diri. kebetulan, rumah wak kolak nih dekat dengan rumah dua tingkat tuh. tuan rumah minta semua orang yang lalu area rumah dia untuk naik ker tingkat dua. diaorang berkumpul dalam satu bilik kat tingkat atas rumah tuh. bilangannya dianggarkan seramai lebih kurang 30 orang. berpelukkan diaorang dalam bilik tuh sambil memikirkan yang diaorang akan mati. dalam ramai-ramai tuh ada seorang ustad yang tak henti-henti laungkan AZAN. sehinggalah semua reda baru diaorang tengok kat luar and nampak la ada orang-orang yang still selamat. semua yang selamat diminta naik ke rumah tuh. ada yang luka kat kaki and sebagainya. setelah dikumpulkan bilangan yang selamat menjadi lebih kurang 50 orang. 

mesti semua tertanya kan! bila masa pulak kapal tuh naik atas rumah. korang, gelombang tsunami bukan sekali datang pastu hilang yer. dalam masa 10-15 minit (tak pasti berapa minit), GELOMBANG KE-2 TSUNAMI datang and bawak gelombang yang lagi besar. waktu gelombang kedua nih la kapal tuh datang dengan melawan arus and terus langgar rumah tuh. KUASA tuhan. ada yang jerit untuk naik kapal tuh. diaorang naik ramai-ramai dalam kapal untuk selamatkan diri. pintu dalam kapal tuh berkunci. diaorang cuba pecahkan PINTU and kebetulan ada orang buka pintu dari dalam. dalam keadaan marah lelaki tuh tanya apa diaorang buat dalam kapal dia. rupanya dia baru bangun dari tidur and tak sedar pun ada tsunami (macam kisah ASHABUL KAHFI kan).

bila tsunami dah reda. semua orang kelaparan and kehausan. kuasa TUHAN ada setandan kelapa hanyut kat kapal tuh. diaorang ambik and makan sehingga la tunggu bantuan sampai. nak cerita lebih detail, boleh jumpa ngan wak kolak. kalu korang jumpa wak kolak nih tolong kirimkan salam yer. dia kata gak, kalu pelancong datang dari any negara pun. JEPUN! MALAYSIA! AUSTRALIA! and banyak lagi negara yang hulur bantuan. dia akan cakap terima kasih sebab tolong diaorang. dua tahun hidup dia ditanggung dengan hasil-hasil bantuan tuh untuk mula hidup baru. hanya TUHAN yang mampu balas. apa-apa pun, wak kolak cakap yang dia berharap benda nih takkan jadi lagi samaada kat BANDA ACEH ataupun kat mana-mana tempat sekalipun. itu doa dia. TAMAT! 
..............................................

Kapal Apung LAMPULO aka Kapal Atas Rumah

fuh! tamat gak episod LESTARY untuk lima episod yer. jom terus meneroka banda aceh. next tempat yang kami pergi adalah MASJID BAITURRAHMAN pulak. besar and cantik masjid nih. kebetulan kami sampai tuh waktu solat MAGRIB. suasana sangat meriah. orang berpusu-pusu untuk menunaikan perintah TUHAN. alhamdulilah!

Masjid Baiturrahman, Banda Aceh
Masjid Baiturrahman selepas TSUNAMI *sumber internet
Masjid Baiturrahman selepas TSUNAMI *sumber internet

selesai urusan di masjid baiturrahman and terus gerak ker TERMINAL BAS BANDA ACEH. sampai kat terminal tuh dalam jam 07.45 malam. sempat makan dulu kat medan selera terminal dengan kos RP151.000/3 pax and kos parking kat tempat-tempat kami pergi tadi dalam RP22.000/3 pax iaitu  include enam tempat sekali (seikhlas hati). bas bergerak ker MEDAN dalam jam 08.30 malam. dengan ini, selesai sudah trip BANDA ACEH yang penuh dengan keinsafan dan pengajaran. jangan pernah lupa dengan kuasa DIA. maha PENYAYANG lagi maha MENGASIHANI. moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. amin! insyaALLAH!

Masjid Baiturrahman, Banda Aceh

ANTARA KOS-KOS YANG TERLIBAT:
      1.     Tiket flight dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh (one way)                         :              RM229.00 
      2.   Taxi dari Airport ke Pelabuhan Ulee Lheue/ 3 pax                                :               RP140.000
      3.   Feri dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Bebas Sabang/ 1 pax           :               RP90.000
      4.   Taxi dari Pelabuhan ke Hotel Pulau Jaya/ 3 pax                                  :               RP60.000
      5.   Hotel Pulau Jaya (2 hari 1 malam)/ 3 pax                                          :              RP120.000
      6.   Supir di Pulau Weh/ 3 pax                                                             :               RP600.000
      7.   Entry Fee Kilometer 0/ 3 pax                                                         :               RP10.000
      8.   Feri dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Bebas Sabang/ 1 pax           :               RP90.000
      9.   Parking Around Banda Aceh (all)/ 3 pax                                             :               RP22.000
     10.   Makan minum (2 hari 1 malam)/ 3 pax                                              :               RP446.000
     11.   Cendehahati (sendiri bajet lah yer)                                                   :               RP ………..

secara kasarnya, perbelanjaan trip kat banda aceh selama selama 1 hari 2 malam (tiket flight sehala) per pax adalah lebih kurang RM229.00 + (RP646.000 / 3509) = RM413.10 seorang. macam mahal la pulak yer. maybe sebab tiket flight tuh. kan beli last minute. tak campur tiket flight dalam RM184.10 jer untuk perbelanjaan kat sana. not bad kan! fuh! dah selesai BANDA ACEH. jom kita ke MEDAN!
 
solat MAGRIB di Masjid Baiturrahman

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
THE END
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::