Monday, February 17, 2014

DAY 2: GOLD COAST > QUEENSLAND, AUSTRALIA

omong kosong pasal cuaca sekarang ni. sangat la panas. biasala pas-pas musim tengkujuh ni! cuma tak sabar la pulak tunggu PULAU nak bukak. kaki aku ni dah kering. sisik-sisik dah luruh sebab lama tak masuk laut. OVER! kita sambung cerita trip ausie lagi yer. ENJOY!
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

searching
jam 7.00 pagi pada 06 mei 2013 (isnin) dah bangun. untuk makluman, mac hingga mei di ausie adalah AUTUMN. siangnya pendek. pukul 5 dah start nak gelap. so, kami tak boleh buang masa. susun jadual dengan rapi untuk memudahkan aturcara. EWAH! hari nih memang dah desite untuk ke WARNER BROS. MOVIE WORLD. sebenarnya kat gold coast ni sangat banyak theme park. korang pilih jer mana yang suka. MOVIE WORLD, SEA WORLD, DREAM WORLD dan lain-lain. boleh tengok kat link http://www.visitgoldcoast.com/things-to-do/amusement-and-theme-parks/ ni. oleh sebab kekangan masa, kami kena pilih  1 theme park jer. cuma nak ingatkan korang, make sure waktu nak datang sini, korang dah kena disite awal-awal nak pergi theme park yang mana. lagi banyak korang pergi, lagi murah and berbaloi. sila ambil pakej! tak kira la pakej dari botch, hotel atau travel agent kat sana. harga semua lebih kurang jer. pas breakfast sambil layan view dari atas hotel ni. jam 9.30 pagi, kami siap-siap and bergerak ker destinasi yang nak dituju. sebelum tuh sempat lagi layan angin pantai yang nyaman depan hotel ni. dah abis ambik gambo 2, 3 keping. terus gerak ker bas stop yang kami turun semalam. tengok jadual and nombor bas untuk ke movie world. antara bas yang akan ke sana adalah no.---- (lupa). tambang bas bayar guna gocard yang semalam jer. layan picture dulu yer!

Chateau Beachside Resort
Skypoint Building
Lifeguard
ambik masa dalam 15 minit dari suffer paradise ke movie world dengan menaiki bas. tambang bas AUD5.34/pax and bas tuh akan berhenti betul-betul depan pintu masuk movie world. disebabkan kami tak beli pakej so, kami kena beli tiket dikaunter. harga tiket AUD90.00/pax tapi, kalu korang beli pakej pun kena pegi kaunter jugak untuk ambik tiket, cuma bezanya tak bayar kat situ. dah beli tiket, ape lagi! JOM REDAH! korang kena ambik tahu jugak TIME show-show yang akan diaorang buat dari semasa ke semasa. ikut jer time-time diaorang tuh. insyallah korang akan dapat tengok semua SHOW. layan PICTURE lagi untuk tahu apa yang ada kat sana!

pintu masuk MOVIE WORLD (bendera MALAYSIA)
welcome BUNNY
around the MOVIE WORLD
around the MOVIE WORLD
BATMAN
SUPERMAN
lebih kurang jam 5.00 petang, masa yang ditunggu-tunggu untuk LAST SHOW hari ini. perarakkan daripada semua model-model KARTUN di movie world. time ni la boleh tengok diaorang menari, catwalk, berlari and macam-macam aksi dari karektor-karektor kartun tuh. sangat FUN and CUTE. layan!

around the MOVIE WORLD
car show
cowgirl dance
CAPTAIN AMERICA
jam 6.00 petang, keluar dari movie world and naik bas ker suffer paradise semula. tambang bas kali nih AUD5.13/pax cam mana diaorang kira aku tak tau la. mungkin tengok PEAK HOUR atau tak kot. MAYBE! sampai suffer paradise, singgah dulu kat supermarket COLES untuk beli barang makan sikit. pastu, baru balik hotel. masak la u’oll. kata nak JIMAT! kami beli mix seafood, beras, tomato, cili hijau, lemon, cili padi and ubi kentang dengan harga AUD11.87 semuanya. pas makan sempat keluar lagi. sopink barang sikit kat HARD ROCK CAFÉ SUFFER PARADISE.

Hard Rock Cafe Suffer Paradise with mr. Stylo
COLES
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

2 comments:

  1. uish~ berjln lg hang~
    sila bwk blk ole2~

    -dayah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nih yang lama punye. sje nk tulis balik. lama aku xaktif tulis blog. huhuhuhu.

      Delete