Tuesday, June 30, 2009

WHO SOMEBODY?

SOMEBODY,
syukur pada TUHAN, akhirnya aku sudah ketemu somebody yang aku cari-cari selama ini. somebody yang dapat menerima aku seadanya. dan somebody yang dapat melayan kerenah aku tanpa rasa jemunya. somebody yang ikhlas dan sanggup bersama-sama aku dikala susah dan senangku. somebody yang melangkah bersamaku untuk menuju kejayaan hidup. somebody yang dapat menegur kelopongan solatku. somebody yang membimbing tangan aku untuk keluar dari dunia gelap ini. somebody yang menyayangi aku. somebody yang dapat bersama-sama aku berkongsi sedih dan ketawa. somebody yang sudi mengambil berat atas diriku yang hina ini dan somebody yang sanggup mengutip aku dari sampah sarap kerakusan dan kejalangan dunia. terima kasih somebody.
SOMEBODY,
kalau dulu tanpa aku sedari somebody yang aku cari-cari sebenarnya ada di depan mata. jauh aku mencari somebody untuk menjadi peneman hidupku tetapi tidak jua aku kejumpa. tanpa aku sedar, sedang aku sibuk memilih-milih peneman hidupku yang ku gelarkan somebody. rupa-rupanya kamu sering mengekori aku dari belakang dan sering kali melihat telatahku dari jauh. terima kasih somebody.
SOMEBODY,
bantulah aku keluar dari kerunsingan ini tetapi jangan kamu sentap aku begitu dan begini. hidupku dulu telah menjadi darah dagingku dan aku terpaksa mengikis daging-dagingku untuk menjadi insan yang baru. jika kamu sentap-sentap begitu, hancur luluhlah daging-daging jasadku dan mungkin aku akan menjadi insan yang tidak berupa manusia lagi. mungkin akan lebih teruk dari ini. aku sentiasa mendengar nasihat kamu tetapi perlahan-lahanlah dan jangan sesekali kau suruh aku lakukan itu dan ini. jika kamu tahu, betapa susahnya untuk aku membuat keputusan yang aku sendiri tidak pasti kebenaranya walaupun aku tahu keputusan itu adalah keputusan yang benar.
SOMEBODY,
aku hanya ingin hidup bahagia dan gembira. bahagia dan gembira dengan kamu-kamu yang menyayangi aku dan dapat menerima aku. bahagia dan gembira dengan kamu-kamu yang mengasihi aku dan dapat membimbing aku. bukan belas kasihan yang ku pinta tetapi perhatian. perhatian dari kamu-kamu. nasihat dari kamu-kamu. jalan yang benar dari kamu-kamu. dan keikhlasan dari kamu-kamu. kamu-kamu yang dapat berjalan seiring aku.
SOMEBODY,
somebody yang aku maksudkan adalah kamu-kamu. kamu-kamu itu. kamu-kamu yang sudi membaca luahan hatiku dan cuba memahami apa mahu hatiku. bukan kamu-kamu yang ketawa bila membaca luahan hatiku. bukan juga kamu-kamu yang hanya bersimpati dengan luahan hatiku. tetapi kamu-kamu yang sering cuba memahami aku. terima kasih sh*m**r. terima kasih sis y**a. terima kasih fa*z*l. terima kasih d**. terima kasih sis i*t*n. terima kasih bro k**s**d. terima kasih abg **er. kamu-kamulah somebody aku. somebody yang selama ini aku cari. aku harap kamu mampu mengubah aku. terima kasih tuhan kerna temukan aku dengan kamu-kamu.

1 comment:

  1. kepada Lan, kamu seharusnya berusaha dengan sungguh2 dan ingatlah bahawa tiada unsur paksaan dalam setiap tindakan & sorotan yg diberikan. sesungguhnya ia sebuah NEKAD yg telah kamu tentukan, pastikan ia dihabiskan dengan sempurna kerana ia harus disempurnakan & bukanlah separuh jalan kerana ia bakal mensia-siakan apa yg seharusnya kamu miliki.

    ReplyDelete