Sunday, February 16, 2014

DAY 1: GOLD COAST > QUEENSLAND, AUSTRALIA

fuhh! lama sungguh aku tak tulis blog yer. accually, kisah pergi ausie ni dah lama kot. tapi, aku try tulis biar nampak macam baru balik semalam. krik! krik! krik! dipendekkan cerita, kat sana memang BEST. bila tengok cara diaorang uruskan public transport, persekitaran yang bersih, cara memandu dan lain-lain memang okeh sangat. insyallah, kalu pegi sana korang tak kan sesat kalu TAK malu bertanya. itu pasti! kalu pergi tempat orang ni, jangan nak BLUR sangat. relax sudeh!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kadar matawang AUD1 = RM3.23 kita mula dengan harga tiket la yer! ceritanya, mula-mula aku and da geng rancang nak pergi PERTH tapi hasil daripada jadi pak tunggul depan PC dari jam 12.00 malam sampai jam 4.00 pagi, sebab nak tiket murah punya pasal. AIRASIA punye promo kan! last-last DAPAT tiket pergi GOLD COAST sebab harga tiket lebih kurang aje. baik pergi yang jauh sikit kan. it better! harga tiket RM797.00 (all include). patutnya, nak pergi berlima jadi bertiga. patutnya, pergi bertiga jadi berdua. tak kisah lah korang pergi berapa orang pun, yang penting pandai jaga diri kat tempat orang. jangan nak cuak sangat sebab kalu korang percaya TUHAN tuh pemilik dunia ni and ajal maut tuh kat tangan DIA, insyallah selamat jer. baca la pengalaman penulis-penulis blog tuh. cari info banyak-banyak u’oll.

akhirnya hari yang ditunggu-tunggu, 05 mei 2013 (Ahad) coming! jam 6.00 pagi dah siap-siap. omg, fobia tertinggal flight aku memang takkan pernah hilang so, pergi awal kat airport memang perkara biasa. sampai jer LCCT SEPANG, macam biasa sental BUBUR SEAFOOD MARRY BROWN. terbaik! jangan lupa check in flight awal-awal yer. dari LCCT SEPANG lagi, bila pergi negara-negara omputih macam nih memang banyak prosedur sikit. dapatkan VISA dulu, guna online sudeh. ni link nye http://www.migrationexpert.com.au/australian_visa/ sebelum naik flight pun, ada beberapa kaunter kena lepas. backpacker yang OVER macam kami nih memang susah nak ambik baggage kalu beli tiket flight. alasan aku senang, taknak beg DEUTER aku yang beli kat HO CHI MINH VIETNAM nih rosak. lalalalala. setiap orang lain caranya. akibatnya, 4 tin TUNA kena kebas dengan imigresen. kejam!

Coolangatta Airport, Gold Coast
jam 10.20 pagi, we r fly! tido, bangun, makan, tido, bangun, tido, bangun, makan, makan. ambik masa 7 jam lebih perjalanan and kami sampai di COOLANGATTA AIRPORT, GOLD COAST lebih kurang jam 8.20 malam (waktu tempatan). perbezaan masa adalah 3 jam kehadapan. fuhhh, sejuk u’oll! over tak! over tak! aku nih kira ok la, kakak aku lagi over kot. jangan marah yer sis. hahahahaha. hasil survey kat blog-blog orang lain, aku dimaklumkan imigresen kat ausie nih straight sikit. siap ada anjing-anjing comel katanya, yang akan hidu beg-beg korang. makesure kalu korang bawak barang makan, declay la betul-betul yer. kami plak malas nak banyak cerita. so, memang kami tak bawak apa-apa pun. bawak tuna tapi dah sedekah kat IMIGRESEN MALAYSIA tadi. tapi, alhamdullah kami takde kena check beg bagai. sambil senyum, dia suruh jalan. eh, eh, eh, mana anjingnya. siap cari ni tapi takde pun. mungkin dah tido kot!

keluar jer pintu imigresen tuh, first thing yang kami cari mana nak beli GOCARD. gocard tuh kegunaannya lebih kurang macam touch’n’go. aku tahu pasal benda ni pun waktu baca blog http://kakiberangan.blogspot.com/ and kalu korang nak tahu pasal gocard boleh la baca kat sini https://gocard.translink.com.au untuk lebih detail. korang boleh beli di GOLD COAST TOURIST SHUTTLE. kat sini gak korang boleh ambik map, katalog, promo, kupon dan sebagainya untuk guide korang nanti. deposit gocard AUD5.00 and korang boleh topup berapa korang suka ikut keperluan. jangan risau kalu rasa topup sikit sebab kalu amaun dalam kad tuh dah nak abis, korang boleh topup kat driver bas nanti. bagitau jer nak tambah nilai. kalu ada lebih nanti boleh REFUND.

Gold Coast Tourist Shuttle
guide and gocard




dah dapat gocard jom kita cari bas untuk ke hotel di SURFERS PARADISE. bus stop dia memang kat luar bangunan airport. insyallah kalu korang keluar jer pintu airport akan nampak tempat tunggu bas tuh. sebelum tuh tengok la jadual bas kat situ. make sure no bus yang betul! kami stay kat surffer paradise so, no bas yang akan ke sana antaranya no.702 bila bas sampai, touch jer gocard korang kat tempat yang patut ditouch. jangan nak blur sangat. ligatkan mata tuh sikit! kalu nak kepastian, korang tanye jer driver bas untuk pastikan bas tuh akan lalu suffer paradise atau tidak. kalu nak senang lagi, bagitau kat driver bas tuh korang nak berhenti kat sana and UNCLE tolong bagitau yer kalu dah sampai. selalunye dia akan jerit bila dah sampai. SUFFER PARADISE! tambang bas ke sana AUD4.85/pax.

dari bus stop nak ke hotel lebih kurang 15 minit jalan kaki (tambah sesat barat sikit). sempat lagi singgah 7eleven (versi ausie) untuk beli makanan yang boleh dimakan. hehehehe. telur 10 biji AUD4.75, oreo and mineral AUD8.35. setelah mengambil kira semua kelebihan and kekurangan tempat nak stay, akhirnya CHATEAU BEACHSIDE RESORT menjadi pilihan hati. RM580.26 untuk 3 hari 2 malam. agak mahal sebenarnye tapi sekali sekala kata akak aku nih. aku redah jer la. sangat berbaloi dengan harga. hotel nih sangat dekat dengan laut. turun hotel jer, pandang kiri terus nampak laut. view bilik hotel pulak ada 2 view. menghadap laut and ada bilik yang menghadap building. boleh tengok view bilik kat picture bawah tuh yer sebab bilik yang kami stay menghadap building. dalam bilik nih jugak ada microwave. so, untuk langkah perjimatan boleh la main masak-masak.

view dari bilik yang menghadap BUILDING
Chateau Beachside Resort
Chateau Beachside Resort
jam 12.00 malam keluar kejap pergi memantau kawasan. yang penting nak cari kat mana HARD ROCK CAFÉ SURFERS PARADISE. ALHAMDULILAH, seperti yang telah disurvey! Memang dekat sangat dengan hotel. nanti nak pergi senang! sepanjang kami jalan-jalan tuh jumpa la MCD, masuk dalam mcd kejap untuk ambik garam and pepper jer. misi masak memasak akan bermula. banyak juga kedai MAMAT ARAB kat sani. kita makan pizza and kebab jer la yer. harga AUD10.40 bagi pizza and kebab. dah penat pusing-pusing, mata pun dah kuyu. sejuk plak tuh. balik hotel and tido! sebelum tido sempat lagi mencekik! layan picture lagi. cuci mata sudeh.
 
Baba's Pizza & Kebabs
pizza
telur mata kerbau
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TO BE CONTINUE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Saturday, May 19, 2012

PULAU KAPAS, TERENGGANU

(WELCOME)
*
*
28 APRIL 2012 (HARI PERTAMA)
bertolak jam 8:00 (27 APRIL 2012) daripada PUTRAJAYA dan perjalanan mengambil masa 6 jam tetapi sengaja dipanjangkan ke 10 jam dengan ‘bersantai-santai’ iaitu mengambil masa yang lama bagi setiap hentian di RNR atau stesen minyak. alasannya mudah kerana tidak mahu tiba terlalu awal di JETI MARANG, TERENGGANU. 
kami tiba di jeti lebih kurang jam 6:00 pagi. beristirehat dan menunaikan solat subuh di masjid berdekatan sehingga hampir 1 jam 30 minit. jam 7:30 pagi bersarapan pagi disalah sebuah gerai makan di tepi pantai. agak kagum melihat seawal pagi sebegitu tetapi 2 orang kanak-kanak ligat berlari-lari sambil bermandi-mandi di gigi laut dengan berpandangankan PULAU KAPAS jauh ke tengah laut. setelah selesai menjamu selera roti canai dan kuih muih, kami ke jeti semula untuk mencari parking. 
telahpun awal-awal lagi dimaklumkan oleh ‘travel agent’, esok akan diadakan INTERNATIONAL SWIMATHON 2012 yang disertai oleh perserta-peserta seluruh dunia. jadi, tidak hairanlah ramai yang berpusu-pusu dan berkampung di jeti bagi menunggu feri atau bot untuk menyeberangi ke sebelah pulau. agak meriah walaupun kepadatan manusia sangat merimaskan. jam 10:00 pagi feri tiba di jeti (sepatutnya jam 9:30 pagi, ‘lari’ dari jadual asal berikutan pemeriksaan bot-bot pengangkutan dari pihak MARITIM).
perjalanan dari JETI MARANG ke JETI PULAU KAPAS mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit. sungguh mengujakan bila melihat chalet yang akan kami inap betul-betul berada di tepi pantai. PAK YA SEA VIEW yang dimaksudkan dan  bersesuaian dengan namanya. PAK YA menghidangkan keropok leko untuk santapan pertama kami di pulau. check in hampir pada jam 12:30 tengah hari dan istirehat sebelum makan tengah hari pada jam 1:30 petang. hidangan makan tengah hari disediakan oleh PAK YA sendiri (boleh la, bapak-bapak yang masak). ikan bawal goreng. sayur campur. ikan tongkol masak piandang.sambal belacan nanas. tembikai dan air berperisa oren.
jam 2:00 petang, aktiviti pertama di pulau adalah ‘snorkelling’. dihantar dengan mengunakan sampan berenjin yang memuatkan hanya dalam 3 hingga 4 orang. so, kena buat 2 trip. tidak sehebat PULAU PERHENTIAN, PHI PHI ISLAND, PULAU SAPI, PULAU MANUKAN atau PULAU MAMUTIK tetapi untuk menjamu mata rasanya masih ‘better’ daripada bersnokelling di TELUK BATIK, PORT DICKSON atau PULAU PANGKOR. pendapat peribadi untuk kami yang baru 1 hari ‘stay’ di pulau, PULAU KAPAS mempunyai permandangan yang sangat cantik dan sesuai untuk percutian keluarga dengan pantai yang sangat bersih dan pasir yang sangat ‘lembut’ sampaikan rasa nak jalan kaki je untuk menjelajah pulau ni. kawasan untuk snorkelling ‘still’ di persisiran pantai (1km hingga 2km dari kawasan penginapan kami). jam 4:30 petang, daripada kawasan snorkelling tadi kami berjalan kaki terus ke chalet. dari pesisir pantai terus ke dakian anak-anak tangga. terus merentas batu-batu pantai dan terus dan terus dan terus. sampai di chalet. rehat. dinner. tido. nite.

29 APRIL 2012 (HARI KEDUA)
jam 3:00 pagi bermulanya hari. dengan harapan ada sesuatu aktiviti yang tidak boleh dilupakan pada hari ini. kejutkan sesiapa yang hendak ’join’ sekali. duduk di kerusi santai dibawah cahaya bulan dan cahaya lampu yang agak terang sambil memerhatikan laut dan mahmud (bukan nama sebenar) mengecat sampan. kita gambarkan sedikit suasana ketika itu. bunyi cengkerik dan riang-riang menyanyi di belakang hutan. deruan ombak menghempas pantai. angin yang tidak begitu sepoi-sepoi bahasa sebab dah macam berpantun (sejuk kot). agak unik time subuh macam nih sebab korang akan tengok banyak ketam merayap-rayap sekitar pantai. yang nampak dengan mata kasar hampir belasan ekor yang kebanyakkannya sebesar penumbuk kanak-kanak. ada yang merayap. bermesra-mesra. ada yang sibuk mengorek lubang. ada jugak menyembunyikan diri dibawah timbunan pasir. ngantuk. masuk chalet. tido.
bergegas bangun jam 6:30 pagi. ada sesuatu yang menarik pagi ni. INTERNATIONAL SWIMATHON 2012. peserta daripada pelbagai negara turut serta. semua peserta berkumpul digarisan permulaan. tujuannya mudah, berenang merentas lautan sejauh 6.5KM daripada KAPAS ke MARANG. agak kagum melihat 2 peserta OKU. seorang tidak mempunya sebelah tangan manakala seorang lagi tidak mempunyai kedua-dua belah tangan. dengan melihat daripada mata kasar agak mustahil kedua-dua mereka mampu untuk menamatkan pertandingan tetapi dengan azam yang kuat tidak mustahil kan. setelah semua peserta hampir hilang ke tengah lautan, kami pun ke chalet semula untuk mulakan aktiviti hari ni. snorkelling. target hari ni agak mudah. nak snorkelling keliling pulau. 
damai dan indahnya alam lautan. itulah yang dapat kami gambarkan. hanya gambar-gambar yang diambil dari dasar laut inilah sebagai bukti untuk korang tahu kenapa aku sukakan laut. tanpa disedari dari  jam 8.00 pagi hingga matahari terpacak dikepala. kami sampai dihujung pulau. siapa yang pernah sampai sini memang best. kawasan batuan yang molek dengan nyanyian burung camar. cuba panjat bukit berdekatan dan korang akan nampak view yang sangat indah. niat untuk keliling pulau dibatalkan sebab agak bahaya dibahagian sebelah pulau. SHARK POINT. tidak merbahaya tapi untuk keselamatan dan tiada orang berpengalaman untuk guide kami. so,cancel jer la. memang puas hati dan sangat puas hati. berjalan balik ke chalet dan sampai chalet dalam 2.30 petang. terus makan sebab lapar. rehat. petang pulak, kami makan keropok leko PAK YA yang sedap. hujan dan ribut tapi tetap enjoy sebab tengok ombak ganas menghempas pantai dengan hujan lebat. malam ada BBQ. tido.

30 APRIL 2012 (HARI KETIGA)
aktiviti yang sama. snorkelling. kalau korang suka, memang takkan puas. cubalah. dalam pukul 12.00 tengah hari, siap-siap packing. 1.30 petang bot datang dan terus ke JETI MARANG. sempat singgah di PASAR PAYANG, KUALA TERENGGANU untuk beli apa-apa yang patut. tak lupa makan seafood goreng tepung dekat dengan area lapangan terbang. terbaik. selesai.
*
*
(BYE)

Sunday, October 9, 2011

KISAH PENGEMBARA, PIPIT & KATAK (part 1)

pada zaman dahulu, disebuah kerajaan yang aman & damai diberi nama kerajaan ANTATUYA oleh raja dan permaisurinya. rakyatnya hidup saling bantu membantu & sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. hendak dijadikan sebuah cerita, nun dikaki bukit dihujung kerajaan itu tinggallah sebuah keluarga yang agak daif dan miskin hidupnya. ibubapanya sering berkorban untuk anak-anaknya dengan harapan mereka akan sentiasa hidup gembira. sedang semua meningkat dewasa, si adik mula memikirkan hal keluarga mereka. perubahan perlu dibuat untuk mereka hidup lebih selesa. aku mahu menjadi seorang PENGEMBARA katanya.
pada suatu hari dan masanya telah tiba, sedang si adik bersiap-siap hendak mengembara tanpa disangka-sangka nenek kebayan datang menjerma. walaupun puas bertarung dengan kurdrat yang ada si ayah disumpah menjadi si ular sawa manakala si abang menjadi si kakak tua. bagai jatuh ditimpa tangga, sudahlah papa kedana, malang keluarga tetap tidak dapat dibela. walaubagaimanapun, nekad si adik tetap juga sama. mahu mengembara serata dunia agar dapat menjadi orang yang berguna.
membawa si kakak tua sebagai teman bicara. kadang-kadang dipatuk. kadang-kadang dihantuk. tetapi sayangnya tetap berbunga kerna itu kan sebahagian dari keluarga walaupun siapapun dia. semak samun diredah, bukit bukau didaki, sungai laut direnangi inikan gunung ganang juga digagahi. akhirnya, si kakak tua mahu membawa diri. katanya, pengembaraan ini mungkin suatu yang tidak ada erti dan hala tujunya. ditinggalnya pengembara seorang diri. kecewa pengembara dibuat begitu tetapi apa kan daya itulah lumrah dunia. mahu tidak mahu hidup perlu diteruskan katanya lagi.
peristiwa sedih dibuangnya jauh dan pengembara terus mengembara. sedang pengembara berlari-lari anak sambil menyanyi-nyanyi tiba-tiba, pengembara disapa. didengarnya suara siapa. hendak dijawab sapaan, tidak kelihatan pemilik laungan. diperhatinya dicelahan dahan melihat si merbuk tersepit didahan buruk.
si merbuk : "hai, orang muda. tolong keluarkan aku dari celahan dahan ini orang muda".
pengembara : "kesian kamu si merbuk. biar aku bantu kamu keluar dari situ".
lalu diangkatnya dahan yang menimpa si merbuk. murni sungguh hati pengembara. setelah sedia membantu pengembara teruskan langkahnya tetapi dipanggil lagi si merbuk.
si merbuk : "orang muda, kaki aku cedera wahai orang muda. bantulah aku sekali lagi".
tanpa berfikir panjang, pengembara mengangkat si merbuk lalu dimasukkan burung yang malang itu didalam karungnya. pengembara berjanji akan menjaga si merbuk hingga sembuh. diubatnya, disuapnya, ditidurnya dan diusapnya, sehinggalah si merbuk kembali sembuh dan mampu terbang kelangit yang biru semula. bahagianya pengembara mendapat teman mengembara bersama. tetapi langit yang cerah tidak selalunya indah. pengembara dan si merbuk tiba disebuah kerajaan yang sangat kaya raya rakyatnya. saudagar-saudagar berbaju berbenangkan emas. mahkota kepala bertakhta berlian. sedang pengembara dan si merbuk terpegun melihat kemewahan dunia, mereka disapa salah seorang saudagar kaya.
saudagar : "hai orang miskin. apa kamu buat di sini. ini bukan tempat orang-orang seperti kamu".
pengembara : "maafkan aku saudagar kaya. aku cuma tumpang lalu disini. maafkn aku"
saudagar : " pergi segera dari sini. aku tidak suka memandang kamu tetapi sebelum kamu pergi, aku mahu bertanyakan sesuatu"
pengembara : "tanyalah wahai saudagar kaya. aku sudi menjawabnya".
saudagar : "dimana kamu dapatkan si merbuk yang cantik itu sedangkan kamu busuk dan miskin. manakan si merbuk yang cantik begitu mahu bersama kamu jika kamu tidak memaksa dia untuk bersama kamu".
pengembara : "ini teman mengembara aku wahai saudagar kaya. aku tulus mahu berteman si merbuk ini".
saudagar : "kau si merbuk. mari bersama aku. aku akan berikan kamu sangkar emas sebagai tempat beradumu. kau mahu?".
si merbuk : "sudah lama aku idamkan itu. maafkan aku orang muda. nampaknya pengembaraan kita berakhir disini. aku mahu saudagar kaya menjagaku sekarang."
sampai hati sungguh si merbuk meninggalkan pengembara. sedang dia termenung dihentian kapal. dengaran laungan nakhoda kapal menawarkan kerja mencuci kapal. tanpa berfikir panjang pengembara menawarkan diri. ditinggalnya daratan. diharungnya lautan.
.....bersambung.....

Wednesday, October 5, 2011

ANUAR ZAIN - SEMPURNAKAN AKU

aku disini, seorang diri
berharap waktu kan terulang lagi
saat ada dirimu, bersamaku

aku disini, yang menyesali
menangisi kepemergianmu kasih
semua begitu salah
tanpa dirimu, disisiku

tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintamu
sempurnakan aku

menangisi pemergianmu kasih
semua begitu salah
tanpa dirimu

oh, tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintaimu
sempurnakan aku

kembalilah kepadaku
aku mohon kepadamu

tahukah dirimu, kau bawa setengah hatiku
hilang bersama hampa dihidupku
hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
oh, mencintaimu
sempurnakan aku

** ********** **


fuh, lama jugak rasa tak BERJIWA kat blog aku nih. em, kali nih lirik lagu sebagai pendahuluan post aku. nih adalah antara lagu baru ANUAR ZAIN tajuknya SEMPURNAKAN AKU. dua 'feeling' waktu dengar lagu nih adalah 'BEST and FEEL'. so, hari nih kita crite pasal lagu nih jer sebab aku suka lagu nih. smile. lagu nih slow and feeling habis (bagi aku la) dan kalau kita dengar lirik lagu nih macam lagu seseorang yang dah kena tinggal ngan orang yang dia sayang sangat. kira lagu nih lagu 'frust' menonggeng la tapi. tapi. tapi.


tapi lagu nih sebenarnya maksudnya betul-betul mendalam (bagi aku lagi la). pada aku lagu nih pasal 'someone' yang sayang sangat kat 'somebody'. sebab sayang sangat kat 'somebody' nih, 'someone' sanggup buat pe jer untuk 'somebody'. bila berjauhan jer, tak kira la. lama ker. sekejap ker. jauh ker tau dekat ker. dia tetap akan ingat kat 'somebody' and dia rasa 'life' dia macam tak tentu arah dan takde makna. sewet kan. lagi plak, 'someone' nih rasa bertapa sunyinye 'someone' bila 'somebody' takde kat sisi. giler bayang la kot.


walaumacammanapun, lagu nih tak semestinya untuk pasangan 'couple' tapi terserah pada seseorang tuh dalam menilai kasih and sayang. boleh jadi jugak lagu nih sesuai anak dengan ibubapa yang sentiasa sayangkan ibubapa dia. mungkin jugak untuk sahabat dengan teman yang sentiasa sayangkan teman dia. mungkin jugak untuk 'family' dengan 'family' yang sentiasa sayangkan 'family' dia. pesanan ringkas. anda yang meletakkan siapa dia, kamu ataupun engkau dalam kehidupan anda sendiri jadi, sebarang 'risiko' atau 'kekurangan' perlu anda hadapi bersama mereka-mereka itu. jangan mudah putus asa dan sentiasa ceriakan diri anda. insyallah. mungkin anda akan sentiasa rasa bahagia dengan kasih and sayang yang anda sendiri curahkan.


"SEMPURNAKAN AKU"


Monday, May 2, 2011

SWEET 25

MY BESTDAY
akhirnya, genap umur aku 25 tahun. wah, rasa berumo sangat. pe-pe pun just nak bagi tahu kat korang, aku sangat happy ngan life aku sekarang. walaupun berSEDERHANA tapi aku ada semuanya. alhamdullah, sedikit sebanyak dengan lahirnya mohd roslan bin ismail kat dunia nih dapat menGEMBIRAkan ramai pihak. terutamanya yang dekat-dekat dengan aku. mungkin sepanjang korang 'berhubungan' dengan aku tak kira la family, sahabat, kekasih, musuh atau apapun. mungkin banyak benda yang happy atau not happy tapi aku nak korang tahu bahawasanya. aku adalah aku. aku adalah aku. dan aku adalah aku. so,terimalah aku seadanya. seadanya aku INI. terimalah seadanya aku.

HADIAH
alhamdullah, tahun nih ramai gak yang bagi aku hadiah. terima kasih sangat pada yang memberi. pada yang tak beri tapi wish appy bestday kat aku tuh. terima kasih banyak-banyak SANGAT. kadang-kadang satu komen kat FACEBOOK atau satu mesej kat HANDPHONE tuh dah cukup buat kita terharu. pada family, kekasih, sahabat atau rakan, aku harap korang akan bersama aku sehingga akhir hayat nanti. pada musuh plak, aku minta maap jika aku telah menyakiti kamu semua. yang penting aku maapkan korang gak. AKU HANYA MANUSIA BIASA yang tak penah lekang dari lakukan kesilapan.

"DISEBALIK HADIAH-HADIAH KAMU-KAMU"

( novel : penambah koleksi )

( setem : penambah koleksi )

( perfume : selesa bila bersama )

( cup cake : tidak pernah berkira )

( cake : menghargai )

( cake : menghargai )

( cot, kemeja & t-shirt : diri sendiri )

( jam : sentiasa mengingati)

( toy : penambah koleksi )

( cake : menghargai )

( cake : menghargai )

( cup cake : tidak pernah berkira )

( toy : penambah koleksi )

( coklat : hitam tapi manis )

Sunday, May 1, 2011

SEHARI SEBELUM KE-25 TAHUN

SEMAKIN HAMPIR
pejam celik, pejam celik. akhirnya, esok adalah hari lahirku yang ke-25. tiba-tiba rasa berdebar, sudah tua ker aku. walaumacam mana pun, hakikat tetap hakikat. terlintas sekilas, bila agaknya tiba ajalku. macam yang selalu aku cakap-cakapkan 'life so simple' and korang buatlah apa yang korang suka tapi INGAT. setiap apa yang korang lakukan tuh, sedikit sebanyak akan membawa kesan dalam hidup korang. kalau la korang nak life yang happy so, korang kena cari apa jer yang boleh buat korang HAPPY. sama la macam SEDIH, bila korang biarkan perasaan sedih tuh menguasai diri korang. aku nescaya, korang akan sentiasa sedih. coraklah hidup korang dengan cara korang sendiri.
BANGGA
aku sering terpikir, sepanjang hampir 25 tahun nih. apa yang korang banggakan dalam life korang. kalau aku, banyak gak benda yang boleh aku banggakan. terutamanya, aku bangga dengan DIRI aku sendiri. walaupun takde la hebat mana pun tapi. aku adalah seorang ANAK yang hebat. yang tidak pernah melupakan jasa ibubapanya. insyallah. seorang ADIK yang hebat kepada abang dan kakaknya. insyallah. juga, seorang KEKASIH yang hebat kerana selalu inginkan dia rasa 'bahagia' bila bersama aku. insyallah. lagi, seorang ABANG yang hebat dengan adik-adiknya. insyallah. seorang UNCLE yang juga hebat untuk anak-anak buahnya. insyallah. dan seorang SAHABAT, KAWAN, TEMAN dan GENG yang begitu hebat dengan orang-orang disekelilingnya. wah, HEBAT-HEBAT. smile.

Saturday, April 16, 2011

SELAMAT HARI LAHIR

SURPRICE (kita bako,kita bako)
tiba-tiba tersedar yang hari lahir aku dah nak dekat. lebih kurang 2 minggu lagi. yang ke-25 (wah, muda lagi rupanya). so, post nih adalah untuk abang and akak-akak aku. yang aku kenakan tahun lepas. SURPRICE PARTY yang 'memutihkan'. TEPUNG sekilo.


(BESTDAY CIK ILLA - )
:
* amaran: anda ingat, anda terlepas. jangan harap.



(BESTDAY SISTA MASHITAH - )
:
*p/s: tahun nih 1 kilo kami sediakan tepung untuk cik mashitah yer.


(BESTDAY BROTA AIZOL - 04 DECEMBER 1984)
:
*hangin: suprise bestday party nih tak menjadi sebab tuan badan dah tahu. takpe, tahun nih plak kita kenakan dia.



(BESTDAY SISTA HAZLIN - 19 OKTOBER 1981)
:
* lawak: suprise party paling lawak sebab tuan punya badan sampai takut nak keluar rumah. sapa ntah yang KETUK pintu kuat sangat.

.............................................................................................................
.......................................................

KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!!

-si comey bersama tepung-tepungnya-

-nangis ker-

-putihnye-

-anda mahu lagi. kita tunggu tahun nih plak-


*makluman: terdapat beberapa picture yang tidak dapat dipaparkan atas alasan "RAHSIA KERAJAAN" (hak kerajaan tuan punya badan).