Sunday, October 9, 2011

KISAH PENGEMBARA, PIPIT & KATAK (part 1)

pada zaman dahulu, disebuah kerajaan yang aman & damai diberi nama kerajaan ANTATUYA oleh raja dan permaisurinya. rakyatnya hidup saling bantu membantu & sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. hendak dijadikan sebuah cerita, nun dikaki bukit dihujung kerajaan itu tinggallah sebuah keluarga yang agak daif dan miskin hidupnya. ibubapanya sering berkorban untuk anak-anaknya dengan harapan mereka akan sentiasa hidup gembira. sedang semua meningkat dewasa, si adik mula memikirkan hal keluarga mereka. perubahan perlu dibuat untuk mereka hidup lebih selesa. aku mahu menjadi seorang PENGEMBARA katanya.
pada suatu hari dan masanya telah tiba, sedang si adik bersiap-siap hendak mengembara tanpa disangka-sangka nenek kebayan datang menjerma. walaupun puas bertarung dengan kurdrat yang ada si ayah disumpah menjadi si ular sawa manakala si abang menjadi si kakak tua. bagai jatuh ditimpa tangga, sudahlah papa kedana, malang keluarga tetap tidak dapat dibela. walaubagaimanapun, nekad si adik tetap juga sama. mahu mengembara serata dunia agar dapat menjadi orang yang berguna.
membawa si kakak tua sebagai teman bicara. kadang-kadang dipatuk. kadang-kadang dihantuk. tetapi sayangnya tetap berbunga kerna itu kan sebahagian dari keluarga walaupun siapapun dia. semak samun diredah, bukit bukau didaki, sungai laut direnangi inikan gunung ganang juga digagahi. akhirnya, si kakak tua mahu membawa diri. katanya, pengembaraan ini mungkin suatu yang tidak ada erti dan hala tujunya. ditinggalnya pengembara seorang diri. kecewa pengembara dibuat begitu tetapi apa kan daya itulah lumrah dunia. mahu tidak mahu hidup perlu diteruskan katanya lagi.
peristiwa sedih dibuangnya jauh dan pengembara terus mengembara. sedang pengembara berlari-lari anak sambil menyanyi-nyanyi tiba-tiba, pengembara disapa. didengarnya suara siapa. hendak dijawab sapaan, tidak kelihatan pemilik laungan. diperhatinya dicelahan dahan melihat si merbuk tersepit didahan buruk.
si merbuk : "hai, orang muda. tolong keluarkan aku dari celahan dahan ini orang muda".
pengembara : "kesian kamu si merbuk. biar aku bantu kamu keluar dari situ".
lalu diangkatnya dahan yang menimpa si merbuk. murni sungguh hati pengembara. setelah sedia membantu pengembara teruskan langkahnya tetapi dipanggil lagi si merbuk.
si merbuk : "orang muda, kaki aku cedera wahai orang muda. bantulah aku sekali lagi".
tanpa berfikir panjang, pengembara mengangkat si merbuk lalu dimasukkan burung yang malang itu didalam karungnya. pengembara berjanji akan menjaga si merbuk hingga sembuh. diubatnya, disuapnya, ditidurnya dan diusapnya, sehinggalah si merbuk kembali sembuh dan mampu terbang kelangit yang biru semula. bahagianya pengembara mendapat teman mengembara bersama. tetapi langit yang cerah tidak selalunya indah. pengembara dan si merbuk tiba disebuah kerajaan yang sangat kaya raya rakyatnya. saudagar-saudagar berbaju berbenangkan emas. mahkota kepala bertakhta berlian. sedang pengembara dan si merbuk terpegun melihat kemewahan dunia, mereka disapa salah seorang saudagar kaya.
saudagar : "hai orang miskin. apa kamu buat di sini. ini bukan tempat orang-orang seperti kamu".
pengembara : "maafkan aku saudagar kaya. aku cuma tumpang lalu disini. maafkn aku"
saudagar : " pergi segera dari sini. aku tidak suka memandang kamu tetapi sebelum kamu pergi, aku mahu bertanyakan sesuatu"
pengembara : "tanyalah wahai saudagar kaya. aku sudi menjawabnya".
saudagar : "dimana kamu dapatkan si merbuk yang cantik itu sedangkan kamu busuk dan miskin. manakan si merbuk yang cantik begitu mahu bersama kamu jika kamu tidak memaksa dia untuk bersama kamu".
pengembara : "ini teman mengembara aku wahai saudagar kaya. aku tulus mahu berteman si merbuk ini".
saudagar : "kau si merbuk. mari bersama aku. aku akan berikan kamu sangkar emas sebagai tempat beradumu. kau mahu?".
si merbuk : "sudah lama aku idamkan itu. maafkan aku orang muda. nampaknya pengembaraan kita berakhir disini. aku mahu saudagar kaya menjagaku sekarang."
sampai hati sungguh si merbuk meninggalkan pengembara. sedang dia termenung dihentian kapal. dengaran laungan nakhoda kapal menawarkan kerja mencuci kapal. tanpa berfikir panjang pengembara menawarkan diri. ditinggalnya daratan. diharungnya lautan.
.....bersambung.....

No comments:

Post a Comment