Tuesday, January 27, 2015

DAY 1: MEDAN > SUMATRA, INDONESIA

tarikh 26 januari 2015 (isnin) and maknanya dah sebulan trip banda aceh and medan. takde maknanye! cerita tak siap lagi nih. nak pergi trip lain dah pun. tanpa buang masa. jom layan trip dari BANDA ACEH ke MEDAN pulak. deng!
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

bas Sempati Star

tarikh 27 disember 2014 (sabtu) jam 09.26 pagi baru sampai MEDAN. ambil masa hampir 12 jam 30 minit dari BANDA ACEH. cara pemandu agak menakutkan. tapi, nyenyak jer tido dalam bas tuh. giler tak nyenyak! tengok seat dia pun dah tau. ada selimut. ada bantal. siap dapat box isi mineral water, coklat and kacang lagi. bas akan STOP di beberapa tempat. untuk pergi tandas and solat subuh. tapi, takde la hentian REHAT yang hebat macam kat highway kat MALAYSIA kan.

RAILWAY

Istana Maimoon, Medan
bila sampai kat hentian bas terus cari tempat makan. lapar weh! punya lapar sampai lupa nak cari info pasal hentian bas tuh. nama hentian bas atau tempat kat mana pun aku tak tau. nanti korang cari la sendiri ek. kos makan pagi nih adalah  RP63.000/3 pax jer. lepas jer makan terus cari tranport untuk ke hotel. hotel yang menjadi pilihan hati adalah WISMA SEDERHANA BUDGET HOTEL. taxi and beca memang banyak depan hentian bas nih. pilih jer mana nak kan. kalau rajin korang carilah taxi yang pakai meter ataupun DEAL jer ngan pakcik-pakcik taxi tuh. ada yang nak hantar and ambik tambang RP70.000/3 pax hingga ke hotel. macam mahal jer so, kami deal ngan abang-abang beca pulak. berebut-rebut nak bawak kami. ada yang nak ambik mahal and ada yang nak ambik murah. pandai-pandai la korang nak HIDUP yer. akhirnya, kami naik beca. yeay! EXCITED weh and naik skali bertiga. sorang duduk atas motor belakang abang beca tuh and dua lagi duduk dalam payung. tayar sampai kempis kot. giler lawak! harga yang kami dapat deal adalah RP40.000/3 pax tambah pengalaman yang tak mampu dibeli. kan!

WISMA SEDERHANA BUDGET HOTEL untuk 2 hari 1 malam dengan kos RM67.82/3 pax bersekali dengan sarapan pagi. sampai jer kat hotel terus mandi and rehat kejap, sebelum keluar ronda-ronda town medan nih. jam 01.00 petang start gerak dari hotel. sebelum tuh sempat tanye pekerja hotel pasal rate tambang teksi and beca area situ supaya tak kena tipu. rate biasa kalu naik beca dalam RP20.000 ke RP30.000 tengok tempat nak dituju. minimum rate teksi meter dalam RP25.000 jer.

Restoran Garuda, Medan

tempat first yang nak dituju adalah PASAR IKAN aka PASAR PAYANG kalu kat terengganu. dari hotel ke pasar ikan boleh jalan kaki jer. singgah dulu RESTORAN GARUDA untuk makan tengah hari and restoran nih berada dekat dengan pasar ikan. memang makan besar sungguh iaitu RP242.500/3 pax aka pengsan terbongkang kenyang. untuk gambaran korang tentang pasar ikan nih boleh tengok picture-picture kat bawah tuh. untuk makluman korang, harga kain-kain kat sini biasa-biasa jer. rasa macam lagi murah kalu beli kat BANDUNG atau JAKARTA. ada orang cakap kat BUKIT TINGGI pun murah tapi aku tak boleh nak compare sebab tak pernah pergi bukit tinggi. tuh pendapat aku jer yer. kalu korang datang and rasa harga berbaloi, silalah membeli belah. and dah abis pusing dalam pasar ikan tuh, kami terus gerak ke istana maimoon dengan beca and tambang RP25.000/3 pax plak. kali nih muat jer tiga orang skali duduk dalam payung untuk 1 beza. maybe sebab takde beg galas waktu nak datang hotel tadi. jom!

Pasar Ikan, Medan
BECA

tiket masuk ke ISTANA MAIMOON adalah RP5.000/pax iaitu dalam RM01.50 jer. secara ringkas, istana maimoon nih didirikan pada 26 OGOS 1888 oleh Sultan Ma'moen Al Rasyid Perkasa Alamsyah. dijadikan sebagai pusat pemerintahan Kesultanan DELI iaitu salah satu daripada empat Kesultanan Besar yang ada di Sumatera Utara. jadi, istana nih lebih kurang macam muzium untuk sejarah kesultanan deli tuh lah. dalam istana nih, korang boleh sewa baju yang kesultanan tuh pakai. pilih jer nak warna ape and bayaran sewa baju adalah RP10.000/pax iaitu mengamalkan konsep pakai sampai lebam. korang pakai la sampai korang rasa bau badan and peluh korang dah cukup melekat kat baju tuh. meh tengok picture time kami melaram. ta da!

ME!
WE!

next tempat yang dituju adalah MASJID RAYA and masjid nih tak jauh dari istana maimoon. boleh jalan kaki jer. waktu nak masuk masjid nih plak, ada orang jaga counter kat pintu gate. akan minta derma seikhlas hati. sama la, waktu masuk dalam masjid. ada orang akan bagi nombor untuk jaga kasut korang. yang tuh budak-budak yang jaga and boleh sedekah seikhlas hati kat diaorang jugak. selesai solat jer, terus keluar dari kawasan masjid and naik jejantas untuk ke shopping komplek kat depan masjid nih. kena seberang jalan. niat nak sejukkan badan atau cari air untuk hilangkan dahaga. layan!

Masjid Raya, Medan

daripada masjid raya kami terus ke SUN PLAZA MEDAN untuk dinner. tambang dalam RP30.000/3 pax sebab jauh jugak la. nak cari ES TEL'LER la pulak. alhamdullah sebab jumpa gak kedai nya. santapan merangkumi sekali ngan dinner tuh sebanyak RP101.000/3 pax yer. ronda-ronda sekitar shopping kompleks and lebih kurang jam 06.45 petang balik ke hotel. sempat lagi tapau TEXAS CHICKEN dengan harga RP43.000/3 pax plak. tambang beca RP25.000/3 pax sampai depan hotel. mandi! rehat! tidor! jumpa esok yer! bye!

Es Teler, Sun Plaza
:
:
:

thank you PHOTOGRAPHER aka ESHRAQ
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

1 comment: