Monday, March 10, 2014

DAY 4: SYDNEY > NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA

tarikh 09 mac 2014 jam 09.50 pagi (ahad). kecoh 1 dunia dengan berita pesawat MAS iaitu MH370 yang hilang di perairan LAUT CINA SELATAN semalam. and sehingga saat nih, nasib 227 penumpang dan 12 krew masih tidak ketahui. aku hanya mampu berdoa semoga semuanya dipermudahkan. insyallah!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Malaysia Hall Sydney, Australia
hari terakhir di sdyney pada tarikh 10 mei 2013 (sabtu). hari nih kami akan bergerak ker gold coast semula. secara ringkasnya, flight dari sdyney (setelah reschedule beberapa kali) adalah pada jam 11.00 pagi and dijangka sampai pada jam 12.25 petang. so, jam 07.50 pagi dah start gerak dari malaysia hall ke central station. waktu nak balik nih, aku tak ambik banyak picture pun. and semua PROSEDUR adalah seperti prosedur biasa bila kita nak naik flight. cuma nak ingatkan, kalu korang baca cerita travel kat sdyney dari hari first. aku ada cerita pasal mymulti3 yang ada 2 tiket tuh. so, untuk ke airport akan guna lagi 1 tiket yang korang simpan dari hari pertama. kalu hari pertama, korang guna tiket tuh untuk gerak dari airport sydney ke central station. kali nih korang akan guna tiket yang sama tuh untuk gerak dari central station ke airport sydney. layan la picture untuk last day nih yer!

view dari atas flight ke Gold Coast, Australia

berikut adalah sedikit sebanyak kos yang sempat aku update untuk travel kos di sdyney dari gold coast. mungkin blog aku nih tak sehebat blogger-blogger yang banyak pengalaman dalam penulisan blog tapi sekurang-kurangnya info-info yang aku bagi nih dapat menjadikan sedikit rujukan dan gambaran kalu korang nak travel ke sana. jangan takut untuk mengembara. insyallah TUHAN akan bersama kamu. yang penting niat kena baik! ajal maut tuh memang kat tangan DIA!

ANTARA KOS-KOS YANG TERLIBAT:
      1.       Tiket flight dari Gold Coast ke Sdyney (round trip)     :           AUD 129.45
      2.       Mymulti3                                                         :           AUD   60.00
      3.       Penginapan di Malaysia Hall (4 hari 3 malam)            :           AUD   36.00
      4.       Scenic World (unlimited pass)                               :           AUD   35.00
      5.       Makan minum (4 hari 3 malam)/ 2 pax                    :           AUD   40.69
      6.       Cendehahati (sendiri bajet lah yer)                         :           AUD ………........
   
secara kasarnya, perbelanjaan trip kat sydney daripada gold coast selama selama 4 hari 3 malam per pax adalah lebih kurang AUD280.80 x 3.23 = RM906.98 seorang. bila dah convert baru rasa mahal kan! duit boleh cari! pengalaman tuh yang penting! syukur dengan nikmat TUHAN! amin!

view dari atas flight ke Gold Coast, Australia

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
THE END
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


No comments:

Post a Comment