tarikh 01 mei 2014 jam 01.55
petang (khamis). cuti HARI PEKERJA. esok, genap umur aku 28 tahun. penangan GUNUNG
KINABALU tak habis lagi. kaki still lengguh-lengguh. hari ini lepak kat rumah
jer. tulis blog and kejap lagi nak siapkan assignment. mood STUDY sila kembali
please! rasa lama dah tak pegang buku! jom layan cerita jalan-jalan di ausie.
last day dah pun. jom!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 |
| Backpackers In Paradise |
hari terakhir di gold coast pada
tarikh 12 mei 2013 (isnin). jam 04.00 pagi dah start bangun siap-siap. dah
start cerah dah pun. last day di gold coast! untuk last day nih, kami akan ke PARADISE
COUNTRY AUSSIE FARM. tempat nih sekitar WET ‘n’ WILD, AUSTRALIAN OUTBACK
SPECTACULAR and MOVIE WORLD. sebelum keluar, kami dah siap-siap check out.
senang nak jalan sebab tak perlu nak kejar masa untuk check out nanti. dari
suffer paradise korang boleh naik bas no. TX2 atau bas-bas seangkatan
dengannye. jam 05.35 pagi dah naik bas ke paradise country aussie farm dengan
tambang
AUD4.11/pax jer yang mengambil masa
lebih kurang 30 minit.
 |
| SHEEP and SHE |
 |
| HORSE ke DONKEY |
tempat nih lebih kurang macam MINI
ZOO la. fee untuk masuk
AUD29.99/pax jer! yang
penting dalam nih ada KANGAROO and KOALA. siap boleh pegang and bagi makan
lagi. kalu nak ambik gambo ngan koala kena charge
AUD18.00
(include foto). antara binatang yang ada kat sini selain kangaroo and koala
adalah babi, ayam, ‘binatang yang suka meludah tuh’, kambing biri-biri
(pelbagai jenis), lembu and macam-macam lagi ler. yang pasti, semua binatang nih
gebu-gebu. layan picture dulu!
 |
| KOALA |
 |
| PELUDAH *bukan nama sebenar |
 |
| BABI aka KHINZIR |
 |
| show BIRI-BIRI |
jam 09.15 pagi dah selesai
jelajah tempat nih. sempat jugak la tengok beberapa SHOW. tengok skill anjing
jaga biri-biri and tengok macam mana diaorang cukur bulu biri-biri. bila semua
dah selesai, menapak semula ke bus stop untuk ke suffer paradise semula. kali
nih tambang sama jer
AUD4.11/pax macam tambang
time datang tadi. bila dah sampai suffer paradise, abiskan masa ronda-ronda kat
town suffer paradise tuh. enjoy the moment sebab tak tau la bila nak datang
lagi kan. lunch ari nih kosnya
AUD31.50/2pax
untuk makanan arab. sedap!
 |
| me and KANGAROO |
 |
| sister and KANGAROO |
alhamdullah, selesai trip di gold
coast. jam 02.30 petang, kami gerak ke airport. kali ni tambang dari suffer paradise
ke airport adalah AUD4.68/pax pulak. flight ke MALAYSIA
jam 09.35 malam. yang pasti, we will miss this place. ewah! SELAMAT JALAN and moga ketemu
lagi!
 |
| i'm FLY |
berikut adalah sedikit sebanyak
kos yang sempat aku update untuk travel kos ke gold coast. mungkin blog aku nih
tak sehebat blogger-blogger yang banyak pengalaman dalam penulisan blog tapi
sekurang-kurangnya info-info yang aku bagi nih dapat menjadikan sedikit rujukan
dan gambaran kalu korang nak travel ke sana. jangan takut untuk mengembara.
insyallah TUHAN akan bersama kamu. yang penting niat kena baik! ajal maut tuh
memang kat tangan DIA!
ANTARA KOS-KOS YANG TERLIBAT:
1. Tiket flight dari Malaysia ke Gold Coast (round trip) : RM797.00
2. Chateau Beachside Resort (3 hari 2 malam)/ 2 pax : RM580.26
3. Movie World/ 1 pax : AUD90.00
4. Skypoint (Observation Deck)/ 2 pax : AUD31.50
5. Backpackers In Paradise/ 2 pax : $80.00
6. Paradise Country Aussie Farm/ 1 pax : AUD29.99
7. Picture with Koala/ 2 pax : AUD18.00
8. Public Transport (6 hari 5 malam)/ 1 pax : AUD56.45
9. Makan minum (6 hari 5 malam)/ 2 pax : AUD136.12
10. Cendehahati (sendiri bajet lah yer) : AUD ………..
secara kasarnya, perbelanjaan
trip kat gold coast selama selama 6 hari 5 malam (berselang dengan travel ke sdyney)
per pax adalah lebih kurang RM797.00 + RM290.13 + AUD269.25 x 3.23 + $40.00 x 3.05 = RM2,078.81
seorang. bila dah convert baru rasa mahal kan! duit boleh cari!
pengalaman tuh yang penting! syukur dengan nikmat TUHAN! amin!
 |
| SUFFER PARADISE *last picture |
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
THE
END
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::