Tuesday, July 7, 2009

LA TAHZAN

SEMALAM,
hari yang tinggal sejarah. satu perkara yang sudah berlalu dan aku harus melupakannya kerna mustahil untuk aku memperbaikinya. satu perkara yang bodoh jika aku asik dibelenggu dengan kisah silamku hingga menganggu emosi aku sendiri. gilalah aku jika asik mengharapkan kisah semalam menjadi lebih baik dan melindungi aku untuk masa depanku. sudah tiba untuk aku lupakan masa laluku untuk aku melangkah ke masa depanku. sudah tiba untuk aku tidak menoleh ke belakang lagi mengenang siapa dibelakangku. aku akan hanya menyayangi dan menghargai kamu-kamu yang sudi menyayangi dan menghargai aku.
HARI INI,
hari yang pasti dan aku perlu laluinya dengan hati yang sentiasa terbuka. duka atau gembira, apa sahaja yang aku lalui hari ini, aku perlu laluinya. perlu dan perlu laluinya untuk kejayaanku di masa akan datang. jangan biarkan semalam menghantui hati kamu untuk kamu berasa gembira pada hari ini.
ESOK,
hari yang tidak pasti dan masih belum turun ke bumi. jangan terlalu mengharapkan kebahgiaan di hari esok kerna mungkin kedukaan yang menanti kamu dan jangan terlalu kecewa memikirkan kedukaan di hari esok kerna mungkin kebahgiaan menanti kamu.

No comments:

Post a Comment