Tuesday, March 15, 2011

SEBAB

BANTAL BUSUK,
lama rasanya jari-jari ini tidak berdetak-detuk menekan 'keyboard' sambil otak ligat memikirkan susunan-susunan ayat yang enak untuk dijamah hati dan perasan di dada. bila kita bertanya tentang sayang, semua mahukan seseorang untuk disayangi dan tidak lupa juga memerlukan seseorang untuk menyayangi kita.
semacam yang selalu aku dagangkan, kita ada hak untuk mencintai sesiapa sahaja tetapi kita tiada hak untuk memaksa seseorang untuk mencintai kita. jadi, sentiasa hargai sesiapa sahaja yang tidak jemu-jemu jatuh cinta pada kamu. kasih sayang itu memang tidak pernah diduga. kadang-kadang dia pergi tapi kadang-kadang dia datang tanpa meminta. seperti KAMU yang tiba-tiba mahukan aku. dengan senyuman, aku mengangguk tanda setuju dengan harapan kamu sentisa tulus bersama aku.
SEPERTI AKU,
bila ditanya tentang, mengapa aku sayangkan kamu. aku lebih suka membisu daripada memberi jawapan yang dijadikan penyedap suntingan bunga ditelinga. jawapan yang dijadikan penyedap kuluman manisan dimulut. sedangkan kosong isi pati hirisan dihati. hanya penyedap mata memandang. hanya menyedap hidung menghirup.
walaupun sebenarnya, tidak perlu mempunyai SEBAB untuk menyayangi seseorang. cukup sekadar dia tahu yang kita menyayangi dia SEBAB kita memang menyayangi dia. tenung matanya dalam-dalam dan lafazkan. saya sayang kamu.

2 comments: