(WELCOME)
*
*
28 APRIL 2012 (HARI PERTAMA)
bertolak jam
8:00 (27 APRIL 2012) daripada PUTRAJAYA dan perjalanan mengambil masa 6 jam
tetapi sengaja dipanjangkan ke 10 jam dengan ‘bersantai-santai’ iaitu mengambil
masa yang lama bagi setiap hentian di RNR atau stesen minyak. alasannya mudah
kerana tidak mahu tiba terlalu awal di JETI MARANG, TERENGGANU.
kami tiba di
jeti lebih kurang jam 6:00 pagi. beristirehat dan menunaikan solat subuh di
masjid berdekatan sehingga hampir 1 jam 30 minit. jam 7:30 pagi bersarapan pagi
disalah sebuah gerai makan di tepi pantai. agak kagum melihat seawal pagi
sebegitu tetapi 2 orang kanak-kanak ligat berlari-lari sambil bermandi-mandi di
gigi laut dengan berpandangankan PULAU KAPAS jauh ke tengah laut. setelah
selesai menjamu selera roti canai dan kuih muih, kami ke jeti semula untuk
mencari parking.
perjalanan dari
JETI MARANG ke JETI PULAU KAPAS mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit.
sungguh mengujakan bila melihat chalet yang akan kami inap betul-betul berada
di tepi pantai. PAK YA SEA VIEW yang dimaksudkan dan bersesuaian dengan namanya. PAK YA
menghidangkan keropok leko untuk santapan pertama kami di pulau. check in
hampir pada jam 12:30 tengah hari dan istirehat sebelum makan tengah hari pada
jam 1:30 petang. hidangan makan tengah hari disediakan oleh PAK YA sendiri
(boleh la, bapak-bapak yang masak). ikan bawal goreng. sayur campur. ikan
tongkol masak piandang.sambal belacan nanas. tembikai dan air berperisa oren.
29 APRIL 2012
(HARI KEDUA)
30 APRIL 2012
(HARI KETIGA)
aktiviti yang
sama. snorkelling. kalau korang suka, memang takkan puas. cubalah. dalam pukul
12.00 tengah hari, siap-siap packing. 1.30 petang bot datang dan terus ke JETI
MARANG. sempat singgah di PASAR PAYANG, KUALA TERENGGANU untuk beli apa-apa yang
patut. tak lupa makan seafood goreng tepung dekat dengan area lapangan terbang.
terbaik. selesai.
*
*
(BYE)




































