Sunday, September 27, 2009

SETULUS HATI IBU

IBU,
aku betul-betul buntu sekarang. buntu memikirkan ibu. aku yang kerap kali menghitung hari. kerap kali menghitung kenyataan hidup. kerap kali menghitung siapakah aku. kerap kali mencari tempat untuk mengadu. kerap kali mencari tempat untuk bermanja. kerap kali mencari tempat untuk berkasih. dan kerap kali aku memikirkan pelbagai rintangan hidup aku hingga aku kerap kali terlupa tulusnya hati ibu yang sentiasa mahu anak-anaknya hidup bahagia. tetapi kerap kali juga aku berfikir, bahagiakah ibu???
ibu: kamu mahu mengaku atau kamu tinggalkan aku.
abah: ................ (diam bisu bicara).
CERITA AKU,
bukan niat aku memburukkan keluarga tetapi aku tiada tempat mengadu. inilah tempat untuk aku luahkan semuanya. yang terbuku. yang menyayu. yang menyadhu. bergenang mataku memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku. kadang-kadang mahu sahaja aku jadi seperti aku yang dulu. berdagang apa sahaja untuk aku rasa bahagia.
AKU,
bermula dengan aku yang masih berumur 4 bulan. bersama-sama ibu, kakak dan abangku ditinggalkan dikampung. dibesarkan tanpa kasih dan sayang abah yang sentiasa tiada disisi tetapi ibu sentiasa redha kerna ibu tahu abah mahu mencari rezeki untuk kami sekeluarga. mungkin aku yang masih kecil ketika itu tidak mengerti apa-apa tetapi aku juga manusia yang perlukan kasih dan perlukan sayang itu. sayang seorang abah disisi. kasih seorang abah disisi. setahun berlalu dan lahir adik perempuanku. cemburu sentiasa menyelubungi diri. dia ditatang bagai minyak yang penuh. sejak kecil aku sentiasa rasa disisihkan. ibu dan kakak tempat aku mengadu. dua tahun berlalu. adik kembarku lahir. merekalah intan dan merekalah payung. aku sentiasa dibiarkan begitu. sekali-sekala, abah akan pulang ke kampung tetapi aku sering tidak diendahkan kerna abah sibuk melayan adik-adikku. sunyi tetapi aku masih tidak mengerti. sehingga kadang-kadang aku tertanya-tanya siapa aku disisi abah.
bukan kisah hidup aku yang ingin aku kongsikan kerna itu telah lama terlalu. walaupun kadang-kadang kisah itu sentiasa mengekori kehidupan aku kini dan kenapa aku jadi 'begini'. aku yang sentiasa dahagakan kasih dan sayang seorang lelaki yang bergelar abah sehingga aku sendiri hanyut mencari kasih, mencari sayang seorang lelaki itu.
aku melihat sendiri bagaimana ibu membesarkan kami berenam. seorang diri berjaga. seorang diri menangis. seorang diri kecewa. seorang diri merana. tetapi ibu tetap redha membesarkan kami. abah pula tetap membantu tetapi agak-agaknya adakah dia benar-benar tahu pengorbanan ibu itu. kalau dia benar-benar tahu. dia tidak akan berbuat begitu. mendua itu telah pasti dan mungkin mentiga masih dalam persoalan.
ibu: aku boleh hidup tanpa kamu, tetapi aku tidak mungkin dapat hidup tanpa anak-anak aku.
abah: .................. (diam bisu bicara).
sampai bila agaknya abah mahu membisu. tanpa mangaku. tanpa berdalih. tanpa menyanggah. yang kami sekeluarga masih menunggu sedangkan bukti terpampang didepan mata. menyimpan rahsia hingga beranak tiga. aku harap ibu akan sentiasa kuat mengharungi hidup hingga akhir hayatnya. seperti yang sering aku katakan. semua insan berhak bahagia. begitu juga ibu.

1 comment:

  1. shbtku lan...bsabar la...ada hikmah disebaliknya...skrg dirimu telah membuka pintu hatinya atas kejayaan dirimu...suatu hari nanti dirimu pasti menemui hikmah disebaliknya !!!

    ReplyDelete