Tuesday, January 6, 2015

DAY 2: BANDA ACEH > SUMATRA, INDONESIA (PART 1)

tarikh 06 januari 2015 (selasa) dengan suasana yang agak suram. untuk makluman sehingga ke hari ini, sesetengah kawasan banjir di pantai timur telah beransur pulih. alhamdullah! POST pertama bagi tahun 2015. diharapkan tahun nih adalah tahun yang bertuah untuk kita TRAVEL dimana saja. minggu nih sibuk siapkan tentatif untuk ke CAMBODIA. weh, kat cambodia dah ada hard rock cafe okeh. HARD ROCK CAFE ANGKOR aku datang! ta da!
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

town SABANG, PULAU WEH

tarikh 26 disember 2014 (jumaat) jam 06.20 pagi, kami dah start bangun. mendung and hujan renyai-renyai. ini la namanya rezeki. korang takkan dapat JANGKA situasi yang akan korang hadapi time korang travel. terutama bab cuaca. redha and enjoy jer. keluar jalan depan hotel dengan seluar tido jap. saje nak tengok suasana pagi kat situ. meriah jugak! macam suasana pekan-pekan kecik cam tuh. siap borong kuih-muih yang ada jual kat depan hotel kami stay nih lagi. sedap weh! nama tak tau tapi ada macam donut, pau, bingke and agar-agar kot! layan! pagi nih breakfast RP33.000/3 pax jer.

Bangau Laut
Travel Buddy

tentatif hari nih adalah RONDA-RONDA sekitar PULAU WEH sehingga jam 02.00 petang macam tuh. sebab nya, feri akan bergerak ke perlabuhan BANDA ACEH jam 02.30 petang. kalau terlepas, kena balik petang pulak. untuk cerita hari kedua nih, dibahagikan kepada dua part cerita memandangkan kami akan pergi ke dua tempat yang berbeza. lagipun untuk mengelakkan korang konfius tempat-tempat yang akan kami pergi tuh kat mana. samaada di pulau weh atau di banda aceh. sila noted!

padang ragut KERBAU
just ROAD

ALAK aka supir sampai lebih kurang jam 08.15 pagi. lewat 15 minit. sedikit hangin sebab masa itu EMAS. i PAY you okeh! dah la, kedekut nak kurangkan harga! ops, sowy terEMO! wujud perasaan ketidakpuasan HATI disitu. xpe, kita teruskan perjalanan ke KILOMETER 0. itu target sebenar untuk hari ini. sepanjang perjalanan ke kilometer 0, korang boleh singgah untuk tengok view-view yang cantik sepanjang perjalanan. korang boleh singgah kawasan GUNUNG BERAPI! IBOIH! PANTAI GAPANG! PANTE KASIH! SABANG HILL! AIR TERJUN PRIA LAOT! tapi, kami tak berkesempatan nak singgah semua tempat nih memandangkan kami hanya ada masa untuk beberapa jam SAHAJA. jom layan picture tempat-tempat yang kami singgah!

view PULAU WEH
daratan BANDA ACEH


panorama
sedikit info pasal pulau weh nih! pulau yang takde la besar mana. untuk keliling pulau nih korang hanya perlukan masa 1 hari dengan kenderaan bermotor yer. kalu jalan kaki maybe ambik masa beberapa hari kot. jalan agak berbukit bukau and waktu tsunami melanda dikhabarkan pulau nih langsung TIDAK terjejas, mungkin kerna geografi pulau berada pada kedudukan yang agak tinggi. kilometer kosong pulak adalah tempat dimana pengiraan KILOMETER di INDONESIA dikira. iaitu mula dengan KOSONG la kan! nak masuk sini kena bayar RP10.000/3 pax untuk 1 kereta. berdekatan TUGU kilometer 0 nih ada gerai makan yang jual TAUHU goreng tepung and cucur UDANG (tapi tak jumpa udang pun dalam cucur tuh). MESTI try! sedap WEH! kedai makan nih gak ada perkhimatan print SIJIL untuk sesiapa yang dah sampai ke situ. macam sijil bila daki gunung kinabalu la kot. harga tak pasti sebab ramai sangat beratur. takde masa nak tunggu. NEXT time!

KILOMETER 0, PULAU WEH
IBOIH, PULAU WEH


KAMI!!!
selesai buat post-post gedik kat situ. kami pun gerak ker perlabuhan. sebelum tuh sempat lagi singgah di IBOIH. meleleh air mata tengok pantai dia. JERNIH! patutnye kami stay area sini tapi smua hotel FULL. sempat lagi tanye pakej-pakej DIVING kat situ. murah gak la. datang lagi nanti yer. janji! sebelum aku lupa, kat sini hari jumaat tak boleh pergi laut dari pagi sampai jam 02.00 petang. itu peraturan yang WAJIB korang ikut. PERGI LAUT tuh tak kira la snorkeling ker, memukat ker, diving ker, mancing ker, janji aktiviti berkaitan laut TAK boleh buat. tertanye-tanye jugak la kenapa ek tapi paham-paham sudah. hari jumaat kot. korang nak bertukar jadi BABI. try la kalu nak! bertukar! deng! tak payah nak banyak soalan sangat. kadang-kadang ada perkara yang tak perlukan jawapan. paham-paham SUDAH! selepas ronda-ronda kat iboih terus ke perlabuhan lebih kurang jam 01.30 petang. tunggu feri yer. lunch kat pelabuhan RP60.000/3 pax pulak!

open air FERI CEPAT
:
:
:
:

disebalik takbir
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

No comments:

Post a Comment