Saturday, March 1, 2014

DAY 2: SYDNEY > NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA

pagi semua! gigih bangun 4.00 pagi nih. malam tadi pada 24 februari 2014, start PROMO airasia for FREE SEAT. saje bangun nak buat survey. mana la tau, ada yang sangat-sangat berbaloi untuk dibeli. ada la aku buat SHORT LIST sikit mana yang murah. antaranya tawau rm95, kuching rm55, langkawi rm55, sandakan rm115, kota kinabalu rm92, miri rm95, yangon rm122, kalibo rm122, ho chi minh rm173, bangkok rm167 dan banda aceh rm112. ni la antara harga tiket yang aku rasa berbaloi untuk korang ambik. JOM jalan-jalan! oklah, kita sambung cerita sdyney lagi yer. untuk hari kedua!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Malaysia Hall Sydney, Australia

hari ni jam 6.30 pagi tarikh 08 mei 2013 (khamis) dah start gerak dari malaysia hall ke central station. dah terang sangat dah! plan hari nih nak ker BLUE MOUNTAIN. nanti aku tunjuk kat korang apa yang ada kat sini. cuma, untuk makluman dari malaysia hall hendak ke central station boleh naik bas antaranya no. 374, 372 atau 376. macam biasa, korang naik jer mana yang sampai dulu. nak ingatkan lagi sekali, semua kos transport kat sdyney dah masuk dalam mymulti3. pergi mana pun, guna jer kad tuh and tak payah topup pun. SENANG!

bus
WoolWorth

sebelum naik bas tuh sempat lagi la pergi caltex. beli la biskut, coklat atau ape-ape yang patut kat WOOLWORTHS (lebih kurang macam kedai MESRA la kot). biskut oreo  dan ‘biskut beras’ menjadi pilihan hati. cari mana packing yang ada tanda HALAL sahaja. total harga beberapa jenis biskut AUD8.29 jer. kan! untuk perjalanan yang pertama hari nih, kami sudah pun sesat! aku tak pasti kami kat mana. MARTIN PLACE! aku rasa naik bas dah betul cuma mungkin terlepas bus stop. sebab setiap bas yang aku bagi tahu tadi akan lalu di central station tapi kita yang firsttime datang situ mana la nak tau bas tuh lalu ikut jalan mana. jalan kiri central station ker, jalan kanan central station ker, jalan depan central station ker ataupun jalan belakang central station ker. pandai-pandai la korang nak agak-agak and bertanya. bila dah jadi cam tuh, mymulti3 sangat la berguna. turun jer bas, ambik bas lain untuk ker central station semula. kali nih tanye jer driver bas! senang! bila nampak menara jam semalam, rasa lega sangat. tuh la central station.

Central Station *out
Central Station *in

Blue Mountains Timetable
bila sampai jer central station, sila la study timetable train yer. untuk ker blue mountain kita akan guna blue mountain line. memang banyak platform. blue mountain line adalah di PLATFORM 5. masa kat ruang legar central station, terserempak dengan mamat yang aku borak waktu kat malaysia hall malam tadi. dia dah nak balik malaysia hari nih. lepas salam-salam and ucap selamat. terima kasih kawan. bagi beberapa INFO. insyallah, ada rezeki jumpa lagi yer. lebih kurang jam 7.45 pagi kami dah tunggu train kat platform 5. sempat la borak-borak dengan uncle dari FIJI yang kerja kat situ. dia punye excited bila tahu yang kami ni MUSLIM (akak aku pakai tudung kot). siap ajak datang rumah rasa WIFE dia masak. tapi, kena datang hujung minggu sebab dia kerja weekly. tak dapat la nak penuhi undangan sebab kami ada masa lebih kurang 2 hari jer sebenarnya kat sdyney nih. maybe next time. insyallah! jam 8.20 pagi train sampai and perjalanan bermula. tujuan kita adalah ke KATOOMBA STATION. perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. dari katoomba town tuh nanti, kita akan ker blue mountain dengan naik bas pulak. kita layan VIEW dari dalam train sepanjang perjalanan ke katoomba station yer!

view
Trolley Shoppe
Carrington Hotel
bus timetable


layan
jam 10.20 pagi sampai kat katoomba station. sila keluar dari station tuh and korang akan nampak TROLLEY SHOPPE kat seberang jalan. sila lalu zebra line yer. bila korang nak seberang jalan jer, semua kereta akan STOP untuk bagi jalan kat korang. pejalan kaki sentiasa dihormati oleh pemandu bila berada kat ausie nih. so, tak payah risau bila nak seberang jalan. rasa nak pengsan kejap bila ingat time nak seberang jalan kat vietnam. rasa nyawa dihujung tanduk! tuh cerita lain, sambung balik cerita nih! bila dah seberang jalan, terus ke kiri and jalan terus jer. korang akan nampak 1 BUS STOP di depan CARRINGTON HOTEL. tunggu bas kat situ untuk ke blue mountain. sila tengok timetable yang ditampal kat bus stop tuh. cuma untuk makluman, bas ke blue mountain no. 686 yer (still guna mymulti3). sedikit info pasal blue mountain. blue mountain nih sangat luas and ada beberapa tempat yang korang boleh pergi kat sini. bagi aku yang utama korang kena pergi kat sini adalah di ECHO POINT dan SCENIC WORLD. bila naik bas tuh, korang akan jumpa echo point dulu. boleh turun kat situ dulu and then bila dah puas jalan-jalan, baru naik bas ke scenic world plak. bas yang sama jer sebab bas nih akan ulang alik dari katoomba town ke echo point, scenic world and tempat-tempat lain di sepanjang jalan. selain bas no. 686, korang jugak boleh ambik pakej TRAVEL AGENT dengan harga AUD38.00/pax atau naik TROLLEY BUS dengan bayaran AUD25.00/pax (info yang aku dapat dari blogger lain). untuk jimat, naik bas no. 686 la sebab include dalam mymulti3 terus. kan! dah naik bas, stop kat echo point dulu la. jalan-jalan! jom layan picture, apa yang ada kat sini.

Echo Point
Three Sister
view dari Echo Point
on the way jumpa Three Sister untuk kenal lebih 'rapat'
Three Sister *close
view dari Echo Point

THREE SISTER adalah kisah lagenda kat sini. pasal seorang bapa tunggal yang ada 3 orang anak gadis iaitu Meehni, Wimlah and Gunnedoo. diaorang bertiga nih telah disumpah menjadi batu (3 puncak gunung tuh la). kalu nak tahu sebab apa diaorang disumpah, boleh datang kat sini untuk cerita selanjutnya. lari! dah puas tengok three sister kat echo point. boleh la gerak ker scenic world plak. tunggu bas yang sama and gerak ker scenic world. sedikit info pasal scenic world nih! kat sini ada 4 benda yang korang kena try. SKYWAY, RAILWAY, CABLEWAY and WALKWAY. harga tiket untuk dapat unlimited pass adalah AUD35.00/pax and dengan ada pass nih, korang boleh la cuba semua benda tuh tanpa had. jom layan picture kat sini plak!

Scenic World
Scenic World
RailWay
WalkWay
SkyWay
CableWay
view dari Scenic World
view dari Scenic World

lebih kurang jam 2.05 petang, kami dah gerak balik ke katoomba town. sempat la jugak jalan-jalan kat KAMPUNG katoomba nih. layan AUTURM IN MY HEART la katakan. boleh tengok daun-daun pokok yang dah tukar color kemerah-merahan. sangat cantik! dalam jam 3.00 petang kami gerak semula ke kaboomba station untuk gerak balik ke central station.

Katoomba Town

dalam 5.30 petang, kami dah sampai pun kat central station. time nih dah gelap pun. tukar train ker platform 17 untuk ker CIRCULAR QUAY STATION. kat circular quay station nih la station untuk pergi ker SYDNEY OPERA HOUSE and SYDNEY HARBOR BRIDGE. selain nak tengok sydney opera house dikala malam, kami jugak nak cari HARD ROCK CAFE SYDNEY. bila sampai jerk kat station nih, first benda yang aku tengok dari train adalah sydney harbor bridge. kagum kejap! sampai jugak aku kat sini yer! ambik gambar and ronda-ronda sikit and tanya la orang-orang kat situ mana letaknya hard rock cafe sdyney. rupa-rupanya, jauh kalu nak jalan dari circular quay station ker hard rock cafe sdyney sebab tempat tuh terletak kat COCKLE BAY. sebelum aku cerita macam mana nak pergi sana, kita layan picture lagi ek. jangan marah yer!

Sydney Harbor Bridge
Sdyney Opera House

untuk ker hard rock cafe sdyney, korang kena turun di TOWN HALL STATION. keluar jer dari station tuh, korang sebenarnya dah berada kat dalam QUEEN VICTORIA BUILDING. cari jalan keluar dari building tuh dulu. bila dah keluar, cari jalan yang namanya MARKET ST. dah jumpa jalan tuh, hala ke kiri menuju ker PYRMONT BRIDGE dan COCKLE BAY. rasa macam jauh juga la jalan. siap kena melintas pyrmont bridge lagi. hard rock cafe sdyney adalah di deritan kedai HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE. kat hujung sekali adalah hard rock cafe sydney! jom membeli belah! dah abis shopping, jom balik! sama gak guna train tadi, town hall station ke central station. dari central station ke malaysia hall naik bas pulak. sampai-sampai terus tido! cukup untuk hari nih! lupa plak nak bagitau yang malam nih makan maggi jer! maggi laksa tapi tak rasa cam laksa pun! jumpa lagi nanti! nite!

Queen Victoria Building
Harbourside Shopping Centre/ Cockle Bay/ Pyrmont Bridge
Hard Rock Cafe Sydney, Australia
Hard Rock Cafe Sydney, Australia

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


No comments:

Post a Comment