Friday, January 16, 2015

DAY 2: BANDA ACEH > SUMATRA, INDONESIA (PART 2)

tarikh 15 januari 2015 (khamis) dengan cuaca yang semakin hari semakin baik. alhamdullah! harap akan terus begini untuk hari-hari yang mendatang. amin! berbalik pada cerita sebelum nih. dah dimaklumkan untuk hari kedua bagi trip di BANDA ACEH, dibahagikan kepada dua part. yang nih adalah part kedua iaitu kesenambungan trip dari PULAU WEH. jom layan!
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KAPAL LAMBAT aka FERI LAMBAT

tarikh 26 disember 2014 (jumaat) jam 03.45 petang. sampai kat PELABUHAN FERI ULEE LHEUE dengan jayanya. alhamdullah sebab laut tak bergelora macam waktu datang. boleh bernafas dengan tenang. feri cepat bergerak dengan lajunye memelah samudera meninggalkan FERI LAMBAT. ewah! harga tiket FERI CEPAT RP90.000/pax iaitu price yang sama waktu datang. 

man in the RED aka HIJRAH

sampai di perlabuhan, HIJRAH aka supir dah siap sedia menunggu kami. lupa bagitau yang kami ada DEAL ngan hijrah untuk guna khidmat dia bila tiba di town banda aceh (deal guna WHATSAPP waktu kat pulau weh). pusing-pusing sekitar town banda aceh, dia ambik RP300.000/3 pax memandangkan kami kesuntukkan masa untuk naik bas or sebagainya. jam 08.30 malam nanti kami akan bergerak ke MEDAN dengan bas (rujuk tentatif first day yer). so, masa itu EMAS!

Jalan Perlabuhan Lama Ulee Lheue

antara tempat-tempat yang akan kami pergi adalah beberapa daripada puluhan masjid yang masih kukuh setelah diredah TSUNAMI. sebelum tuh singgah dulu persisiran pantai sekitar JALAN PERLABUHAN LAMA ULEE LHEUE yang tak jauh dari perlabuhan. diceritakan bahawa 10 tahun lalu, persisiran pantai nih adalah kawasan perkampungan nelayan. tiada apa yang tinggal setelah dilanda tsunami. TUHAN tak pernah kejam dengan hamba-hambanya sebaliknya kita yang selalu kejam dengan NYA. malapetaka adalah suatu peringatan dari NYA untuk kita, supaya tidak terus terpesong mengejar DUNIA. bukan tanda benci tapi tanda SAYANG. muhasabah diri. KAN! 

seterusnya kami ke MASJID BAITURRAHIM untuk tengok sendiri kesan-kesan TSUNAMI. dan difahamkan tiada seorang pun penduduk yang tinggal di sekitar masjid nih selamat. al-fatihah! dikhabarkan juga, penduduk yang ada sekarang adalah bukan dari penduduk-penduduk asal. pemilikan tanah tak tau la pulak macam mana kerajaan diaorng buat yer. jom layan picture.

Masjid Baiturrahim, Banda Aceh
Masjid Baiturrahim selepas TSUNAMI *sumber internet

selesai SOLAT kat masjid baiturrahim terus ke tempat KAPAL PLTD APUNG 1 terdampar selepas dibawa arus tsunami sejauh lebih kurang 4 KM daripada laut. serius besar kapal nih. tak dapat digambarkan macam mana keadaan waktu tuh. ini ceritanya KAPAL PLTD APUNG 1 (buka link untuk cerita lebih lanjut). masuk adalah PERCUMA. tapi, waktu kami sampai tuh dalam jam 04.30 petang menandakan waktu ASAR dah masuk and tempat nih still tutup. tunggu diaorang abis solat dulu baru bukak. picture lagi yuk! layan!

Kapal PLTD Apung 1, Banda Aceh
Kapal PLTD Apung 1 selepas TSUNAMI *sumber internet
 :
 :
 :
 :


view dari Kapal PLTD Apung 1
view dari Kapal PLTD Apung 1
 
google MAP kedudukan Kapal PLTD Apung 1 *sumber internet

kemudian terus gerak ker MUZIUM TSUNAMI yang malangnya tutup! sebab ada majlis peringatan hari tsunami katanya. ramai wakil-wakil and pemimpin-pemimpin dari negara-negara lain dijemput. tak dapat masuk so, tak dapat gambarkan dalam muzium tuh macam mana. pe-pe pun, pernah tengok MAJALAH 3 baru-baru nih berkaitan 10 tahun selepas tsunami. ada la info kata muzium tsunami nih bukan sekadar muzium. tempat nih jugak dijadikan tempat untuk berlindung kalau-kalau la tsunami datang lagi. strukturnya agak unik, mungkin mengambil langkah-langkah keselamatan hadapi tsunami. sekitar luar muzium nih gak ada dipamerkan beberapa kenderaan yang rosak dihempas tsunami. kat bawah tuh picture nye. ta da.

Muzium Tsunami, Banda Aceh
sekitar Muzium Tsunami, Banda Aceh

hijrah ada cadangkan untuk tengok KAPAL APUNG LAMPULO aka KAPAL ATAS RUMAH itupun kalu tempat tuh still bukak. alhamdullah tempat tuh still bukak waktu kami sampai. masuk tempat nih PERCUMA jugak. sedekah ikut ikhlas hati. waktu kami masuk kawasan tuh ada sorang wanita agak berUSIA duduk atas tangga batu. dia senyum and tanya datang dari mana. RAMAH pulak yer. dah kenal diri sebagai WAK KOLAK aka BUDIAH BINTI SAHAR and dia terus cakap TERIMA KASIH. dia kata terima kasih sebab MALAYSIA tolong diaorang. bagi derma. diaorang hargai sangat! tiba-tiba touching weh. wak kolak adalah antara 59 orang yang terselamat disebabkan kapal apung tuh. meh dengar cerita dia! cerita dari SAKSI HIDUP nih sendiri.

Budiah binti Sahar aka WAK KOLAK
..............................................

secara ringkasnya, BUDIAH BINTI SAHAR nih adalah seorang penjual bubur. tuh sebab penduduk kawasan tuh gelarkan dia sebagai WAK KOLAK. hidup sederhana sebagai peniaga bubur nasi. rumah dia nih berdekatan dengan rumah yang ada kapal atas bumbung tuh. begini ceritanya, lebih kurang jam 07.30 pagi. sedang dia sibuk menyiapkan barang-barang jualan tiba-tiba, ada gempar bumi. waktu gempar tuh berlaku, abis barang-barang jualannya jatuh kat lantai. dalam rumah dia lantai terBELAH. dia kata, dia laungkan bacaan AL-FATIHAH sepanjang gempa tuh happen. setelah bacaan al-fatihah yang ke-15 baru la gempa tuh STOP. dia sempat pesan kat kami, ayat al-fatihah tuh besar NILAI and MAKSUD nya. yang tuh memang pasti sebab ayat tuh dibaca setiap kali kita SOLAT kan. pandai-pandai la pikir yer. 

sambung cerita lagi, dah menjadi amalan katanya. kalu selepas gempa, diaorang akan minum air. yang tuh memang amalan diaorang. lepas tuh, wak kolak nih start la kemas-kemas rumah dia yang berselerak. dalam masa 20 minit daripada gempa, tiba-tiba kecoh orang-orang kampung jerit kata AIR NAIK (tak ingat perkataan INDONESIA nya). wak kolak nih keluar rumah and dia nampak ombak yang menjulang tinggi. tuh lah TSUNAMI. digambarkan air nya berwarna hitam sebab datang bersama lumpur. ombak yang tinggi tapi kat bawahnya bergulung-gulung. ombak nih akan angkut apa-apa jer benda yang halang laluannya. waktu tsunami tuh datang gak, dibawanya beratus-ratus kapal-kapal nelayan yang sepatutnya ada kat tepian pantai. 

semua orang bertempiaran lari untuk selamat diri. kebetulan, rumah wak kolak nih dekat dengan rumah dua tingkat tuh. tuan rumah minta semua orang yang lalu area rumah dia untuk naik ker tingkat dua. diaorang berkumpul dalam satu bilik kat tingkat atas rumah tuh. bilangannya dianggarkan seramai lebih kurang 30 orang. berpelukkan diaorang dalam bilik tuh sambil memikirkan yang diaorang akan mati. dalam ramai-ramai tuh ada seorang ustad yang tak henti-henti laungkan AZAN. sehinggalah semua reda baru diaorang tengok kat luar and nampak la ada orang-orang yang still selamat. semua yang selamat diminta naik ke rumah tuh. ada yang luka kat kaki and sebagainya. setelah dikumpulkan bilangan yang selamat menjadi lebih kurang 50 orang. 

mesti semua tertanya kan! bila masa pulak kapal tuh naik atas rumah. korang, gelombang tsunami bukan sekali datang pastu hilang yer. dalam masa 10-15 minit (tak pasti berapa minit), GELOMBANG KE-2 TSUNAMI datang and bawak gelombang yang lagi besar. waktu gelombang kedua nih la kapal tuh datang dengan melawan arus and terus langgar rumah tuh. KUASA tuhan. ada yang jerit untuk naik kapal tuh. diaorang naik ramai-ramai dalam kapal untuk selamatkan diri. pintu dalam kapal tuh berkunci. diaorang cuba pecahkan PINTU and kebetulan ada orang buka pintu dari dalam. dalam keadaan marah lelaki tuh tanya apa diaorang buat dalam kapal dia. rupanya dia baru bangun dari tidur and tak sedar pun ada tsunami (macam kisah ASHABUL KAHFI kan).

bila tsunami dah reda. semua orang kelaparan and kehausan. kuasa TUHAN ada setandan kelapa hanyut kat kapal tuh. diaorang ambik and makan sehingga la tunggu bantuan sampai. nak cerita lebih detail, boleh jumpa ngan wak kolak. kalu korang jumpa wak kolak nih tolong kirimkan salam yer. dia kata gak, kalu pelancong datang dari any negara pun. JEPUN! MALAYSIA! AUSTRALIA! and banyak lagi negara yang hulur bantuan. dia akan cakap terima kasih sebab tolong diaorang. dua tahun hidup dia ditanggung dengan hasil-hasil bantuan tuh untuk mula hidup baru. hanya TUHAN yang mampu balas. apa-apa pun, wak kolak cakap yang dia berharap benda nih takkan jadi lagi samaada kat BANDA ACEH ataupun kat mana-mana tempat sekalipun. itu doa dia. TAMAT! 
..............................................

Kapal Apung LAMPULO aka Kapal Atas Rumah

fuh! tamat gak episod LESTARY untuk lima episod yer. jom terus meneroka banda aceh. next tempat yang kami pergi adalah MASJID BAITURRAHMAN pulak. besar and cantik masjid nih. kebetulan kami sampai tuh waktu solat MAGRIB. suasana sangat meriah. orang berpusu-pusu untuk menunaikan perintah TUHAN. alhamdulilah!

Masjid Baiturrahman, Banda Aceh
Masjid Baiturrahman selepas TSUNAMI *sumber internet
Masjid Baiturrahman selepas TSUNAMI *sumber internet

selesai urusan di masjid baiturrahman and terus gerak ker TERMINAL BAS BANDA ACEH. sampai kat terminal tuh dalam jam 07.45 malam. sempat makan dulu kat medan selera terminal dengan kos RP151.000/3 pax and kos parking kat tempat-tempat kami pergi tadi dalam RP22.000/3 pax iaitu  include enam tempat sekali (seikhlas hati). bas bergerak ker MEDAN dalam jam 08.30 malam. dengan ini, selesai sudah trip BANDA ACEH yang penuh dengan keinsafan dan pengajaran. jangan pernah lupa dengan kuasa DIA. maha PENYAYANG lagi maha MENGASIHANI. moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. amin! insyaALLAH!

Masjid Baiturrahman, Banda Aceh

ANTARA KOS-KOS YANG TERLIBAT:
      1.     Tiket flight dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh (one way)                         :              RM229.00 
      2.   Taxi dari Airport ke Pelabuhan Ulee Lheue/ 3 pax                                :               RP140.000
      3.   Feri dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Bebas Sabang/ 1 pax           :               RP90.000
      4.   Taxi dari Pelabuhan ke Hotel Pulau Jaya/ 3 pax                                  :               RP60.000
      5.   Hotel Pulau Jaya (2 hari 1 malam)/ 3 pax                                          :              RP120.000
      6.   Supir di Pulau Weh/ 3 pax                                                             :               RP600.000
      7.   Entry Fee Kilometer 0/ 3 pax                                                         :               RP10.000
      8.   Feri dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Bebas Sabang/ 1 pax           :               RP90.000
      9.   Parking Around Banda Aceh (all)/ 3 pax                                             :               RP22.000
     10.   Makan minum (2 hari 1 malam)/ 3 pax                                              :               RP446.000
     11.   Cendehahati (sendiri bajet lah yer)                                                   :               RP ………..

secara kasarnya, perbelanjaan trip kat banda aceh selama selama 1 hari 2 malam (tiket flight sehala) per pax adalah lebih kurang RM229.00 + (RP646.000 / 3509) = RM413.10 seorang. macam mahal la pulak yer. maybe sebab tiket flight tuh. kan beli last minute. tak campur tiket flight dalam RM184.10 jer untuk perbelanjaan kat sana. not bad kan! fuh! dah selesai BANDA ACEH. jom kita ke MEDAN!
 
solat MAGRIB di Masjid Baiturrahman

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
THE END
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

No comments:

Post a Comment