Thursday, February 20, 2014

DAY 1: SYDNEY > NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA

selesai tulis cerita 3 hari di gold coast. kita sambung cerita ke sydney kejap. cuma, untuk makluman semua. kami ni sebenarnya dah salah beli tiket. tapi takpe! GUD TRY! biasanya, sesiapa yang datang ausie nih boleh pergi 3 tempat sekali gus. dari GOLD COST ke SYDNEY and terus ke MELBOURNE ataupun dari MELBOURNE ke SYDNEY and terus ke GOLD COAST. yang mana jadi pilihan hati. tapi, kami beli tiket datang ikut gold coast and balik pun ikut gold coast sebab excited lebih waktu beli tiket arituh. dah beli baru terpikir! walaupun macam tuh! tetap nak pergi sydney jugak walaupun kejap. so, tiket flight ker sydney adalah AUD129.45/pax pergi and balik (all include-baggage 20kg). TIGER AIRWAY menjadi pilihan sebab itu paling murah. ada jugak survey flight lain macam VIRGIN AUSTRALIA AIRLINE tapi still mahal. okeh! sambung cerita balik!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

jam 5.20 petang tarikh 07 mei 2014 (rabu) fly dari gold coast ke sdyney (sepatutnya flight jam 9.20 pagi). beberapa kali reschedule akhirnya flight tukar ke petang. rugi 1 hari di sdyney. takpe, gunakan masa dengan sebaiknya. insyallah sempat and kita pergi tempat-tempat hot spot jer. kan! 

SKY

Sydney Airport
lebih kurang jam 6.45 petang , kami mendarat di sdyney. cuaca lebih kurang dengan gold coast. hari pun dah gelap sebab sekarang kan AUTUMN. so, pukul  5 dah start gelap. dah ambik beg! and terus jalan keluar. keluar jer dari pintu imigresen, korang jalan terus sampai jumpa 1 sign board tunjuk arah ke train. first thing yang kami buat adalah cari tiket train. sebelum sampai sini lagi, kami dah survey sikit kemudahan PUBLIC TRANSPORT di sdyney untuk memudahkan perjalanan nak pergi ke mana-mana dengan kos paling murah. TRANPORT SYDNEY TRAINS ada menawarkan kemudahan mymulti1, mymulti2 and mymulti3. korang pilih jer ikut keperluan korang nak pergi mana. boleh baca info kat sini http://www.sydneytrains.info/tickets/which/mymulti untuk keterangan lebih lanjut. secara ringkasnya, setiap mymulti ada kemudahan yang tersendiri and boleh ikut keperluan korang untuk guna public transport yang mana dan selama mana. paling sikit adalah 7 hari (weekly), 28 hari (monthly), 90 hari (quarterly) and 365 hari (yearly).  memandangkan kami hanya akan berada di sdyney lebih kurang selama 4 hari sahaja so, kami ambil pakej weekly. mymulti3 menjadi pilihan hati sebab boleh naik train sekitar town, train ke blue mountain, bas sekitar town, bas untuk service ke bondi beach dan kemudahan ferry. kos mymulti3 untuk pakej weekly adalah AUD60.00/pax sahaja. sangat berbaloi pada backpacker yang selalu sesat. sebab kalu silap naik transport nak pergi mana-mana nanti, boleh suka suki jer tukar. tanpa melibatkan kos tambahan.

signboard ke TRAINS
counter tickets
Mymulti3

City Rail Network
dah beli tiket di kaunter and jangan lupa plak untuk ambil MAP TRAIN sekali yer. study la sikit way train-train kat sana. untuk memudahkan korang masa meredah bandar sdyney nanti. korang akan dapat 2 tiket. 1 tiket untuk perjalanan dari airport ke CENTRAL STATION sahaja (pergi dan balik). maknanya, tiket ni sampai central station sahaja and korang akan simpan tiket tuh untuk 4 hari lagi (waktu dah nak balik baru guna semula untuk ker airport dar central station). lagi 1 tiket nih plak korang akan guna sepanjang berapa kat sydney. tak kira la waktu naik TRAIN, BUS tau FERRY. semua public transport yang korang nak naik akan gunakan tiket nih. jaga elok-elok! kalau hilang, padan muka kena beli balik! kesimpulannya, MAIN POINT untuk semua public transport di sdyney town adalah central station. lebih kurang macam KUALA LUMPUR CENTRAL la. tuh sebab sebelum kita pergi mana-mana pun, akan pergi di central station dulu. baru la naik public transport lain untuk ke destinasi yang dituju. 

Sdyney's Airport Train (Catch Airport Link)
Train Timetable
platform
double decker train

destinasi kami adalah ke MALAYSIA HALL SDYNEY. selama lebih kurang 4 hari 3 malam nih, kami akan stay di malaysia hall sydney. untuk stay kat sini ada beberapa syarat. boleh baca kat sini http://www.ema.org.au/v2/malaysia-hall/malaysia-hall-sydney/stay-at-malaysia-hall-sydney/ untuk info lebih lanjut. jangan gatal-gatal nak WALK IN jer yer. kena isi borang bagai dulu sebelum datang sebab diaorang akan utamakan keperluan student kat sana dulu. kalu ada bilik kosong time korang nak datang tuh baru dibuka untuk tetamu lain. bayaran adalah sebanyak AUD12.00/pax untuk 1 malam dan deposit plak AUD50.00/pax yer. sekarang dah naik AUD20.00/pax untuk 1 malam dan deposit AUD100.00/pax la plak. redha jer la sapa-sapa yang bercita-cita nak stay kat sini nanti yer. pe-pe pun, still BERBALOI! SANGAT! SUNGGUH!

bilik di Malaysia Hall
bilik di Malaysia Hall

Central Station
sambung balik cerita dari airport ke central station. kagum sekejap bila tengok train diaorang yang 2 tingkat. sampai jer kat central station, keluar dari station and korang kena SEBERANG JALAN. kat seberang jalan tuh, korang akan nampak ada BUS STOP. untuk ker malaysia hall, korang kena naik bus plak. kedudukan malaysia hall adalah di ALISON ROAD. malaysia hall tuh betul-betul sebelah CALTEX. better, tanya orang-orang kat situ untuk kepastian. malu bertanya, sesat jalan kata orang. kan! kami ada tanya sorang MINAH SALLEH nih and dia tahu dimana kedudukan malaysia hall tuh. ada la dia bagitau beberapa info. antara bus yang akan lalu di alison road adalah bus no. 373, 374 dan 377. mana yang datang dulu, korang naik jer. kebetulan kami naik bus yang sama dengan minah salleh tadi. mata nih melilau cari caltex and malaysia hall kat mana. last-last bila dah nak dekat, minah salleh tuh suruh tekan lonceng. fuhh, berpeluh kejap! sebelum jumpa caltex ada traffic light dulu, and sebelahnya adalah malaysia hall. thank you minah salleh. i like you lah! setel CHECK IN and malam nih student yang jaga office. warden diaorang takde. pergi mana aku tak tau. baik budak nih, aku doakan ko berjaya dunia akhirat. bila dah berjaya, jangan lupa mak bapak! tumbuk kang! ewah!

antara penginapan di Sdyney

kat malaysia hall nih korang boleh la tengok aktiviti student-student yang study kat oversea bila malam. diaorang akan lepak ramai-ramai kat malaysia hall nih. ada yang tengok tv, ada yang study, ada yang borak-borak and boleh tengok macam-macam ragam lah. dah penat and esok nak jalan jauh lagi. jom tido tapi sebelum tuh sempat borak dengan GUEST MALAYSIA yang stay kat sini. tanya beberapa jalan untuk senang nak gerak nanti. oklah! nite!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


No comments:

Post a Comment