Tuesday, February 18, 2014

DAY 3: GOLD COAST > QUEENSLAND, AUSTRALIA

awal aku bangun hari ini. sabtu kot! tiba-tiba jer semangat nak tulis blog datang berkobar-kobar. tengok ORANG KAT RUMAH tengah sedap lena depan tv. GUD LUCK untuk exam yer. semoga berjaya dunia dan akhirat. INSYALLAH! kita sambung cerita hari ketiga di gold coast yer. ta da!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

burung camar jalan sejoli
hari ketiga jam 7.00 pagi pada 07 mei 2013 (selasa). kalu pagi semalam bangun-bangun terus bersiap sebab nak ke theme park. tapi pagi ni lebih santai. bangun, relax kejap and terus turun dari hotel. jalan-jalan kat tepi pantai gold coast. sejuk giler cuaca hari ni tapi tetap ada mamat salleh and minah salleh yang jogging dengan seluar pendek dan baju tanpa lenggan. kulit jenis apa aku tak tau la. jogging tuh satu hal! ada jugak yang tengah SURFING pagi-pagi buta! kalu first day aku tengok BURUNG CAMAR punya la excited tapi kali nih aku dah rasa nak muntah tengok seekor-seekor. menyibuk jer masuk dalam picture-picture aku yer. tepi sikit boleh tak! ish! kan! diaorang pun sibut nak post jugak! and kalu  rasa nak jadi artis popular plak, korang try la bawak barang makanan. tapi, bukan untuk bagi burung-burung tuh makan yer. korang bawak sambil jalan-jalan kat pantai tuh. korang tengok apa burung tuh akan buat. kalu misi berjaya. nanti cerita kat aku. ta da!

burung camar dan AKU
Gold Coast (Surfers Paradise)
Gold Coast (Surfers Paradise)
burung camar
 angsa laut (bukan nama sebenar)

sudah setel lompat-lompat kat tepi pantai tuh, pe tunggu lagi. jom kita balik hotel. siap-siap sebab hari ni ada misi yang lebih besar. sebab kami akan gerak ke SYDNEY, NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA. sebelum tuh nak cerita sikit pasal pantai gold coast nih. kalu la korang memang bercita-cita nak mandi kat pantai ni boleh jer tapi kena tengok betul-betul tempat yang boleh mandi. SAVEGUARD pantai akan pacakkan bendera merah kuning kat mana tempat yang boleh mandi and mana tempat yang tak boleh mandi. mana tempat yang boleh surfing, mana tempat yang tak boleh surfing. sila ikut yer, kalu tak karang kena halau! cuma agak kagum bila korang jalan sepanjang persisir pantai nih. jangan la pasang cita-cita nak jalan sampai hujung ker hujung. takkan sampainya sebab pantainya memang panjang. bila jalan tuh enjoy la view bangunan-bangunan TINGGI kat tepi-tepi pantai tuh. sangat CANTIK!

surfing
swiming


Skypoint Tower
breakfast untuk hari ni aku lupa nak ambik gambo. so, tak ingat makan pe! aku rasa makan nasi dan kebab lagi kot. sesudah breakfast and terus siap-siap untuk CHECK OUT. barang macam bertambah jer! huhuhuhu. sebelum ke airport kami akan pusing-pusing dulu. cadangnya nak pergi SKYPOINT. skypoint nih lebih kurang macam MENARA KUALA LUMPUR. nak masuk bayaran AUD21.00/pax tapi ambik cupon dlm catalog mana ntah terus dapat discount. pas discount dapat harga AUD31.50/2pax. bahagi la 2 and kira murah banyak la tuh. naik jer bangunan nih korang akan nampak permandangan seluas mata memandang seluruh gold coast dengan pandangan 360 darjah. maknanye, korang boleh pusing keliling kat level OBSERVATION DECK tuh. level 77! pemisahnya adalah kaca. bila korang berdiri dekat dengan kaca tuh, kat kaki korang akan nampak arrow yang menunjukkan korang berdiri mengarahkan ke mana. contohnya new zealand, hawai dan banyak lagi tempat-tempat lain. mana yang lebih bajet plak boleh try la SKYPOINT CLIMB. info yang nih cari sendiri sebab aku tak buat. jeles! kat atas nih jugak, ada 1 bilik video SKYPOINT THEATRETTE. luangkan masa sikit duduk dalam nih. diaorang tayangkan video sejarah berkaitan gold coast. macam mana dapat nama gold coast, siapa yang mula-mula bukak coald coast nih and macam-macam info lagi. enjoy da movie!

Observation Deck
arrow TO
view dari SKYPOINT
view dari SKYPOINT

dari hotel nak ke skypoint boleh jalan kaki jer sebab dekat. aku rasa benda ni sama jer dengan backpacker lain buat. cari hotel, hostel, dorm atau apa jer tempat stay yang dekat dengan tempat-tempat ATTRACTION. dah siap packing! check out! and simpan beg kat hotel. jom!

view dari SKYPOINT
Hard Rock Cafe Surfer Paradise




















dah abis pusing-pusing, ambil beg kat hotel and gerak ker airport. sempat lagi tadi beli kebab lagi for lunch dengan harga AUD8.40 jer. tambang ke airport kali nih AUD4.63/pax. untuk ke sdyney ni kami naik TIGER AIRWAYS dengan tambang tiket AUD129.45/pax pergi and balik (all include-baggage 20kg). dah beli awal-awal waktu kat MALAYSIA. agak sakit hati gak sebab dia 2,3 kali RESCHEDULE time flight. nasib la bagitau awal-awal. senang nak manage masa. tapi! pe-pe pun, sebab korang la kami dapat masuk 1 theme park jer! okbye! sambung cerita kat sdyney plak.

Surfers Paradise
Surfers Paradise

mr WHITE in the blue sky
fly to SYDNEY
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

No comments:

Post a Comment