Monday, April 27, 2015

DAY 3: BANGKOK, THAILAND (FESTIVAL SONGKRAN )

tarikh 14 april 2015 (isnin) lebih kurang jam 10.30 pagi dah on the way pulang ke KUALA LUMPUR. tentatif untuk hari ke-3 and ke-4 disiapkan di atas flight. jom layan na! have fun! happy songkran!
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Happy New Year 2015

tarikh 13 april 2015 (isnin) jam 08.38 pagi dah keluar dari hotel. hari yang dinanti-nanti iaitu kemeriahan PESTA AIR yang diwar-warkan. we SEE! dengan berbekalkan seorang selaras senapang, berjalan tanpa arah. agak kekok juga bila semua orang pandang kot. ajer giler kome bila bawak senapang air tengah-tengah bandar BANGKOK tapi layankan ajer. dikhabarkan yang silom road adalah kawasan tumpuan orang ramai untuk pesta air nih tapi bila kami sampai jer. LENGGANG! agak kecewa!
 
City Complex Pratunam vs The Platinum Fashion Mall
The Platinum Fashion Mall, Bangkok

dari silom road kami naik teksi untuk ke CITY COMPLEX PRATUNAM and THE PLATINUM FASHION MALL dalam 15 minit perjalanan dengan tambang 117 baht/3 pax. city complex pratunam nih lebih kurang macam GM di malaysia tapi waktu kami sampai kedai baru nak beroperasi. waktu beroperasi bermula jam 10.00 pagi. sama la dengan waktu pengoperasian the platinum fashion mall. memang macam-macam brand pakaian terjual kat sini dengan harga yang berpatutan. agak kecewa sebab kami datang bukan untuk shopping tapi untuk berperang. waktu kami sampai kat sana baru jam 09.05 pagi. untuk perhatian korang, kedudukan city complex pratunam bertentangan dengan the platinum fashion mall and dihubungkan dengan jejantas. so, mudah la untuk korang seberang jalan. gunakan JEJANTAS! pusing-pusing kat city complex pratunam kejap and terus ke the platinum fashion mall. keadaan yang sama jer sebab kedai-kedai baru nak beroperasi.

The Platinum Fashion Mall, Bangkok
The Platinum Fashion Mall *coupon counter

peristiwa pahit di the platinum fashion: kisah tragis bila tertinggal kamera kat dalam tandas. rasa nak pengsan bila patah balik ke tandas tapi kamera tuh dah takde. kamera yang sangat berjasa kalau melibatkan trip dalam air macam snorkelling atau diving. tambah pulak bila casing camera tuh adalah limited! terus hilang semangat nak fun! tapi akhirnya, dengan bantuan sales boy, cleaner and guard mall terus ker information kaunter. cleaner tolong simpankan and serahkan pada management mall. kena soal siasat sikit. isi borang and lengkap dengan sesi bergambar. rasa macam menang cabutan bertuah la pulak. tapi, tak kisah lah dengan syarat kamera dapat balik. setel semua terus cari bangku untuk rehat. TERSANDAR masing-masing! END!

The Platinum Fashion Mall, Bangkok
iklan la pulak! jom sambung cerita! selinggan! pusing-pusing and sekali lagi kebetulan terserempak dengan member semalam. DEAL untuk menubuhkan angkatan tentera yang lebih besar. jam 10.20 pagi dah mula nampak ramai orang yang bawak pistol/ senapang air di dalam mall. sebelum keluar dari mall, kami ke FOOD COURT untuk menyantap. alhmdulillah ada makanan halal. pekena nasi ayam dengan pulut mangga dengan kos 200 baht/3 pax jer. selesai makan and teruskan perjalanan untuk menjayakan misi. keluar beramai-ramai dari the platinum fashion mall and TEMBAK! perancangannya akan berjalan kaki atau train ker silom road. jalan kaki dari the platinum fashion mall ke TO BANG WA STATION. and naik train dari to bang wa station akan ke SALA DAENG STATION (silom road) dengan tambang 22 baht/1 pax jer. sepanjang perjalanan ke to bang wa station dah mula tembak menembak. ambik masa dalam 30 minit berjalan kaki. kat tepi-tepi jalan ramai la peniaga jual air untuk di REFILL dalam pistol/ senapang. harga untuk refill air antara 5 baht hingga 20 bath. pandai-pandai la korang bajet na! make sure sebelum naik train abiskan air dalam pistol/ senapang dulu. kalau tak, diaorang takkan bagi korang naik train. membazir jer nanti sebab kena buang air tuh kan tapi ada antara kami yang menyelinap masuk jugak. beli kot air tuh. RUGI!

on the way To Bang Wa Station, Bangkok
To Bang Wa Station, Bangkok

jam 12.00 tengah hari tiba di silom road. SPEECHLESS! lautan manusia. ramai giler kot. macam-macam orang ada samada dari dalam atau luar negara. and ofcos yang paling ramai adalah orang-orang ASIA yang datang untuk memeriahkan suasana. kami tak kenal satu sama tapi untuk 3 hari nih korang tembak atau simbah jer air kat sapa-sapa. takde sapa yang nak marah. tapi, berpada-pada yer! layan picture dulu!
Silom Road, Bangkok
Silom Road, Bangkok
Silom Road, Bangkok

sehingga jam 03.30 petang di silom road. serius penat giler. sempat lagi beli kebab kat gerai mak cik DANOK dengan harga 100 baht/3 pax untuk alas perut. kami surrender and tinggalkan KOMANDOR mempertahankan kubu. balik hotel and sepanjang menapak ke hotel tuh sempat perang lagi. layan picture jer la ek. rest! fine! selipar putus! singgah 7eleven beli selipar ngan nescafe dengan harga 101 baht/ 3 pax lagi.
Silom Road, Bangkok
Silom Road, Bangkok
Silom Road, Bangkok
Silom Road, Bangkok
Silom Road, Bangkok

jam 08.00 malam bersedia untuk berperang lagi. konon nak tengok suasana malam pulak. agak malang bila 2 daripada 3 laras senapang kami rosak. so, malam nih kita gunakan 1 laras senapang jer. on the way ke silom road, singgah dinner di TAMIL NADU RESTAURANT lagi. meyantap gulai ikan masak kari, telur dadar and chicken 65 (ayam goring rempah). sedap weh! kos dinner malam nih 320 baht/ 3 pax and kami rasa sangat berbaloi. lepas dinner terus gerak ke silom road. sekali lagi lautan manusia menunggu. rasanya, better takyah cerita apa yang ada waktu tuh. kalu korang nak rasa meh la datang tahun depan. jumpa nanti na! ok! next year pulak! deng! 

Silom Road, Bangkok
Silom Road, Bangkok

lebih kurang jam 10.00 malam gerak balik ke hotel. macam-macam perangai orang kami jumpa hari nih. have fun and mungkin melangkaui batas sebagai seorang MUSLIM and tuh memang kami akui. TAPI! dah besar panjang kan and korang pun tahu pikir baik tau buruk sesuatu perkara. berani buat so, korang kena berani tanggung. blog nih ditulis atas pengalaman kami and bukan bagi galakkan korang untuk pergi. jangan terpengaruh and yang baik AMBIK manakala yang buruk tuh BUANG. kan! penat! rehat! tido! 

Silom Road, Bangkok *night

:
:
:
:

SHOT! DENG! GONE!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

No comments:

Post a Comment