Thursday, March 17, 2011

MY BESTFREN CONVOCATION

TAHNIAH
sekalung tahniah buat mohd zulhida bin badarudin. akhirnya, anda adalah seorang cikgu. cikgu hensem kata anak-anak muridnya. hadiah buat majlis konvo kamu tidak sepapan pisang yang dibawa belayar. atau seekor nangka sebesar kelapa. hanya kehadiran aku (bersama teddy bear kecil) untuk menyerikan majlis konvo kamu. bila tengok senyuman ibu dan ayah kamu. aku juga turut gembira. senyuman puas dari kedua-dua orang tua kamu kerana melahirkan seorang anak yang berguna. timbul perasaan cemburu. tidak sabar rasanya tiba saat-saat aku pula beratur panjang untuk menerima segulung ijazah sambil diperhatikan kedua ibu bapa aku. dengan harapan, kamu dan teman-teman istimewa turut juga ada dibawah sana sambil memerhatikan kejayaan aku.
PENGALAMAN
mungkin, bila ada yang membaca blog ini. ada yang terdetik, mudahnya untuk berjaya tapi disebalik itu. hanya TUHAN, hati dan perasaan saja yang tahu. betapa sukarnya untuk menjadi seorang yang berjaya. perasaan cekal untuk hadapi apa sahaja yang datang mesti kuat dan tidak boleh hilang. jika perasaan cekal, usaha, doa dan tawakal itu HILANG. aku nescaya, kamu tidak akan berjaya. sekali lagi, tahniah buat mohd zulhida bin badarudin.

2 comments:

  1. Tenkiu sahabat...Entry khas ni...patot dihargai..apa pun..betul kata kamu..bukan senang untuk kita jalani hari2 untuk mendapatkan apa yang diingini.Banyak cabaran!

    ReplyDelete