Monday, April 27, 2015

DAY 1: BANGKOK, THAILAND (FESTIVAL SONGKRAN )

tarikh 11 april 2015 (sabtu) jam 12.40 pagi waktu BANGKOK. still writing untuk siapkan tentatif trip nih. percaturan kali nih lain sikit sebab terus buat writing pada hari kejadian memandangkan tak nak jadi cerita-cerita basi macam sebelum-sebelum nih. jom layan trip bangkok!
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tarikh 11 april 2015 (sabtu) akan terbang ke bangkok, THAILAND. not for sambut SONGKRAN but just untuk enjoy the songkran. dah lama sebenarnya kami nak rasa apa yang best sangat songkran nih. we see and kita tengok apa yang ada dengan PESTA AIR yang disambut oleh masyarakat thailand pada 13 april 2015 sehingga 15 april 2015 (setiap tahun). kita start dengan tiket flight dulu dengan harga RM314.00/ 1 pax untuk perjalanan pergi and balik. mungkin agak mahal tapi mungkin berbaloi. duit boleh cari. pengalaman susah nak beli. kan! tukaran mata wang waktu nih adalah RM1 = 8.7032 baht. memang mahal! macam biasa, parking kereta kat ERL PUTRAJAYA and guna perkhidmatan ERL dengan tambang RM6.30/1 pax untuk ke KLIA2. lebih kurang jam 04.00 petang, kami dah ada kat KLIA2 and tepat jam 05.00 petang (waktu KUALA LUMPUR) terus terbang ke BANGKOK yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. jam 06.00 petang (waktu BANGKOK) iaitu mengambil kira masa bangkok yang lewat 1 jam dari masa kuala lumpur. alhamdulilah! selamat tiba! 

info: di BANGKOK ada 2 airport so, sila pastikan korang down di airport yang mana. DON MUEANG T1 and SUVARNABHUMI INTERNATIONAL AIRPORT. perjalanan agak mudah kalau korang turun di suvarnabhumi international airport sebab ada RAMKHAMHAENG RAILWAY so, mudah untuk connect dengan railway lain kat town. kalau korang mengambil kira kos la. kalau korang tidak mempunyai masalah dengan faktor kos, boleh jer naik teksi. terus sampai depan hotel. setel kan! kami mengambil kira soal kos so, begini caranya. 

Don Mueng T1 Airport *bus A1



BST Skytrain
kami difahamkan juga, semua flight tambang murah akan down kat don mueang t1 so, ada 2 cara yang mudah. sama ada korang naik teksi atau naik bas and then naik train. kami ambik alternatif yang ke-2 iaitu naik bas walaupun, perancangan awal adalah naik teksi ke MO CHIT STATION. station nih akan menghubungkan station-station lain. kira macam last station lah. kat town bangkok nih ada 2 jenis link train yang biasa digunakan iaitu MRT and BTS SKYTRAIN. mo chit station adalah antara station bagi BTS skytrain. memandangkan hotel kami area SI LOM  ROAD jadi, dari mo chit station perlu ke SALA DAENG STATION. dari station tuh akan menapak ke hotel. begini: keluar dari pintu airport korang kena belok kiri. dari situ korang akan nampak tempat menunggu bas (susun bangku panjang jer). boleh tanya pekerja yang akan jaga dekat area situ untuk kepastian yang korang menunggu kat tempat yang betul. bagitau yang korang nak ke mo chit station and sila naik bas bernombor A1. tambang bas adalah 30 baht/1 pax and bas akan berhenti kat area mo chit station tuh. first stop bus berhenti maknanye kat mo chit station la tuh. turun bas terus gerak ke kanan. menapak sikit and belah kiri korang akan lalu depan CHATUCHAK PARK STATION iaitu antara station bagi link MRT. terus ke depan and naik tangga untuk ke mo chit station. untuk beli tiket train ada 2 cara jugak samaada melalui kaunter atau mesin (lebih kurang macam korang naik LRT jer). tambang train dari mo chit station ke sala daeng station adalah 42 baht/1 pax jer. tapi, kadang-kadang kaunter akan bagi syiling untuk korang beli di mesin. so, selamat mencuba! dari mo chit station akan terus ke sala daeng station tetapi akan ada interchange di SIAM STATION. mohon study betul-betul link train diaorang yer. kalau sesat, pandai-pandai la korang nak hidup. ahakz! 

Mo Chit Station (BST SKYTRAIN)

Patpong Night Bazaar
tiba di sala deang station and bergerak ke hotel. korang turun jer dari station tuh,  akan lalu PATPONG NIGHT BAZAAR sepanjang perjalanan ke hotel. perjalanan lebih kurang 1 KM iaitu ke jalan silom 22/1. enjoy la dengan deretan gerai-gerai kat sepanjang jalan. macam-macam ada and macam-macam boleh cuci mata. hotel pilihan untuk trip ini adalah HOTEL SAPPHIRTEL INN dengan kos RM293.70/ 3 pax untuk 4 hari 3 malam di bangkok. hotel nih sangat hampir dengan MASJID MEERAZUDDIN. lepas kami check in and rehat jap. and jom cari kedai makan. ada la pusing-pusing area masjid untuk cari gerai makan tapi hampa. ada jumpa gerai tulis HALAL tapi dah tutup. baru jam 09.00 malam kot. sabar jer la! akhirnya, cari jalan mudah sebab dah tak daya nak cari sendiri. kami naik TUT TUT jer, and minta abang tut tut tuh hantar kat kedai makan halal. ada la dia gerak 200 meter and berhenti kat kedai makan india. bayar tambang 20 baht/3 pax jer pun. kami masuk dalam kedai makan tuh tak sampai 5 minit. masing-masing pandang muka masing-masing and sepakat keluar dari kedai tuh. terlalu banyak perkara yang mencurigakan! bergerak semula menghala ke hotel sebab macam ada nampak kedai makan yang ada logo halal waktu naik tut tut tadi. DUBAI RESTORAN menjadi pilihan dengan santapan berharga 620 baht/3 pax. fuh! redha! lebih kurang jam 10.00 malam, selesai makan and ronda-ronda kat patpong night bazaar. ada la jugak survey harga laras senapang. tak beli pun, just survey harga jer. maybe esok baru beli na. takyah rushing-rushing. relax sudeh! jam 11.00 malam gerak balik hotel and sempat singgah 7eleven untuk cari manggi halal. beli la kudap-kudap dengan kos 59 baht/ 3 pax. alhamdullah! jumpa! RUSKI TOM YAM menjadi pilihan! lazat! rehat! tido!
:
:
:
:

in the TRAIN
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

No comments:

Post a Comment