Wednesday, December 31, 2014

DAY 1: BANDA ACEH > SUMATRA, INDONESIA

tarikh 31 disember 2014 jam 08.23 pagi (rabu). pagi yang agak suram. semalam, pesawat QZ 8501 iaitu penerbangan dari SURABAYA, INDONESIA ke SINGAPURA telah disahkan terhempas apabila beberapa serpihan dan mayat terapung dijumpai di lautan. peristiwa MH370 dan MH17 berulang kembali. tapi, patah semangat untuk STOP travel tuh masih mustahil rasanya. sedikit info pasal tragedi QZ 8501, dilaporkan hilang dari menara kawalan pada 28 disember 2014 (ahad). membawa 155 orang penumpang (137 dewasa, 17 kanak-kanak dan 1 bayi) dan 7 anak kapal (2 juruterbang, 4 cabin crew dan 1 engineer). misi mencari telah dikerah sebaik sahaja pesawat dilaporkan hilang. telah disahkan terhempas pada 30 disember 2014 (selasa) selepas beberapa serpihan pesawat dan mayat dijumpai. takziah untuk ahli keluarga penumpang yang terlibat. TAKZIAH!

kita letak tepi tragedi QZ 8501 sekejap. okeh! sambung cerita trip BANDA ACEH and MEDAN pulak. sebenarnye trip nih adalah trip yang tak dirancang. trip tangkap muat sebenarnye, sebab nak membawa HATI yang lara bila mana terpaksa CANCEL trip ke TOKYO - OSAKA, JAPAN atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. burn TIKET!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2)
kadar matawang RP1,000.000 = RM285.00 jer! start dengan harga tiket la yer. disebabkan beli tiket dalam bulan NOVEMBER untuk trip bulan DISEMBER so, harga nya agak mahal la yer. cuma untuk makluman trip nih bermula di banda aceh dan berakhir di medan. harga tiket dari KUALA LUMPUR ke BANDA ACEH adalah RM229.00/pax dengan harga tiket dari MEDAN ke KUALA LUMPUR adalah RP356.000/pax jer!

Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh
tarikh 25 disember 2014 (khamis) jam 01.45 petang (waktu kuala lumpur). setelah penat menapak sambil nyanyi lagu SERIBU TAHUN by imran ajmain ke pintu 19 di KLIA2. tetibe! kami pun fly la ke banda aceh, INDONESIA. waktu nak landing tuh, nampak la sekitar banda aceh yang telah dilanda banjir. tapi, tak seteruk banjir di PANTAI TIMUR la kan. moga tabah hadapi dugaan okeh! lebih kurang jam 02.15 petang (waktu banda aceh - lewat 1 jam), kami selamat sampai di BANDARA INTERNASIONAL SULTAN ISKANDAR MUDA. alhamdulillah!

Kuburan Masalsiron, Banda Aceh

sekitar Kuburan Masalsiron, Banda Aceh

monumen Kuburan Masalsiron
perancangannya begini, sampai airport kami akan terus ke SABANG, PULAU WEH melalui PELABUHAN FERI ULEE LHEUE. stay kat pulau sehari. so, dari airport kami kena cari tranport untuk ke pelabuhan. ada la jumpa mamat supir sorang nih. nama HIJRAH (+6285277511414 atau +626282366261234 atau +6287890560777) yang boleh bagi perkhidmatan dengan kos RP140.000/3 pax sehala. untuk makluman, terdapat 2 jenis perkhidmatan feri. FERI CEPAT harga tiket RP90.000/pax ngan FERI LAMBAT harga tiket RP60.000 jer. feri lambat nih murah sikit tapi slow and feri cepat tuh laju tapi mahal sikit compare feri lambat. kami ambik last trip feri cepat yang akan bertolak jam 04.30 petang. tapi, sebelum sampai pelabuhan kami minta singgah di terminal bas untuk beli tiket ke medan dengan kos RP210.000/pax untuk trip dari banda aceh ke medan. sempat jugak la singgah di kawasan KUBURAN MASALSIRON. kuburan seramai lebih kurang 20,000 orang yang terkorban semasa TSUNAMI. kebetulan tahun nih genap 10 tahun banda aceh dirempuh tsunami (26 disember 2004 - 26 disember 2014). 
Pelabuhan Feri Ulee Lheue, Banda Aceh
feri di Pelabuhan Feri Ulee Lheue, Banda Aceh


Pelabuhan Feri Ulee Lheue
bila sampai pelabuhan, hijrah tolong tunjukkan kat mana kaunter nak beli tiket. lupa pulak nak ambil picture kaunter tuh. takpe la, korang pandai-pandai la nanti bila dah sampai sana. kan! beli tiket and terus masuk feri sebab dah jam 04.00 petang. besar jugak la feri nih. ada 4 ruang penumpang (2 ruang kat bawah and 1 ruang kat tengah feri untuk VIP and 1 ruang kat atas macam terbuka sikit). niat hati nak naik ruang atas sebab nak ambik picture tapi tak dibenarkan berikutan cuaca kurang enak and hujan renyai-renyai. perjalanan dari pelabuhan ke pulau mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. kalu naik feri lambat pulak ambik masa lebih kurang 2 jam. tepat 04.30 petang feri dah gerak. mula-mula okeh! sampai tengah laut sikit, ombak mula hempas feri tuh. kami duduk kat ruang bawah. KECUT PERUT! laut bergelora katanya! macam-macam ayat keluar. ada yang siap baca surah-surah AL-QURAN kuat-kuat. tak pernah-pernah mabuk laut terus PUCAT! pengalaman katanya! sangat!

Pelabuhan Bebas Sabang, SABANG
alhamdullah! sampai dengan selamat jam 05.20 petang di PELABUHAN BEBAS SABANG. rasa nak sujud syukur kat jeti tuh. rehat makan jap sambil DEAL nak sewa kereta atau motor. makan  dengan kos RP72.000/3 pax untuk BAKSO and ES JERUK. malang sungguh nasib bila supir-supir tuh bagitau yang kami datang tuh musim cuti. kereta sewa banyak takde. yang ada cuma sewa kereta ngan supir sekali. kereta untuk drive sendiri takde. propa SANGAT! and the LAST kami ambik jer mana-mana supir yang ada sebab semua bagi harga lebih kurang. niat nak naik motor dibatalkan sebab hujan still renyai-renyai. memikirkan jalan nak dituju and tempat nak stay tak cari lagi so, kami ambik khidmat supir nama ALAK (+6281361245001). sebenarnye dah lama survey untuk tempat stay tapi kebanyakan hotel tau guess house yang BEST and BERPATUTAN dah penuh. alasan yang sama adalah musim cuti. so, alak recommend hotel area pekan SABANG. HOTEL PULAU JAYA menjadi pilihan hati dengan harga RP120.000/3 pax untuk 1 malam. korang jangan nak expect percutian DIVA-DIVA dengan harga hotel macam tuh yer! gelak kuat-kuat! malas nak cerita keadaan hotel macam mana! hadap jer apa yang ada! yer idak!

pekan SABANG, PULAU WEH
harga kos dari pelabuhan ke hotel adalah RP60.000/3 pax setelah diskaun katanya. on the WAY cari hotel tadi sempat la gak deal ngan alak untuk esok. kami minta dia yang guide untuk ronda-ronda pulau. separuh hari jer sebab esok dalam jam 02.30 petang dah kena naik feri untuk ke banda aceh semula. dia nak ambik RP600.000/3 pax untuk separuh hari tuh. dah habis manis mulut dah minta kurang. tak dapat nye! nak ingatkan korang yer, kos sebenar sehari untuk supir kalu hari-hari biasa adalah sekitar RP500.000 - RP600.000 sehari. dalam RP300.000 - RP400.000 pulak kalau separuh hari. sila NOTED! malam tuh, jalan-jalan la area pekan SABANG tuh! boleh la kalu nak beli ape-ape untuk buat kenangan. kos makan malam RP107.000/3 pax and sempat beli JERUK aka LIMAU dengan harga RP23.000/3 pax sekilo. selesai hari pertama yang nampak macam takde ape-ape tapi penuh bermakna. sambung hari kedua pulak. TUNGGU!

Gedung Kesenian Kota Sabang, SABANG
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


No comments:

Post a Comment